Sunday, May 18, 2014

Al-Habib Ali bin Abdurahman Al-Habsyi

Kwitang, Jakarta

Kisah belut

Pada suatu malam, rumahnya diketuk oleh seseorang yang bermaksud mengundang beliau untuk menghadiri acara doa selamat. Setelah dibukakan pintu oleh isteri al-Habib Ali, orang tersebut menyampaikan maksud kedatangannya. Maaf, habib sedang kurang enak badan, ketika ini beliau sedang tidur, ujar isteri al-Habib Ali. Dengan jelas simpati orang itu memohon: Tolong syarifah, para undangan sudah mulai bertandangan ke tempat saya dan tidak ada satu ustaz pun yang mahu menghadiri acara itu.

Belum sempat isteri habib menjawab, tiba-tiba al-Habib Ali dengan berpakaian lengkap berdiri di belakang isterinya lantas menyatakan persetujuan untuk hadir. Di majlis penutup hidangan malam berupa nasi putih hangat dengan laut belut goreng diadakan. Demi tidak mengecewakan tuan rumah kerana makanan itu tidak digemari al-Habib, beliau berkata: Wah menunya lazat sekali. Hingga saya jadi teringat isteri dan anak-anak saya. Maaf pak, apa boleh makanan saya ini dibungkus dan dibawa pulang agar saya boleh memakannya bersama keluarga di rumah?

Tuan rumah yang mengira al-Habib dan keluarga itu sangat menyukai masakan lauk itu turut menghantar sang habih berserta lauk hingga di depan pintu rumah al-habib pada malam itu. Dan keesokan harinya ketika matahari belum menampakkan sinarnya, orang itu datang sekali lagi menghantar sejumlah besar belut segar kepada al-habib kerana beliau adalah pedagang belut. Al-Habib Ali senyum kegembiraan menerima pemberian sambil mengucap terima kasih berkali-kali meskipun beliau kebingungan melihat kekeliruan tetamunya.

Pesanan :

Agar selalu menjaga persatuan dan kesatuan di kalangan umat Islam atau yang lebih dikenali dengan ukhuwah Islamiyah dan mengingatkan kita agar sentiasa selalu berusaha meneladani akhlak rasulullah saw.

Juga kepada kaum ibu untuk mendidik anak-anaknya agar mereka menjadi manusia yang taat, patuh kepada Allah SWT dan rasulNya serta menjadikannya bermanfaat bagi agama, bangsa dan negaranya.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

No comments:

Post a Comment