Tip Eksekutif
Cemerlang 17
Semak samun adalah rumpunan rumput di halaman rumah. Ia boleh mengundang
bahaya jika dibiarkan. Konsep buang semak samun merujuk kepada membersihkan
minda daripada masalah dan keraguan yang dapat membantutkan prestasi kerja.
Masalah kecil yang sengaja diadakan dianggap penghalang kepada kelicinan
pelaksanaan tugas yang diamanahkan. Bersihkanlah diri dari segala masalah agar
bisa berkerja dengan hebat tanpa gangguan perasaan sendiri.
Masalah berpunca dari diri sendiri, keluarga atau orang disekeliling kita.
Sekiranya berpunca dari diri sendiri, kenal pasti kekurangan. Senaraikan dan
buat pemeriksan. Jadilah insan yang berani, tabah, yakin pada diri sendiri dan
berciri positif yang dapat mengatasi kelemahan daripada dilihat oleh orang
lain.
Sekiranya berpunca daripada keluarga, semasa di tempat kerja tumpulah
perhatian kepada pelaksanaan tugas. Jangan melayan fikiran dengan masalah yang
timbul. Belum tentu masalah itu dapat diselesaikan. Masa hanya dibazirkan.
Tangguhkan dahulu massalah. Masa di rumah gunakan sepenuh untuk
menyelesaikannya.
Sebaliknya bila berpunca daripada kawan-kawan, masalahnya menjurus
pergaduhan beralahlah. Mengalah tidak bermakna anda pengecut. Ia penyelesaian
yang matang dan terbaik.
Jika pengurusan sebagai punca, kajilah adakah ianya benar.Tiada sistem
pengurusan yang menjurus kepada pencabulan hak asasi pekerja. Hormati bos
secara asasnya. Elakkan perselisihan faham kerana padahnya pada kerjaya dan
masa depan dalam organisasi. Kecacatan dalam pengurusan, selesaikan melalui
saluran-saluran rasmi yang disediakan.
Sesungguhnya punca masalah yang dihadapi disebabkan kegagalan kita
mengelakkan daripada awal. Jiwa akan tenang dan prestasi baik bila tumpuan
kerja diberikan akibat tidak banyak masalah yang dihadapi.
Wallahu alam.
Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006
No comments:
Post a Comment