Pada suatu ketika, beliau menitipkan wang dalam jumlah yang besar kepada
seseorang yang dikenalinya. Beberapa hari kemudian orang tersebut datang
kepadanya dengan gementar dan rasa takut, lalu orang tersebut memberitahukan jikalau
wang yang telah dikirimkannya tersebut hilang tidak bersisa. Namun alangkah
terkejutnya orang tersebut melihat
reaksi seorang tokoh aulia ini. Al-Habib Ahmad hanya tersenyum sedikitpun dia
tidak menunjukkan kebingungan dan hanya mengatakan bahawa ini merupakan
kehendak Allah SWT.
Dirinya selalu istiqamah menjalankan ajaran rasulullah saw. Hawa nafsunya
sentiasa dilawan. Dia memiliki hati yang bersih dari apa-apa yang masuk ke
dalam perutnya. Kehidupan rumah tangganya sangatlah sederhana, harta yang
dimilikinya hanya sekadar untuk menampung kehidupan hidupnya hari itu. Ia
sangat berhatihati terhadap segala pemberian orang lain, dia tidak mahu
menerima sesuatu kecuali dari seseorang yang telah dikenalinya dengan baik.
Waktunya selalu diisi dengan dakwah, ibadah dan zikir kepada Allah. Dia
sentiasa membaca al-Quran , melazimkan solat berjemaah di samping mengajar
membaca al-Quran dan kitab-kitab keislaman lainnya.Ketika sakit pun dia tetap
mengimami solat berjemaah bersama keluarga dan para muridnya. Beliau seorang
ulama yang tidak suka bergurau, baik dalam perbuatan, mahupun ucapan, dia
selalu menghindari gurauan , dalam setiap majlisnya. Aib seseorang tidak sebut,
sehingga yang ada di dalam majlisnya betul-betul merasakan keberkatan ilmunya.
Wallahu a’lam
Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar
Mauladdawilah
Ya Allah, sampaikan kami ke
RamadanMu..........
No comments:
Post a Comment