Pintalan benang:
Suatu ketika, ibunya sakit dan beliau diminta menggantikan pekerjaan
memintal benang di gudang. Si ibu menyediakan makan malam dan sebuah lampu
minyak sebagai alat penerang. Setelah itu, ibunya kembali ke rumah. Menjelang
pagi, alangkah terkejutnya apabila pintu gudang dibuka. Hasil pintalan yang
melimpah sedang si anak tidur nyenyak di sudut gudang dan makanan yang
disediakan masih baik.
Tatkala hal ini dicerita kepada guru tariqah, guru itu berkata: Sesungguhnya Allah swt telah menganugerahkan
kelebihan kepada anakmu, dan Allah telah berkehendak kepadanya untuk diberi
darjat serta kedudukan yang besar disisiNya. Hendaklah engkau berbesar hati dan
jangan bertindak keras kepadanya. Rahsiakanlah segala sesuatu yang terjadi pada
diri anakmu ini.
Kepingan wang
Gabenor Jeneral Belanda
Pernah suatu saat beliau mendapatkan hadiah sekarung kepingan wang dari
Gabenor Jeneral Batavia. Wang tersebut diterima dan langsung dibuangnya ke laut
Sunda.Kelapa, tentu sahaja si Gabenor Jeneral sangat terkejut. Si habib dengan
mudah berkata: Tenang tuan, wang tersebut
tidak hilang. Wang tersebut saya kirimkan kepada ibu saya di Yaman. Kerana
ingin kepastian, si gabenor memerintahkan beberapa penyelam untuk mencari wang
yang dibuang kelaut.
Setelah penyelam-penyelam itu mencari di setiap sudut terumbu karang namun
ianya gagal.Maka si gabenor mengutus seorang nelayan untuk ke Yaman, bertemu
dan bertanyakan hal tersebut kepada ibu si habib. Sekembalinya dari Yaman,
nelayan itu melaporkan bahawa si ibu telah menerima sejumlah wang yang dibuang
kelaut tersebut pada hari dan tanggal yang sama.
Wallahu a’lam.
Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah
No comments:
Post a Comment