Esei 63
Bagi mereka yang tidak
lahir dalam keadaan serba mencukupi, penentuan besar adalah keupayaan berubah
dan bebas daripada rantai kemiskinan serta kekosongan harapan. Perubahan
mungkin datang sebagai satu inspirasi, satu pantulan daripada suasana
kesukaran, satu tekad melarikan diri daripada penderitaan atau satu jalan
terakhir. Jadi halangan tidaklah seburuk yang disangkakan akhirnya. Malangnya
manusia sering terhasil sebagai satu produk tabiat; orang yang terperosok dalam
kegagalan mungkin payah hendak menerima perubahan.
Ini seumpama
permasalahan ayam dan telur ayam, satu pasir jerlus dan satu lingkaran jahat,
kerana tabiat lama akan melemahkan keupayaan untuk berubah, kemiskinan dan
persaingan dalam perniagaan melambatkan sebarang peluang untuk merubah keadaan.
Mereka yang dapat melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan dan berusaha
untuk mencari kekayaan sesungguhnya bernasib baik. Jangkaan untuk mencapai
kejayaan adalah hebat; lebih hebat lagi apabila kejayaan menjadi milik kita.
Mudahnya menjumpai jalan. Imej kendiri, berdikari dan keupayaan untuk berfikir
merupakan satu bantuan besar jua!
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment