Wednesday, June 3, 2015

Bil dan pil

Kini baru aku tahu
setelah bersara terus sibuk
dengan bil dan pil

setiap bulan harus
membayar bil
setiap hari harus menelan pil

bil dan pil
dalam hidupnya
menyebabkan dia
terus beratur di kaunter ubat
terus beratur di kaunter pejabat

seorang tua terlupa
bil yang baru sampai
letak di mana
pil juga bertaburan
di lantai

sampai bila
dia akan menelan pil
membayar bil
kerana bil terus
berdatangan
pil terus bertambah
dalam menu
hariannya.

Shapiai Muhammad Ramly
Batu Pahat, Johor
Mingguan Malaysia
31 Mei 2015

No comments:

Post a Comment