Wahai yang Maha
Mencukupi
Zikir Ya Hasib
ertinya Allah Maha Mencukupi, yang Maha Menghisab atau Maha Membuat Perhitungan.
Al-Hasib adalah salah satu
sifat-sifat Allah. Sifat ini sering dihurai sebagai Zat yang mengganjar,
menyediakan secara memadai, yang mengabulkan apa sahaja keperluan hambaNya.
Tiada hasib lain selainNya dan semua
makhlukNya memerlukan pertolonganNya.
Al-Hasib adalah
Zat yang kepadaNya segala sesuatu yang mulia dirujukkan dan di sisiNya setiap
kejayaan berakhir. Dia menyeru hamba-hambaNya untuk menghitung dan
mempertimbangkan perbuatan-perbuatan mereka, yang menguji orang yang
mematuhiNya dan mengganjar mereka atas ketaatannya itu.
Wallahu a’lam.
Hj Abdul Rahman Mohd
Adil
Kamus Doa, 2012
No comments:
Post a Comment