Wednesday, June 10, 2015

Almari

Dengan amanah almari menjaga
pakaian milik tuannya
yang baru tetap baru
yang lama kekal berharga
tidak ada sawang atau debu
dibenar berumah di dalamnya

Bertambah kemampuan
bertambah pakaian
tuannya mesra cita rasa
pada seri dan warna
bersatu tradisi dan kemodenan
menerbitkan cahaya bangga

Dengan amanah almari menjaga
pakaian milik tuannya
cuma hari ini
almari tiba-tiba merajuk
kerana dibentak, dimarah dan dipersalah
mengundang masuk habuk
daripada kelalaian
tuannya sendiri
yang membuka
tetapi terlupa
menutup dan mengunci
almari tetap
tiada hak bersuara

Nazim Mohd Subari
Endau, Jphor
Mingguan Malaysia
7 Jun 2015

No comments:

Post a Comment