Peningkatan
keupayaan murid melalui pelaksanaan KBAT
KPM telah mengariskan Profil Murid yang perlu ada
untuk murid berupaya bersaing pada peringkat global seperti berikut :
1. Berdaya tahan : Murid mampu menghadapi dan
mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan bijaksana, keyakinan, toleransi
dan empati
2. Pemikir : Murid berfikir secara kritikal, kreatif
dan inovatif: mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan
yang beretika. Murid berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai
murid. Murid menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan
tradisi individu dan masyarakat lain. Murid berkeyakinan dan kreatif dalam
menangani bidang pembelajaran yang baharu.
3. Mahir berkomunikasi : Murid menyuarakan dan
meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan
bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.
4. Kerja sepasukan : Murid boleh bekerjasama secara
berkesan dan harmoni dengan orang lain. Murid menggalas tanggungjawab
bersama-sama serta menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh
setiap ahli pasukan. Murid memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti
kolaboratif. Ini menjadikan murid sebagai pemimpin dan ahli pasukan yang lebih
baik.
5. Bersifat ingin tahu : Murid membangunkan rasa ingin tahu semulajadi
untuk meneroka stategi dan idea baharu. Murid mempelajari kemahiran yang
diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan
penyelidikan serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. Murid
menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan.
6. Berprinsip : Murid berintegriti dan jujur, kesamarataan,
adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Murid
bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan murid.
7. Bermaklumat : Murid mendapatkan pengetahuan dan
membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin
pengetahuan. Murid meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks
isu tempatan dan global. Murid memahami isu-isu etika / undang-undang berkaitan
maklumat yang diperoleh.
8. Prihatin : Murid menunjukkan empati, belas kasihan
dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. Murid komited untuk
berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar.
9. Patriotik : Murid mempamerkan kasih sayang,
sokongan dan rasa hormat terhadap negara.
Wallahu a’lam.
Kemahiran
berfikir Aras Tinggi: Aplikasi di sekolah
BPK, KPM
2014
No comments:
Post a Comment