Tuesday, June 2, 2015

Kelebihan istighfar

Bab 20

Kisah Ibrahim Ibnu Adham dengan dua biji tamar

Dihikayatkan bahawasanya Ibrahim Ibnu Adhan ra membeli tamar daripada seorang lelaki di Mekah, maka mengambil ia dua biji tamar sangkanya daripada tamar yang ia beli, kemudian berhadap ia kepada Baitul Maqsis. Maka melihat ia di dalam tidurnya akan dua orang malaikat, berkata salah seorang bagi taulannya: Siapa ini: Katanya: Ibrahim bin Adham yang zahid pada negeri Khurasan, tetapi taatnya terhenti tiada di terima akan dia, kerana bahawasannya ia mengambil dua biji tamar bagi orang di Mekah. Maka tatkala naik fajar berhadap ia kepada negeri Mekah, maka orang yang menjualnya sudah mati, maka minta halal ia daripada anaknya, maka menghalal ia akan dia kemudian kembali ia kepada Baitul Maqdis.

Maka melihat ia di dalam tidurnya akan dua malaikat, maka berkata salah seorang bagi taulannya: Ini Ibrahim Ibnu Adhan, sanya telah diterima Allah Taala akan taatnya yang telah terhenti masa setahun. Maka menangis Ibrahim daripada sangat sukanya. Dan adalah ia kemudian daripada demikian itu tiada makan ia melainkan tiap-tiap tujuh hari sekali makan daripada yang halal.

Wallahu a’lam

Asy-Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Permata Pemberian Yang Indah & Menjaga Segala Hati Yang Lalai
2013

No comments:

Post a Comment