Sunday, June 7, 2015

Prof. Dr Al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih

Pondok Pesentren Darul Hadis
Al-Faqihiyyah, Malang

Beliau benar-benar menghayati : Tidaklah seseorang dikatakan hidup apabila dia tidak berilmu. Begitu juga dengan, sesungguhnya ilmu itu diperoleh dengan belajar. Dan Barangsiapa oleh Allah dikehendaki memperoleh suatu kebajikan, maka ia akan diberi kefahaman dalam agama. Ayah beliau pernah berkata: Aku telah mewariskan kepada puteraku ini empat puluh satu cabang ilmu agama. Ini tidak menghairankan kerana Al-Habib Abdullah sudah mampu menghafal al-Quran pada usia 7 tahun dan sekitar 20 tahun kitab hadis al-Bukhari dan Muslim, lengkap dengan matan yang bersambung hingga rasulullah saw.

Dalam setiap ceramahnya, umat Islam diajak agar meningkatkan mutu pengamalan ajaran agama. Taat kepada perintah Allah SWT dan menjauhi segala bentuk laranganNya. Tingkatkan komunikasi dengan Allah SWT dan rasulNya menerusi solat yang tepat waktunya, solat sunat, zikir Asma Allah, selawat dan lain-lain. Di akhir ceramah pula, hadirin diajak selalu mengingat kepada Sang Maha Pencipta dan nabi Muhammad saw sambil menitiskan air mata, mengingatkan lumuran noda dan dosa yang telah kita perbuat, hidup hanya sementara dan semua manusia akan meninggalkan alam semesta oleh Allah SWT dan akan meminta pertanggungjawaban atas segala hal yang pernah diperbuatnya di alam dunia.

Beliau berpandangan ulama dan umara perlu dapat menjalankan tugas, fungsi dan tanggungjawabnya secara benar agar tercapainya Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur sebagaimana yang digambarkan dalam al-Quran. Prinsipnya dalam menjaga syariat ini betul-betul diperhatikan untuk diri juga untuk murid-muridnya. Mereka ditekan agar tidak melihat wanita yang bukan mahramnya, kerana itu merupakan perbuatan haram dan berdosa. Beliau berpegang pada : Orang yang berilmu adalah orang yang mampu mengamalkan ilmunya. Solat sunnah baginya merupakan solat yang wajib. Di tengah malam, beliau istiqamah menjalankan solat Tahajud, membaca al-Quran, membaca selawat, mendoakan para murid serta menulis artikel-artikel keagamaan.  Dalam pelbagai forum, beliau selalu menyampaikan hadis-hadis. Setiap kali nama rusullah saw, selalu disebut dengan sebutan sempurna yang menunjukkan rasa ta’dzimnya (hormat), yang selalu diiringnya dengan cucuran air mata.

Cintanya yang mendalam terhadap rasulullah saw nampak jelas pada para Saadah al-Alawiyyin, terutama yang sudah lanjut usia. Dihantarnya hingga ke pintu gerbang rumahnya atau ke kenderaan sewaktu mereka pulang. Selalunya dia memberikan hadiah kepada mereka sebagai bentuk penghormatannya.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

No comments:

Post a Comment