Esei 58
Kemakmuran merupakan hasil
usaha merealisasikan keinginan kita denganh cara berusaha dan mengunakan
keupayaan kita mengorbankan masa sekarang ini untuk apa yang dihasratkan pada
masa depan.Satu pepatah Cina menyatakan: Bekerja keraslah sekarang, kemewahan
akan datang buat selama-lamanya.
Bekerja itu adalah
mulia. Tuhan mengkehendaki manusia hidup selesa dan berkasih sayang. Malangnya
rama yang berfikir mereka boleh hidup tanpa berbuat kedua-duanya. Seorang itu
dikatakan benar-benar miskin, bukan apabila dia tidak mempunyai apa-apa tetapi
apabila dia tidak berbuat apa-apa.
Rahsia kejayaan yang
manis adalah peluh.Orang yang berjaya mengambil berat tentang melakukan
sesuatu.Kekuatan keinginan dan tujuan mereka dengan mudah mengatasi perasaan
kebencian dan ketidakselesaan.Jalan menuju kejayaa adalah pendakian, tidak
semua tiba dalam tempoh yang sama. Bukankah ianya baik untuk diberi peluang dan
pilihan? Hanya dalam kamus Inggeris di mana perkataan kejayaan itu mendahui
pekerjaan. Hukum sebab dan kesan memberi amaran bahawa di mana tiada sakit maka
tiadalah keuntungan.. Ganjaran mungkin datang dalam pelbagai bentuk, tetapi
sentiasa seimbang dengan usaha-usaha.
Kerja keras menghasilkan
daya kekuatan untuk hidup, pencapaian dan kemakmuran. Mereka yang berkerja kuat
denga rela hati tidak mengalami tekanan dan kerisauan.Bekerjalah sebab cintakan
kerja, bukan kerana cintakan duit. Letakkan kerja dalam hati, dan hati dalam
kerja. Seronok bekerja, duit menyusul kemudian. Gunakan akal, disamping hati
dan jiwa. Jangan nafikan keseronokan dan menahan perasaan dan impian. Pekerjaan
bukan sahaja untuk mendapat sesuap nasi, juga ungkapan rasa keunikan, kemahiran
bakat, keghairahan!
Dalam masa yang saama,
kualiti sama pentingnya dengan kuantiti. Bijak bekerja selalunya lebih baik
daripada hanya berkerja keras; mengisi
masa bukan bermakna menggunakan masa,
menjadi sibuk bukan bermakna menjadi produktif. Jangan lupa menggunakan
detik-detik ketenangan untuk menajamkan fikiran, melontar keluar inspirasi,
kuasa dan kreativiti daripada minda. Setiap kehidupan adalah hasil kerja yang
dilaksanakan untuknya, seperti setiap rumah itu adalah bayangan penghuni yang
mendiaminya. Tuhan menolong mereka yang menolong diri mereka sendiri. Justeru
itu bekerjalah supaya dapat melabur sekarang untuk masa depan yang lebih cerah.
Tuaian apa yang disemai nanti.
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment