Wednesday, June 3, 2015

Al-Habib Hasan bin Ahmad Baharun

Pondok Pesantren
Darullughah Wa Dakwah,
Raci, Bangil

a) Tiga hal yang menjadi landasan dan pedoman kehidupannya :

Ishbiru, bererti siap siaga segi mental dalam menghadapi kesulitan. Ini terlihat dalam ketabahannya dalam mendirikan Pondok Pesantren Darullughah Wa Dakwah. Bagaimana keadaan geografi di tempat itu (air, cuaca, tanah) ,bagaimana dengan keadaan air yang ada ketika itu tidak sesuai dengan jumlah pelajar yang ada. Begitu cermatnya beliau dalam menguruskan kewangan yang ada dan memperjuangkan secara maksimum hingga sampai sekarang pondok ini berdiri dengan keperluan asas dan prasarana yang memadai. Ada pelajar tidak dikenakan bayaran kerana ketidakmampuan mereka.
 
Washabiru, ertinya tabah dan tahan uji dari kekangan yang ada.

Rabithu, adalah sabar dalam erti menghadapi segala kemungkinan, roda selalu berputar dan suatu saat kita akan berada di bawah. Tinggal manusia itu mampu atau tidak bertahan dalam segala macam kejadian yang akan terjadi.

b) Sebuah argumennya yang luar biasa : Jikalau kita ada rancangan, maka jangan sekali-kali kita mengukur dengan kemampuan kita. Ketahuilah, apabila kita mengukur dengan kemampuan kita, maka hasilnya pun Allah akan memberikan sesuai dengan kemampuan kita itu. Akan tetapi apabila kita mengukur dengan kemampuan Allah, maka kemampuanNya tiada terbatas dan yakinlah bahawa selama kita berniat memperjuangkan agama Allah, maka Allah pun akan menolong kita  Katanya: Jadi Insya-Allah pasti selesai dan kita serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT, tinggal menyatakan niat panitia serta berusaha semaksimum mungkin sebagai sunnatullah dan perlu disertai dengan banyak berdoa. Beliau juga amat menekankan keikhlasan di kalangan guru, apabila gurunya tidak ikhlas maka dia akan menularkan ilmu yang tidak ikhlas pula.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

No comments:

Post a Comment