Tuesday, June 2, 2015

Al-Habib Muhammad Anis bin Alwi bin Ali Al-Habsyi

Masjid Riyadh, Solo

Nasihat-nasihat al-Habib Anis Solo

a) Sebelum membaca maulid, setiap orang perlu memiliki niat yang baik. Kemudian menanamkan rasa cinta kepada rasulullah saw. Tidak hanya di lidah, namun juga di dalam hati, direnungi lalu diamalkan. Hal ini sebagaimana telah disabdakan oleh rasullah saw: Barangsiapa menjalankan sunnah-sunnahku, maka Allah SWT akan mengajarkan ilmu yang belum kita ketahui.

Maka dari itu kita janganlah hanya membaca naskhah maulid sahaja. Namun kita juga perlu meresapi, merenungi dan melaksanakan hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Jika hal itu kita lakukan, maka kita akan selalu dekat dengan rasulullah sehingga kita akan dicintai Allah.

b) Kita memang diperintahkan untuk melihat dan merenungi apa yang ada di alam semesta ini. Namun, jangan sampai apa yang tercipta ini melekat dalam hati kita, tanpa menyertakan keagungan serta keperkasaan PenciptaNya. Kerana bagi orang yang telah mencapai ma’rifah Allah, apa yang ada di alam semesta ini adalah cermin dari keagunganNya. Dari jejak ciptaannya ini, kita akan melihat kemuliaan dan kebesaranNya, yang hal itu akan membuat kita lebih dekat kepada Allah. Sehingga walaupun menjadi penghalang pandangan mata, alam serta keindahannya ini tak akan mampu menghalangi pandangan mata hati untuk melihatNya. Setelah itu, apapun yang tidak jelas oleh mata zahir, akan nampak dan terlihat oleh mata hati. Inilah pemberian Allah bagi hambaNya yang mulia.

Ketahuilah bahawa Dia tidak menghendaki manusia melihatNya di alam dunia, kecuali dengan mata hati. Sedangkan mata hati tidak akan mungkin melihatNya kecuali dengan pancaran cahaya iman dan keyakinan. Jika tidak mempunyai itu semua, maka kita tidak mungkin mencapai ma’rifah Allah. Agar kita memperoleh cahaya iman dan keyakinan, maka kita terlebih dahulu membersihkan hati dari segala keinginan serta ketergantungan dari segala yang fana ini. Kita perlu menanamkan dalam hati kita ini, bahawasanya semua yang ada di dunia ini akan binasa dan pasti akan kita tinggalkan.

Oleh kerananya keinginan yang bersifat duniawi janganlahlah diletakkan di hati kita. Sebab jika hal itu hilang, maka kita akan kecewa. Maka simpanlah di hati kalian sesuatu yang tidak fana dan tidak akan pernah hilang, iaitu Allah. Sebab kecintaan kepada Allah tidak akan pernah hilang sampai bila-bila.

Selama ini hati kita Allah. Sehingga jika ada kejadian-kejadian tertutup dari cahaya iman dan keyakinan yang kut kepada Allah, kerana kita terus bersandar kepada hawa nafsu, lebih mengutamakan syahwat, keduniaan, maksiat serta sesuatu yang menyebabkan kita terhalang kepada Allah. Sehingga kita sering berbuat kesalahan dan bermaksiat. Itulah yang menutupi hatim kita serta menjadikan hati kita gelap dan terhijab dari cahaya Allah. Sehungga jika ada kejadian-kejadian mulia, kita tidak mampu melihat bahawa di dalamnya ada ma’rifah Allah.

Oleh kerana itu, bersihkan hati kita dari semua hal yang menutupi hati kita. Setelah hati kita bersih, maka Allah akan menanamkan keyakinan dan cahaya iman tersebut dalam hati kita.

c) Selain hal di atas, ada empat hal yang selalu disampaikan beliau iaitu :

Jikalau kalian ingin mengetahui diriku, maka lihatlah rumahku dan masjidku, yang mana di masjid inilah tempat aku beribadah mengabdi kepada Allah SWT

Lihatlah zawiyah ini, kerana di situlah aku mengajar akhlak jemaah sesuai dengan akhlak yang diajarkan oleh baginda nabi Muhammad saw

Aku sediakan pelbagai kitab yang lengkap di perpustakaan, sebagai tempat untuk menuntut ilmu

Aku bina bangunan megah, yang di situ ada kedai-kedai, kerana setiap muslim hendaknya bekerja dan berusaha untuk mengembangkan dakwah nabi Muhammad saw.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

No comments:

Post a Comment