Wednesday, June 25, 2014
Pencapaian TIMSS 2011 (2)
1. Pencapaian purata Matematik mengikut jantina berbanding negara lain
Pencapaian dalam Matematik
|
Negara
|
Tiada perbezaan pencapaian lelaki dan perempuan
|
Morocco , Rusia, Kazakhstan, Norway, England, Georgia, Ukraine, Amerika
Syarikat, Sweden, Finland, Slovenia, Hungary, Hong Kong, Chinese Taipei,
Iran, Macedonia, Jepun, Australia, Israel, Syria, Qatar, Arab Saudi
|
Percapaian
murid lelaki lebih baik berbanding murid perempuan
|
Korea, Itali, Lubnan, Chile, Tunia, New Zealand, Ghana
|
Pencapaian
murid perempuan lebih baik berbanding murid lelaki
|
Singapura, Turki, Lithuania, Armenia, Romania, Indonesia, UAE, Thailand,
Malaysia, Palestin, Jordan, Bahrain, Oman
|
2. Pencapaian purata Sains mengikut jantina berbanding negara lain
Pencapaian dalam Matematik
|
Negara
|
Tiada perbezaan pencapaian lelaki dan perempuan
|
Chinese Taipei
|
Percapaian
murid lelaki lebih baik berbanding murid perempuan
|
Singapura, Lubnan, Slovenia, Ukraine, Korea, Syria, Rusia, Jepun, Amerika
Syarikat, Itali, Chile, Australia, Tunisia, Hungary, New Zealand, Ghana
|
Pencapaian
murid perempuan lebih baik berbanding murid lelaki
|
Norway, Hong Kong, Romania, England, Sweden, Morocco, Kazakhtan, Finland,
Iran, Israel, Indonesia, Lithuania, Georgia, Malaysia, Thailand, Turki,
Macedonia, Armenia, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Arab Saudi, Palestin,
Jordan, Bahrain, Oman
|
Bagi Malaysia, pencapaian Matematik mengikut jantina menunjukkan pada
pusingan TIMSS 1999 dan 2003, pencapaian murid lelaki dan murid perempuan tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan. Walau bagaimanapun, keputusan TIMSS 2007
dan 2011 menunjukkan perbezaan yang signifikan. Pada TIMSS 2007, skor purata
murid perempuan ialah 479 berbanding 468 bagi murid lelaki. Perbezaan skor
adalah sebanyak 11. Pada TIMSS 2011, skor purata murid perempuan ialah 449 dan
430 bagi murid lelaki. Perbezaan skor semakin meningkat, iaitu perbezaan
sebanyak 19.
Manakala bagi Sains berdasarkan jantina
pula pada pusingan TIMSS 1999 dan 2003, pencapaian murid lelaki adalah
lebih tinggi berbanding pencapaian murid perempuan. Walau bagaimanapun
keputusan TIMSS 2007 dan 2011 menunjukkan tahap pencapaian murid perempuan
melebihi tahap pencapaian murid lelaki. Pada TIMSS 2007, skor purata murid
perempuan 475 berbanding 466 bagi murid lelaki dengan perbezaan sebanyak
sembilan. Pada TIMSS 2011, skor purata murid perempuan meningkat berbanding
murid lelaki, iaitu 434 bagi murid perempuan dan 419 bagi murid lelaki. Ini
menunjukkan perbezaan sebanyak 15. Perbezaan skor antara jantina menunjukkan
peningkatan dan jurang pencapaian semakin melebar antara murid lelaki dengan
murid perempuan.
Wallahu ’alam.
Laporan Kebangsaan TIMSS 2011
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
ms 14-17
School
Computers, spirals, books and more
Homework every night
On math, science, reading and social
studies
Our class does lots of fun projects
Learning never stops
Unknow
Tuesday, June 24, 2014
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013
Kata alu-aluan
Pengarah
Pendidikan Negeri
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pertama sekali marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi
kesyukuran kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan izinNya kita dapat
mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendidikan tahun
2013. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
mereka yang telah berjaya dipilih dan diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
tahun 2013.
Sesungguhnya Penganjuran Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah
sebagai tanda jabatan ini sentiasa mengenang khidmat bakti yang ditabur oleh pegawai dan kakitangan
Jabatan Pendidikan. Tanpa sokongan dan komitmen yang padu daripada warga
Jabatan Pendidikan kita sebenarnya sukar untuk menjadi sebuah organisasi yang
relevan dan dihormati oleh masyarakat. Justeru penganugerahan ini merupakan
motivasi kepada semua pihak sama ada pengurusan tertinggi pegawai dan Anggota
Kumpulan Pelaksana.
Akhir sekali saya berharap penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada
hari ini akan terus konsisten dalam kerjaya iaitu bekerja dengan lebih tekun,
meningkatkan permuafakatan dan memperbaiki kelemahan masa lalu agar kita dapat
menjanjikan kejayaan lebih cemerlang dalam perkhidmatan yang kita ceburi.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
A competent leader
According to Kirtman, a competent
leader:
1. Challenges the status quo
3. Creates a commonly owned plan
for success.
4. Focuses on team over self
5. Has a sense of urgency for
sustainable results
6. Commits to continuos
improvement for self
7. Build external networks and
partnerships.
Time to change careers? or to
change gears?
The Principal : Three keys to
maximizing impact
Michael Fullan,2014
Menjaga pemakanan dan kesihatan
Cemerlang 18
Seorang kakitangan mestilah menjaga pemakanan dan kesihatan. Ini
meningkatkan produktiviti hasil kerja. Para kakitangan dapat menumpukan perhatian
dan fokus pada kerja dilakukan oleh mereka. Gaya hidup yang sihat seperti tidak
merokok dan pemakanan yang seimbang boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit
yang berbahaya seperti penyakit jantung dan stress.
Contohnya buah-buahan dan sayur-sayuran, merupakan makanan seimbang untuk
kesihatan badan kerana badan yang cergas datangnya dari otak yang sihat.
Akal yang sihat daripada
badan yang sihat.
Lidah pendeta
Wallahu ’alam
Kakitangan Cemerlang Satu
Renungan
Shaharudin Mahammad
Siti Fatimah dan Siti Muthi’ah
Diriwayatkan pada suatu hari rasulullah saw memanggil Siti Fatimah
memaklumkan dan memintanya menemui Siti Muthi’ah untuk meneladani budi
pekertinya. Namun gagal ditemui kerana Siti Fatimah datang bersama anaknya,
Hasan yang masih kecil. Perempuan itu tidak berani melangar wasiat suaminya,
walaupun Hasan masih kecil tetapi ia lelaki.
Siti Fatimah mengunjungi semula secara sendirian. Ternampak olehnya sebuah
rotan, sebuah kipas dan sehelai tuala dalam ruangan rumah. Menurut Siti
Muthi’ah, sebaik sahaja suaminya pulang berkerja ia akan disambut dengan mesra,
dibukakan baju, disapu keringat dengan tuala sehingga ia berbaring melepasi
lelahnya. Dikipasi suaminya hingga hilang lelah atau ia tertidur. Ia berpakaian
indah dan apabila suaminya bangun dan mandi dia telah menyediakan makanan serta
minuman.
Lalu dia pun berkata, oh abang,
bilamana pelayananku sebagai isteri dan masakanku tidak berkenan pada hatimu,
aku bersedia menerima hukuman darimu dengan ikhlas. Silalah pukul badanku
dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku itu agar tidak kuperbuat lagi pada
masa yang akan datang. Kubuka bajuku dan rotan itu kuserahkan kepadanya.
Namun bukan rotan yang diambil si suami tetapi tubuh isterinya yang ditarik
penuh mesra. Itulah bahagian dari kebahagiannya sehari-hari.
Ya Allah, rezekilah kami
dengan sifat-sifat kemuliaan dari sisiMu. Kau pengenggam kesejahteraan.
Wallahu’alam
Hasan Muhd Hj Al-Khair
Teknik menjadi orang bahagia
& berjaya
2005
Monday, June 23, 2014
Pencapaian TIMSS 2011 (1)
1. Pencapaian Malaysia dalam Matematik berbanding dengan negara
lain
Aras Perbezaan
|
Negara
|
Negara yang memperoleh skor purata lebih tinggi daripada
Malaysia dan menunjukkan perbezaan yang signifikan
|
Korea, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong, Jepun, Rusia,
Israel, Finland, Amerika Syarikat, England, Hungary, Australia, Slovenia,
Lithuania, Itali, New Zealand, Kazakhstan, Sweden, Ukraine, Norway, Armenia,
Romania, Emiriyah Arab Bersatu.
|
Tidak ada perbezaan signifikan dengan Malaysia
|
Turki, Lubnan, Georgia, Thailand, Macedonia
|
Negara yang memperoleh skor purata lebih rendah daripada
Malaysia dan menunjukkan perbezaan signifikan
|
2. Pencapaian Malaysia dalam Sains berbanding dengan negara lain
Aras Perbezaan
|
Negara
|
Negara yang memperoleh skor purata lebih tinggi daripada
Malaysia dan menunjukkan perbezaan yang signifikan
|
Singapura, Chinese Taipei, Korea, Jepun, Finland,
Slovenia, Rusia, Hong Kong, England, Amerika Syarikat, Hungary, Australia,
Israel, Lithuania, New Zealand, Sweden, Itali, Ukraine, Norway, Kazakhstan,
Turki, Iran, Romania, Emiriyah Arab Bersatu, Chile, Bahrain, Thailand, Jordan
|
Tidak ada perbezaan signifikan dengan Malaysia
|
Tunisia, Armenia, Arab Saudi, Syria, Palestin, Georgia,
Oman, Qatar
|
Negara yang memperoleh skor purata lebih rendah daripada
Malaysia dan menunjukkan perbezaan signifikan
|
Macedonia, Lubnan, Indonesia, Morocco, Ghana
|
Wallahu ’alam
Laporan Kebangsaan TIMSS 2011
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
ms 8-10
Melebihi jangkaan
Cemerlang 17
Melebihi jangkaan bermaksud membuat sesuatu di luar jangkaan. Tidak hanya
fokus kepada kerja semata-mata tetapi membuat perkara lain yang bersangkut paut
dengan kerja seperti membuat kajian, pembacaan, mencari maklumat yang berkaitan
dengan bidang yang diceburi.
Contohnya, pengajaran daripada kisah perlumbaan antara arnab dengan
kura-kura. Tiada siapa pun yang menyangka bahawa haiwan yang dilabel sebagai
lembab boleh menjuarai perlumbaan tersebut. Oleh itu, kita mestilah tidak
rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki oleh kita tetapi bertindak dengan
mencabar kekurangan diri kita.
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita
ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi
lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat
Wallahu ’alam
Kakitangan Cemerlang Satu
Renungan
Shaharudin Mahammad
Bilik darjah masa depan
Mengajar di
bilik darjah abad ke 21 bermakna satu transisi daripada mengajar berpusatkan
guru dan kaedah hafalan kepada pembelajaran berpusatkan murid, berasaskan
pengalaman dan pengetahuan serta pembelajaran kaedah pelbagai melalui media
global dan keperluan teknologi terkini. Dengan menggunakan bilik darjah abab ke
21, anda akan dapat mengendalikan satu persekitaran pembelajaran dimana murid
mejalankan tugasan projek secara kolaborasi melibatkan masyarakat dunia dan
tidak melakukan syarahan sebagaimana biasa kepada murid-murid yang berada di bangku
yang berbeza.
Bilik darjah
abad ke 21 juga adalah anjakan ke lokasi bukan tradisi seperti pembelajaran di
luar bilik darjah.
Ciri-ciri persekitaran pembelajaran
• Bilik
darjah berasaskan mata pelajaran (MP) untuk MP teras atau MP kritikal (Subject
based Classroom –SBC)
• Makmal
dan bengkel adalah/sepatutnya SBC
• ABM,
BBM, BBM dan bahan pembelajaran lain di dalam bilik darjah
• Dilengkapi
komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) – Instant Access/ Interactive
• Dilengkapi
LCD dan/atau direct projector
• Papan
putih/soft board
• Murid
duduk dalam kumpulan (4 – 5 orang)
• Hasil
kerja murid dipamer
• Rekod
kerja murid / perkembangan murid
• Bilik
guru mata pelajaran
• Peralatan
ICT lain yang bersesuaian
• Sudut
kopi
• Ruang
boleh duduk di lantai
12 kunci kebahagiaan
Menurut perspektif Islam ianya seperti berikut ::
1. Iman kepada Allah & beramal soleh
Ibnu Taimiyah rahimahtullah menyatakan bahawa apa yang diperbuat
musuh-musuhku itulah syurgaku, penjara bagiku adalah tempatku menyepi dan penyeksaan
terhadapku itulah syahadahku(syahidku) sedang pengusiran terhadapku itulah
temasyaku.
2. Beriman kepada Qadha dan Qadar
Baik buruknya sesuatu semua datangnya dari Allah. Reda dan tabah kerana
semuanya ketentuanNya.
3. Faham ilmu syariat
4. Banyakkan zikir dan membaca Al-Quran
5. Berbuat baik kepada manusia
Lihatlah orang yang lebih rendah dalam urusan dunia dan orang yang lebih
tinggi martabatnya dalam urusan akhirat. Dengannya akan terlihat besarnya
nikmat Allah pada kita dan menyedari kelemahan serta kekurangan.Usah melihat
orang yang hancur dan sebab-sebab kehancuran tetapi lihatlah orang yang selamat
dan bagaimana keselamatan itu diraih.
6. Memandang urusan dunia lebih rendah daripada urusan akhirat
7. Tidak tamak dunia dan selalu membuat persiapan untuk mati
8. Yakin kebahagiaan hakiki bagi seseorang mukmin adalah di akhirat,
walaupun di dunia tidak bahagia.
9. Bersahabat dengan orang soleh
10. Yakin perbuatan jahat orang lain akan menjadi kebaikan bagi dirinya,
maka maafkanlah dia.
11. Berbicara baik, hapuslah perbuatan buruk dengan berbuat kebajikan.
12. Selalu kembali kepada Allah dan berdoa kepadaNya.
Wallahu a'lam.
Hasan Muhd Hj Al-Khair
Teknik menjadi orang bahagia
& berjaya
2005
Sunday, June 22, 2014
Sudah tunai 10 hak?
1. Hak
pada diri
Mengurangkan tidur, mengurangkan
makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak
pada malaikat maut
Menqada kewajiban-kewajiban yang
tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta pada Allah.
3. Hak
kepada kubur
Membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
Tidak berdusta, sentiasa berkata
benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5. Hak
kepada Mizan (neraca)
Menahan kemarahan, banyak
berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
6. Hak
kepada Sirat (titian yang merentang neraka pada Hari Akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat,
bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaaah
7. Hak
kepada Malik (penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah
swt, bderbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta
sembunyi dan memperbaiki akhlak.
Berasa redha dengan Qada’ Allah,
bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah & bertaubat dari
melakukan maksiat.
9. Hak
kepada nabi Muhammad saw
Berselawat ke atas baginda,
berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (hadis), menyayangi para
sahabat & bersaing dalam mencari keredhaan Allah swt.
10. Hak
kepada Allah swt
Mengajak manusia kea rah
kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci
kemaksiatan.
Wallahu ‘alam.
Wasilah 1, Tahun 2008
Jaheiak.
Berwawasan
Cemerlang 16
Berwawasan bermaksud mempunyai matlamat logik yang boleh dicapai. Wawasan
mestilah realistik dan dibuat berdasarkan pada keupayaan sendiri. Perlulah set
pada yang keutamaan.
Kita mestilah mencontohi sikap helang dan anak panah. Anak panah menuju
tepat sasarannya dan helang fokus pada matlamatnya. Helang memerhati mangsanya
dengan teliti sebelum menyerang mangsa bagi mengelakkan mangsa terlepas
darinya.
Orang yang berjaya dalam
hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya
tanpa menyimpang.
Cecil B. DeMille
Wallahu ’alam
Kakitangan Cemerlang Satu
Renungan
Shaharudin Mahammad
Betapa
Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
45 minit terasa lama untuk berzikir tetapi betapa pendeknya waktu itu
untuk pertandingan bola sepak.
Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan
berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Wasilah 1, Tahun 2008
Jaheiak.
Menggunakan teknologi yang terbaik
Cemerlang 15
Menggunakan teknologi yang terbaik bermaksud sentiasa melengkapkan diri
dengan isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan teknologi supaya tidak
ketinggalan. Ia bermakna dengan menggunakan teknologi yang terbaik sesuatu
tugasan bukan sahaja dapat disiapkan dengan sempurna tanpa kekurangan bahan
malah lebih cepat dan memberikan hasil yang melipat ganda.
Contohnya komputer merupakan alat canggih dapat mencepatkan segala urusan
seperti perniagaan, kesenian, pendidikan dan urusan-urusan penting, dengan
mengunakan komputer segala pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan
penghantaran kerja dapat dihantar dengan segera melalui emel, begitu juga
maklumat penting boleh didapati melalui internet.
Pengetahuan adalah teman yang terbaik. Ia sentiasa
mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda,
pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.
DR HM Tuah Iskandar al-Haj
Wallahu ’alam
Kakitangan Cemerlang Satu
Renungan
Shaharudin Mahammad
Lelaki acuan Al-Quran
Lelaki acuan Al-Quran ialah
seorang lelaki
yang beriman
yang hatinya disaluti rasa taqwa
kepada Allah swt
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga dengan
pahala
yang solatnya adalah maruah
dirinya
yang tidak pernah takut berkata
benar
yang tidak pernah gentar untuk
melawan nafsu.
Lelaki acuan Al-Quran ialah
seorang lelaki
yang menjaga tuturkatanya
yang tidak bermegah dengan ilmu
yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta
dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebaikan
kerana sifatnya
yang pelindung
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh
yang bersifat jembalang.
yang menghormati ibu bapanya
yang sentiasa berbakti kepada
kedua orang tua dan keluarga
yang bakal menjaga keharmonian
rumahtangga
yang akan mendidik anak-anak dan
isteri
mendalami agama Islam
yang mengamalkan hidup penuh
kesederhanaan
kerana dunia baginya
rumah sementara menunggu akhirat.
Lelaki acuan Al-Quran sentiasa
berusaha untuk agamanya
yang hidup di bawah naungan
Al-Quran
dan mencontohi sifat rasulullah
saw
yang boleh diajak berbincang dan
berbicara
yang sujudnya penuh kesyukuran
dengan rahmat Allah ke atasnya.
Lelaki acuan Al-Quran tidak
pernah membazirkan masa
yang matanya kepenatan kerana
kuat membaca
yang suaranya lesu kerana penat
mengaji dan berzikir
yang tidurnya lena dengan cahaya
keimanan
yang bangun subuhnya penuh dengan
kecerdasan
kerana sehari lagi usianya
bertambah
penuh kematangan.
yang baginya hidup di dunia adalah
lading akhirat
yang mana buah kehidupan itu
perlu
dibajai dan dijaga meneruskan
perjuangan Islam sebelum Hari
Kemudian.
Lelaki acuan Al-Quran
ialah lelaki yang tidak mudah
terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di sinilah rumah impiannya
bersama wanita acuan Al-Quran.
Wasilah 1, Tahun 2008
Jaheiak.
Thursday, June 19, 2014
Cadangan TIMSS 2011
10.0 Pendahuluan
Malaysia telah menyertai TIMSS
sebanyak 4 pusingan bermula dari TIMSS 1999, dan diikuti dengan TIMSS 2003,2007
dan 2011. Tujuan penyertaan Malaysia adalah untuk mengetahui prestasi murid
Malaysia dalam matematik dan sains pada peringkat antarabangsa. Dapatan dari
kajian TIMSS diharap dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid dalam
matematik dan sains. Dapatan kajian juga diharap membuka ruang untuk penggubal
dasar memikirkan langkah-langkah penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara.
Penyertaan awal Malaysia iaitu pada pada pusingan 1999 dan 2003 menampakkan
hasil yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun prestasi yang cemerlang ini
tidak kekal. Pusingan TIMSS 2007 telah menunjukkan kemerosotan pencapaian murid
dalam kedua-dua subjek, matematik dan sains. Kemerosotan ini berterusan dan
semakin membimbangkan pada pusingan TIMSS 2011. Trend yang membimbangkan ini
perlu diberhentikan dan dialihkan kepada peningkatan prestasi demi memastikan
kedudukan Malaysia berada pada tahap yang membanggakan di peringkat
antarabangsa.
Cadangan yang disenaraikan ini
adalah hasil daripada dapatan kajian TIMSS 2011 dan juga trend pencapaian
daripada TIMSS 1999 sehinggalah TIMSS 2011.
10.1 Menyemak semula dan mengemaskini kurikulum
Matematik dan Sains peringkat menengah.
Kurikulum menengah rendah dengan
topik tertentu perlu dikaji semula supaya lebih menyeluruh. Dapatan analisis
item kajian TIMSS menunjukkan terdapat beberapa topik yang baru diperkenalkan
di peringkat menengah rendah di sekolah KPM tetapi terdapat dalam kurikulum
TIMSS gred 8 pada tahap yang lebih mendalam yang hanya akan dipelajari oleh
murid di tingkatan 3 atau di peringkat menengah atas. Oleh yang demikian adalah
wajar disemak semula kurikulum di sekolah KPM dengan membuat perbandingan
dengan silibus yang digunapakai oleh TIMSS dan negara-negara yang cemerlang
dalam TIMSS contohnya jiran terdekat Singapura, Korea, Jepun atau negara lain.
10.2 Kemudahan Peralatan dan Sumber di Semua
Sekolah Mestilah Mencukupi dan Dapat Dimanfaatkan oleh Guru dan Murid.
Kemudahan dan sumber di sekolah
adalah suatu yang amat perlu dan mendatangkan impak kepada pencapaian murid.
Oleh yang demikian kemudahan peralatan dan sumber di semua sekolah mestilah
mencukupi dan dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid. Kemudahan dan peralatan
ini sepatutnya mudah diakses oleh guru dan murid dan tidak terkekang oleh
peraturan dan syarat yang tidak menguntungkan. Walau bagaimananapun penggunaan
kemudahan dan sumber ini perlu diselia supaya semuanya berkeadaan baik.
10.3 Pendidikan Sepanjang Hayat
Perlu dihebahkan kepada Rakyat Malaysia
Latar belakang keluarga dari
aspek ekonomi dan pendidikan banyak mempengaruhi sikap murid terhadap matematik
dan sains. Murid yang mempunyai ibubapa yang berpendidikan tinggi lebih
cenderung mempunyai keyakinan diri dan suka kepada matematik dan sains. Ibubapa
banyak mempengaruhi anak dalam minat dan sikap terhadap pelajaran. Oleh yang
demikian pihak sekolah perlu mengenalpasti murid dari keluarga yang tidak
cenderung kepada pendidikan dan memaksimumkan peranan kaunselor di sekolah
dalam mendorong murid kepada kecemerlangan dalam pendidikan. Pendidikan
sepanjang hayat perlu dihebahkan kepada rakyat Malaysia supaya lebih ramai
golongan ibubapa menitik beratkan pendidikan dengan itu memastikan anak mereka berjaya dalam pelajaran.
10.4 Sekolah Perlu dibekalkan dengan Prasarana
yang Lengkap
Negara yang mempunyai pencapaian
cemerlang dalam TIMSS adalah negara yang mempunyai prasarana sekolah yang baik.
Sebagai contoh, ratio murid dengan komputer adalah 1:1 di negara peserta TIMSS
dengan kedudukan 5 teratas. Ini menunjukkan prasarana yang lengkap sememangnya
membantu meningkatkan prestasi murid. Oleh yang demikian sekolah perlu
dibekalkan dengan prasarana yang lengkap, di bandar dan luar bandar dan tumpuan
sepatutnya tidak hanya kepada sekolah-sekolah terpilih sahaja. Semua murid
wajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dengan prasarana yang lengkap
tanpa mengira lokasi dan latar belakang keluarga. Semua murid patut diberi
peluang dan kemudahan yang sama (Equity and quality in education)
10.5 Pengambilan Guru Lelaki Patut diPertingkatkan
Pencapaian murid mengikut jantina
menunjukkan prestasi murid perempuan lebih baik daripada lelaki dalam kesemua
domain kandungan dan domain kognitif. Walaupun jurang perbezaan ini kecil namun
ini adalah suatu indikator yang patut diberi perhatian. Kenapa pencapaian murid
lelaki lebih rendah berbanding perempuan? Situasi ini berkemungkinan disebabkan
corak pengajaran di sekolah lebih memihak kepada murid perempuan. Pendidik yang
majoritinya guru perempuan menyebabkan pendekatan PdP lebih menarik perhatian
murid perempuan berbanding murid lelaki. Satu kajian berkaitan perkara ini
patut dijalankan dan pengambilan guru lelaki patut dipertingkatkan untuk menarik
minat murid lelaki dengan pendekatan PdP yang lebih memihak kepada mereka.
10.6 Guru Patut Diberi Latihan Penambahbaikan
kepada Pengetahuan Kandungan dan Juga Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP)
Persediaan guru untuk mengajar
member kesan kepada pencapaian murid. Guru patut diberi latihan penambahbaikan
kepada pengetahuan kandungan dan juga pelaksanaan PdP. Kursus dan latihan dalam
perkhidmatan patut disediakan kepada guru supaya pendekatan baharu dengan
penggunaan ICT dapat membantu guru melaksanakan PdP dengan lebih berkesan dan
dengan itu dapat meningkatkan prestasi murid dalam sains dan matematik.
10.7 Unjuran dan Penempatan Guru Perlu
Diselaraskan
Kepakaran guru dalam sesuatu mata
pelajaran amat membantu untuk memastikan kecemerlangan murid dalam mata
pelajaran tersebut. Guru mengajar mengikut opsyen adalah satu perkara yang
perlu dititikberatkan. Oleh yang demikian, unjuran dan penempatan guru perlu
diselaraskan dan perlu disemak untuk memastikan guru mengajar mata pelajaran
pengkhususan mereka.
10.8 Pelaksanaan kokurikulum di Sekolah dengan
Penekanan kepada Aktiviti Kelab dan Persatuan Yang Memupuk Minat Murid dalam
Matematik dan Sains
Keseronokan murid dalam
mempelajariu matematik dan sains membolehkan mereka mendapat pencapaian yang tinggi
dalam mata pelajaran tersebut. Minat kepada mata pelajaran ini boleh diterapkan
melalui aktiviti ko-akademik dan ko-kurikulum yang menyeronokkan. BKK disyorkan
merancang objektif pelaksanaan kokurikulum di sekolah dengan penekanan kepada
aktiviti kelab dan persatuan yang memupuk minat murid dalam matematik dan sains
dan mendidik mereka dengan pemikiran aras tinggi. Aktivuti yang dirancang patut diterapkan kemahiran
aras tinggi supaya murid Malaysia dilatih berfikir out of the box dan dapat
mempratikkan cara berfikir sebegini dalam semua aspek kehidupan dan juga dalam
mata pelajaran yang dipelajari di sekolah.
10.9 Menyediakan Pelan Tindakan Yang Menyeluruh
bagi Memastikan Standard Kualiti
Pendidikan di Malaysia Setanding dengan Peringkat Antarabangsa
Pencapaian Malaysia dalam TIMSS
menunjukkan penurunan bermula dari pusingan 2007 sehingga yang terkini iaitu
2011. Kementerian Pendidikan Malaysia wajar menyediakan pelan tindakan yang
menyeluruh bagi memastikan standard kualiti pendidikan di Malaysia standing
dengan peringkat antarabangsa.
PENUTUP
Pusingan TIMSS 2011 memaparkan
pencapaian Malaysia menjunam ke paras yang amat membimbangkan, iaitu di
kedudukan satu pertiga di bawah berbanding semua negara peserta. Dapatan kajian
membuktikan tahap penguasaan murid Malaysia menjawab item-item TIMSS adalah
lemah. Mereka tidak dapat menguasai topik yang sepatutnya telah mereka
pelajari. Analisis item menunjukkan murid tidak dapat menjawab soalan yang
memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi. Analisis item juga menujukkan
kurikulum menengah rendah sekolah KPM tidak sejajar dengan kurikulum TIMSS yang
memungkinkan murid sukar menjawab soalan yang kandungannya belum mereka
pelajari.
Sebagai kesimpulan; Malaysia
perlu mengambil tindakan yang sewajarnya daripada dapatan kajian TIMSS yang
telah dipaparkan dalam laporan kebangsaan TIMSS 2011 untuk memastikan tahap
pendidikan di negara kita sejajar dengan negara lain dan berada di tahap yang
membanggakan di peringkat antarabangsa. Kesemua pihak, ibu bapa, guru, masyarakat,
pentadbir dan semua yang berkepentingan perlu bekerjasama untuk memastikan
kejayaan anak bangsa kita di persada antarabangsa.
Wallahu alam.
Wallahu alam.
Laporan Kebangsaan TIMSS 2011
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
ms 218 – 221
Ingin menjadi lebih baik
Cemerlang 14
Ingin menjadi lebih baik bermaksud sentiasa tidak berpuas hati dengan ilmu
atau kebolehan yang sedia ada. Malah ingin menambahnya dengan sentiasa
mempelajari pelbagai perkara baru.
Sebagai contoh, cuba perhatikan perjalanan hidup kuda yang sentiasa cergas
dalam apa juga keadaan sekalipun, kuda sentiasa ingin berlari dan berlumba
untuk mendapatkan barisan yang ke hadapan, semangatnya sentiasa kuat walaupun
diherdik dan dipukul oleh tuannya.
Hentikan rintihan, hentikan
kesalan. Sebaliknya bangunlah untuk mencabar keunikan, kecacatan atau
penderitaan anda. Cabarlah potensi diri anda.
Dato Maznah Hamid
Wallahu ’alam
Kakitangan Cemerlang Satu
Renungan
Shaharudin Mahammad
Bansho
Satu perkataan yang dikemukakan oleh komuniti pendidik Jepun berkaitan
dengan :
* Penggunaan berkesan papan tulis
* Penggunaan atau penyusunan papan tulis
* Terjemahan literasi menulis papan
- Menyimpan rekod pengajaran
-
Masalah
-
Soalan
-
Suara
murid, pandangan, perkara yang dikesan
-
Penyelesaian
murid
-
Perbincangan
murid
-
Idea
matematik yang penting
- Membantu murid ingat apa yang perlu
mereka buat dan fikirkan
-
Masalah
-
Arahan
-
Tugasan
-
Soalan
- Membantu murid mengaitkan beberapa
bahagian pengajaran dan perkembangannya
-
Kesinambungan
pengajaran (bagaimana mencapai kesimpulan)
-
Bagaimana
idea murid dibincang dan dikembang supaya mencapai kesimpulan
-
Ringkasan
keseluruhan pengajaran
- Ruang untuk membezakan dan bincang
idea murid
-
Merekod
pelbagai idea
-
Membincang
persamaan dan perbezaan idea
-
Membincangkan
kelebihan sesuatu kaedah
-
Menemui
/ membentuk idea baru dan soalan
- Ruang untuk membantu murid menyusun
pemikiran dan idea murid seperti memanipulasi (menyusun, mengkategori,
menggerakkan arah dan sebagainya) objek pada papan tulis dan memikrkan
mengenainya atau menemui idea matematik.
- Memantapkan kemahiran mengambil nota
melalui model penyusunan yang baik.
Wallahu 'alam.
Wednesday, June 18, 2014
Berkongsi dan prihatin
Cemerlang 13
Berkongsi dan prihatin bermaksud sanggup memberi dan menukar idea antara
satu sama lain di kalangan kakitangan. Mengambil berat terhadap kakitangan yang
baik.
Lebah patut dicontohi kerana sikapnya yang berkongsi dan prihatin. Lebah
mengumpul madu dari pelbagai jenis bunga. Kemudian, menyimpan madu tersebut di
dalam sarang lebah. Apabila seekor beruang memusnahkan sarang lebah dan mencuri
madunya. Lebah tetap membina semula sarangnya bersama-sama dan mampu untuk
menghasilkan madu yang banyak.
Selemah-lemah manusia ialah
orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah
orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
Saidina Ali
Wallahu ’alam
Kakitangan Cemerlang Satu
Renungan
Shaharudin Mahammad
VaME
Virtual Management Environment: Pengkisahan
satu transformasi
v Persekitaran pengurusan maya
v Auditi melaporkan pengesahan
v Pelaporan kepada pihak pengurusan
v 24 jam X 7 hari
Bahagian Audit Dalam
KPM
Renungan :
a) Idea perubahan HANYA boleh
DIREALISASIKAN melalui TRANSFORMASI.
c) Perubahan Bukan Lagi Pilihan Ia
Satu KEMESTIAN.
d) KEJAYAAN hari ini tidak akan
tercapai tanpa KOMITMEN dan DEDIKASI setiap INDIVIDU
e) Kita semua perlu kerja berpasukan
supaya kita dapat menzahirkan matlamat yang ditetapkan.
d) Reaching out to our people on the
ground is the only way to create a sense of trust, and with this trust we can
provide a public service that will make us proud.
Apabila Impian Menjadi Realiti
Dan Apabila Realitu Terserlah……
NIKMAT KEPUASANNYA
Tidak Tergambar Dengan Kata-kata.
Maulid al-Diya’ al-Lami’ Fi Sirah al-Nabiyy al-Syafi’ ( 3 )
Fasal 3
- Ya Allah! Limpahkanlah selawat (rahmat),
keselamatan dan keberkatan atas baginda dan keluarganya.
- Beginilah, dan Tuhan telah sebarkan tentang
sifat-sifatnya dalam kitab-kitab terdahulu dan Dia menjelaskannya kepada
kita dengan sejelas-jelasnya.
- Dia (Allah) telah mengambil perjanjian daripada
para nabi ketika Aku datangkan
kepada kamu hikmah sebagai suatu kebaikan.
- Dan datanglah kepada kamu utusan Kami
(rasulullah) agar kamu (wahai para nabi) beriman kepadanya, menolong dan
kamu (wahai para nabi) menjadi pembantunya.
- Sesungguhnya mereka (para nabi terdahulu) telah
memberi khabar gembira kepada kaum mereka akan kedatangan nabi terpilih,
maka muliakanlah dengan sebab itu akan martabat dan kedudukannya.
- Maka walaupun dia (rasulullah) terakhir diutus
tetapi dia akan berada di hadapan
mereka (para nabi) berjalan di bawah naungan panji (rasulullah) yang telah
menyeru kita.
- Wahai umat Islam, akulah orang yang pertama
sebagai pemberi syafa'at dan yang pertama diberi syafa’at dan tidaklah aku
ragu dan melambat-lambatkannya.
- Hingga aku diseur (ketika bersujud memohon
syafa’at) angkatlah kepalamu (wahai Muhammad), mintalah, engkau akan
diberi dan ucaplah nescaya kata-katamu akan dikabulkan, bintang
kemuliaanmu (wahai rasulullah) sungguh jelas dan terang.
- Dan panji pujian kepada Allah Yang Maha Perkasa
berada di tanganku (rasulullah) dan aku (rasulullah) adalah manusia
pertama yang mendatangi syurgaNya.
- Dan aku (rasulullah) telah menjadi makhluk yang
paling mulia di sisi Allah, maka sesungguhnya engkau (wahai nabi) telah
dipelihara oleh Allah dengan kasih sayangNya.
- Dan Dia akan limpahkan kepadamu (rasulullah)
anugerah hingga engkau puas, jarang sekali yang memberi itu memandang
rendah terhadap pemberianmu.
- Demi Allah, ulanglah sebutan sifat-sifat
Muhammad, agar menjadi penawar dan pengikis kotoran hati.
- Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah selawat dan salam
sejahtera selamanya kepada kekasihMu yang telah menyeru kami kepadaMu.
- Ya Allah! Limpahkanlah selawat (rahmat), keselamatan dan keberkatan atas baginda dan keluarganya.
al-‘Allamah al-Musnid al-Habib Umar bin
Muhammad bin Hafiz.
YR Publications Sdn. Bhd, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)