Saturday, April 30, 2011

Tribulasi

Assalamualaikum.

Berakhir sudah Mac. Bila baca blog kawan-kawan, masing-masing menempuhi tribulasi. Ya, masing-masing punya cerita tersendiri. Tak kira siapa kita, dugaan, ujian, tribulasi, apapun yang kita panggil, selalu saja menjengah. Kalau tak cukup kuat, mudah saja rebah.

Menjadi pelajar khususnya pelajar siswazah (post-grad) memberi peluang buat diri saya sendiri untuk bukan saja merasai tribulasi pencari ilmu tetapi juga melihat yang dihadapi oleh rakan-rakan saya. Air mata jadi sangat murah bila bergelar pelajar. Adik saya yang kini di tingkatan 3 pernah bertanyakan pada saya, "Kakak, stress sangat ke ambil PhD?". Barangkali dia pelik melihat kakaknya yang selalu pulang ke rumah sekadar 2 - 3 hari.
Cukup untuk sekadar mengurangkan sindrom stress.
Apa yang stressnya mengambil Master atau PhD?

1. Perkara paling tak best bila sambung belajar adalah masalah kewangan. Memang sungguh-sungguh tak best. Maklum saja, rakan-rakan lain sudah bekerja. Sudah berkereta malah ada yang sudah berkeluarga. Sedangkan kita masih terkontang-kanting mencari ilmu, sambil-sambil menadah tangan dan menebal muka pada mak ayah untuk membayarkan yuran beribu-ribu ringgit (per semester). Sibuk juga cari kerja part-time sana sini untuk buat duit makan dan fotostat.

Saya pernah mengalami masalah ini. Tapi alhamdulillah, sekarang tidak lagi selepas memperoleh biasiswa. Semasa Master dulu, saya sudah fikir untuk mencari kerja kalau tiada pihak yang sudi sponsor pengajian. Allah mendengar doa saya, Dia berikan bantuan kewangan yang tidak pernahpun saya bayangkan. Jangan kata bayangkan, tak pernah idamkan pun! Sebabnya, saya selalu fikir saya tidak layak.

2. Menjadi pelajar post-grad bermakna anda menjadi lone-ranger. Maklum saja, selepas konvokesyen ramai yang keluar dengan haluan masing-masing. Kawan baik, kawan se'geng' semua dah bertaburan merata negara. Tinggal kita saja dengan kawan-kawan yang baru. Persahabatan dengan kawan-kawan post-grad tentu sekali tidak sama dengan kawan-kawan semasa degree. Tambah lagi kalau kita seorang saja yang sambung belajar. Pensyarah saya pernah bercerita bahawa beliau tak pernah merasa bersendirian saat beliau mengambil PhD. Tapi orang disekeliling saya, hampir semuanya mengalami masalah ini. Yang perempuan terutamanya. Saya rasa lelaki tak terlalu menghadapi masalah ini. Sebabnya, orang lelaki ni sentiasa berkawan-kawan. Berbeza dengan yang perempuan. Tak kisah lah yang bujang atau yang berkahwin.

Bukan tiada kawan. Bukan tiada siapa peduli. Tapi semua orang sibuk dengan kajian masing-masing. Tak sempat nak terlalu ambil tahu tentang orang lain. Lagipun, "kalau kau ada masalah, akupun ada masalah aku sendiri!" Sudahnya, menangis sorang-sorang. Inilah masanya kita akan dapat tahu siapa sahabat, siapa sekadar kawan. Kalau sahabat, dia bukan memujuk tapi akan selalu bersedia mendengar keluh-kesah kita. Kalau yang sekadar kawan, mungkin akan lari, mungkin akan mengejek. Paling teruk kalau yang bercerita pula tentang masalah kita kepada orang lain. Bukan untuk membantu tetapi sekadar mahu membuka aib. Tak baik tau! Cara terbaik untuk atasi masalah ini adalah menyertai study circle a.k.a usrah.
Ha, usrah bukan semata-mata bercakap tentang hal agama saja ya. Dalam usrah ini boleh bertukar-tukar cerita, berkongsi masalah dan mengeratkan ukhuwah. Bagi saya, ke-lon-ranger-an seseorang itu bukan kerana orang tak mahu berkawan dengannya tetapi kerana kita yang tak mahu berkawan dengan orang. Tak perlu ubah orang lain, tetapi ubah diri kita.

4. Yang tak best juga bila buat Master atau PhD adalah bila perlu menulis. SAAAANGGAAATTTT SUUUUSAAAAHHHH!!! Apa yang susah? Taip saja lah! Banyak bezanya menulis semasa degree kalau nak dibandingkan dengan semasa Master dan Phd. Semasa degree dulu, saya boleh selesaikan assignment dalam masa 1 hari saja. Tambah-tambah lagi kalau lab report.
Pakcik Wikipedia kan ada, copy sana sikit sini sikit, paste. Tukar format, repair alignment. Masukkan gambar, masukkan result and discussion. Siap! Sebelum pukul 5 dah boleh hantar bawah pintu bilik cikgu amali.

Bila dah masuk Master dan PhD, semuanya perlu references. Semua perlu ikut format. Semua perlu akademik. Perlu analitikal, perlu kritikal, perlu apa lagi ya? Pakcik Wiki dah tak boleh dirujuk. Sekadar tengok-tengok nak faham konsep tu boleh la. Tapi kalau nak copy paste memang tak boleh! Kena baca jurnal akademik, kena baca buku akademik. Buatnya orang yang bertukar aliran macam saya, memang terseksa nak membaca bahan-bahan akademik ni. Semasa degree dulu ada juga baca jurnal untuk buat final year project. Tapi jurnal sains tak sama dengan jurnal sains sosial. Jurnal sains sosial ni, baca 2-3 kali pun belum tentu dapat faham. Tambah pulak kalau dalam bahasa Inggeris. Maklum saja, bahasa Inggeris saya belum capai tahap excellent. Bila ditambahkan dengan istilah-istilah sains sosial yang tak pernah jumpa, pening-pening lalat dibuatnya.

5. Satu lagi perkara besar yang buat pelajar post-grad stress adalah penyelia. Alhamdulillah, saya sentiasa dapat penyelia yang baik dan sangat membantu sejak dari degree lagi. Mr. Kesaven dan Dr. Sudesh dulu sangat membantu. Begitu juga dengan penyelia saya semasa Master dulu. Penyelia saya sekarang juga sangat banyak membantu. Bukan sekadar bantuan penyeliaan, bantuan emosi juga. Penyelia saya yang sekarang ini bukan hanya menyelia tesis saya. Saya selalu meminta nasihat dan teguran-tegurannya buat pedoman hidup. Kalau nak bercerita, bimbang berjela-jela.

Bertuahnya saya punya penyelia yang baik-baik kan? Hakikatnya, bukan semua penyelia begini. Ada juga yang suka menjatuhkan. Ada yang menindas pelajar. Ramai juga yang mengabaikan pelajar. Masing-masing punya ragam tersendiri. Biasalah, manusia. Pelajar juga ada macam-macam perangai. Jadi jangan expect penyelia yang baik-baik saja. Bersyukur dengan siapapun yang menjadi penyelia kita. Kalau beliau bermasalah, boleh tukar penyelia. Tapi kalau kita yang bermasalah, sila-silalah tukar perangai kita.
Ada seribu satu macam lagi tribulasi yang boleh buat pelajar post-grad stress. Tapi bagi saya kebanyakannya merupakan masalah peribadi, masalah yang berpunca dari diri sendiri. Kalau difikirkan, pelajar degree juga banyak masalahnya. Tapi dapat diatasi dengan mudah. Mungkin kerana faktor usia. Waktu degree kita masih muda. Masalah-masalah yang datang diambil remeh, diselesaikan berkawan-kawan, dengan hati yang riang gembira. Berbeza dengan waktu Master/PhD. Usia masing-masing sudah makin meningkat. Orang perempuan ni, bila usia makin meningkat makin suka risau hal-hal remeh temeh. Benda kecik pun jadi besar.

Tak kira belajar, bekerja ataupun suri rumah, kita takkan terlepas dengan tribulasi. Tapi yang paling utama, cara kita menghadapinya. Ada orang yang melarikan diri.
Berhenti belajar. Mengalah di tengah jalan. Kalau ini pilihan anda, teruskan. Kalau itu yang terbaik, apa salahnya. Berhenti ambil Master/PhD bukan bermakna dunia sudah berakhir kan? Bangkit semula. Kalau akademik bukan bidang untuk masa depan anda, mungkin ada bidang lain. Tapi jangan sesekali putus asa. Dunia Allah ni luas. Terokailah ia.

Buat anda yang terus bertahan mencari ilmu, selamat bertahan! Tabah selalu, kuatkan semangat. Ingat, pencari ilmu itu pejuang. mencari ilmu itu perjuangan. Mana ada perjuangan yang mudah? Kalau kita rasa kita dah cukup berusaha, nilai semula usaha yang kita lakukan berbanding pencari ilmu dahulu kala. Macam Imam Syafie yang merantau dari Madinah ke Mekah tanpa bekalan pena dan kertas, sampai perlu menulis dengan lidi dan air liur di tapak tangannya (tapi beliau hebat, kering air liur terus melekat ilmunya). Contohi Imam Bukhari juga yang merantau jauh hanya untuk mencari perawi hadis. Malah setiap hadis yang beliau riwayatkan mesti didahului dengan solat-solat sunat untuk pastikan setiap hadis yang ditulisnya ditulis dengan izin Allah, dengan kebenaran, dengan bantuan Allah.

Sedangkan kita? Betulkah kita sudah cukup berusaha? Malam-malam kita stay-up belajar atau tahjud tak atau cuma berdengkur? Siangnya kita sungguh-sungguh membaca, ke library atau ke kelas tak? Atau cuma berkurung dibilik bermain FB, Twitter, atau melayari OhBulan!?

Buat anda yang baru berniat nak sambung belajar, jangan pula takut nak sambung belajar sebab membaca entri ini ya. Perbetul niat masing-masing. Paling penting, kalau rasa nak sambung belajar sebab tak dapat kerja, fikir dan muhasabah diri 2 - 3 kali lagi. Mencari ilmu itu perjuangan, perjuangan itu kalau kerana Allah, insyaAllah, jadi jihad. Jadi pencari ilmu itu pejuang, dan jika ia pejuang Allah, maka ia adalah mujahid.
p/s: Kita ni...mujahid tak?

….orang cemerlang ( bhg pertama )


  1. ORANG CEMERLANG MENGENALI DIRINYA SECARA MENDALAM DENGAN MENGGUNAKAN BEBERAPA KAEDAH BERSEPADU.

2.      ORANG CEMERLANG SENTIASA BERUSAHA MENJANA HATI YANG BERSIH DAN
         SENTIASA MENCUCI HATINYA MENGGUNAKAN PELBAGAI TEKNIK DAN PETUA
         SEPERTI SEMBAHYANG TAUBAT, ISTIGHFAR, BACA QURAN, MAAFKAN SEMUA 
         ORANG, INGAT MATI, SEDEKAH, BERPUASA, KEKALKAN WUDUK DAN
         SEBAGAINYA.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MEMBENTUK NIAT YANG MURNI UNTUK SETIAP KEGIATAN YANG DILAKUKAN.

    4.   ORANG CEMERLANG SENTIASA MENCARI ‘EMAS’ DALAM DIRI. TUHAN MENCIPTA
          MANUSIA DENGAN SEMPURNA TETAPI KEBANYAKKAN ORANG TIDAK SEDAR
          AKAN KEBEBATAN DIRINYA. DENGAN MENGENAL DIRI SECARA MENDALAM, 
           KITA DAPAT MENEROBOS SEMPADAN DIRI.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA BERPEGANG PADA PRINSIP UNTUK BERJAYA ITU LEBIH MUDAH UNTUK DARIPADA UNTUK GAGAL. SEBENARNYA, MEMANG SENANG UNTUK SENANG.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MELAKUKAN SETIAP KEGIATAN SEBAIK MUNGKIN. KOMITMEN TERHADAP TUGAS AMAT TINGGI DAN SENTIASA MEMBUAT PERSEDIAAN RAPI.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MELAKUKAN 7M DALAM HIDUPNYA:
M1 : MUHASABAH ATAU NILAI DIRI
M2 : MURAQABAH ATAU IHSAN
M3 : MUSYARATAH ATAU SYARAT MENCAPAI MATLAMAT
M4 : MU’AQABAH ATAU DIDIK JIWA SUPAYA MURNI
M5 : MUJAHADAH ATAU BERSUNGGUH-SUNGGUH
M6 : MU’ATABAH ATAU KRITIK DIRI
M7 : MAWADDAH ATAU KASIH SAYANG

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MENCARI PENGHALANG ATAU PEMBANTUT, KECEMERLANGAN.KEBANYAKKAN ORANG ENGGAN MENERIMA HAKIKAT YANG MEREKA SEBENARNYA BERMASALAH.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MENCARI HIKMAH ATAS SETIAP APA YANG BERLAKU.ORANG CEMERLANG SENTIASA REDHA DAN BERSYUKUR.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MENJAGA IBADAH DENGAN SEMPURNA. ORANG YANG INGKAR PERINTAH TUHAN PASTI GAGAL DUNIA DAN AKHIRAT.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MENCARI HAKIKAT KEHIDUPAN. CUBA CARI JAWAPAN KEPADA PERSOALAN MENGAPA TUHAN MENCIPTAKAN KITA. – KHALIFAH – HAMBA – DAI

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA FOKUS PADA KEJAYAAN DAN MEMPUNYAI VISI DAN MISI YANG BESAR DAN BERMAKNA.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MERANCANG SETIAP TINDAKAN DENGAN RAPI DAN SISTEMATIK.

  1. ORANG CEMELANG SENTIASA DAHAGAKAN ILMU DAN BERTERUSAN MENCARI ILMU. BERAPA BUAH BUKU YANG ANDA BELI SETIAP BULAN?. KITA PERLU BELAJAR UNTUK BELAJAR.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA BELAJAR DARIPADA SETIAP KESILAPAN LALU.ORANG YANG BERJAYA BUKANNYA TIDAK PERNAH JATUH TETAPI BANGKIT SEMULA SETIAP KALI JATUH.KEGAGALAN SEBENAR ADALAH KITA BERHENTI MENCUBA.

Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah
PTS Millendia Sdn. Bhd.

Friday, April 29, 2011

……melangkah ke dunia baru

Saudara dan saudari sekalian, sekiranya dulu kemasukan saudara-saudari ke institusi pengajian tinggi awam ini kerana hakikat anda telah diberikan `tongkat' oleh kerajaan melalui sistem kuota yang tersedia sebelum ini, sedarlah bahawa tongkat ini tidak selamanya akan berada dalam genggaman anda. Dan yang pasti, tongkat ini akan tiada gunanya lagi apabila anda melangkah masuk ke alam pekerjaan. Tidak ada lagi bantuan yang boleh diberikan kepada anda selain daripada persediaan yang telah anda sendiri lakukan sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan.

Alam pekerjaanlah sebenarnya tempat meritokrasi dalam erti kata yang sebenar dipraktikkan. Alam pekerjaan merupakan satu ruang terbuka dengan akses sama rata diberikan kepada semua individu dan terpulanglah kepada individu tersebut untuk mengguna dan mengaplikasikan ilmu, kemahiran dan kelebihan yang dimiliki untuk bersaing merebut tempat yang terbaik. Sekiranya hari ini kita lalai dan alpa kerana kita merasakan bahawa tongkat yang diberikan oleh kerajaan ini akan bersama- sama dengan kita setiap masa, percayalah bahawa kitalah yang akan pertama sekali kecundang dan kecewa di dalam alam pekerjaan kelak.


( PETIKAN UCAPAN OLEH TPM DI SEMINAR MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (I.P.T.A.) ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN TINGGI, KEM. PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSI PADA 03-06-2003 )

.....ameen

Tahniah kerana  kerana selamat melahirkan bayi  tanggal Feb 2011

Didoakan supaya si umi  dan bayi terus kekal membesar dan sihat sejahtera dalam saratnya kesyukuran serta taat, sabar dan redha menunai tanggungan di sini dan jawabnya di sana.

Semoga bayi ini membesar sebagai anak SOLIH penyejuk mata umi  dan abinya, yang MUSLIH lagi DA’IE di zamannya nanti yang Islam kian dagang

Selamat membesar wahai bayi comel sebagai lelaki sejati ...menyemarakkan rumpun keluarga samara ( sakinah,mawaddah wa rahmah ) ….ameen.

Berkerjasama…….


a)      ….dari Al-Quran

  1. Setiap orang mendapat ganjaran yang berpanjangan untuk setiap pertolongan yang diberikan.
  2. Tolong menolong melakukan kebaikan sangat-sangat digalakkan dan tolong menolong melakukan kejahatan dilarang.
  3. Tolong menolong antara saudara mara, teman sejawat dan jiran tetangga.
  4. Tidak mahu menolong orang miskin boleh menyebabkan masuk neraka.
  5. Sifat orang beriman suka tolong menolong membuat kebaikan.

b)      …..dari al-Hadith

  1. Saling Bantu membantu dalam sesebuah masyarakat.
  2. Memimpin dan membantu orang yang lemah serta memerlukan.
  3. Berusahalah sdaya upaya untuk membantu orng susah.
  4. Membantu orang yang tidak berada dan berkongsilah menggunakan sesuatu kemudahan.
  5. Membantu orang yang berjuang fisabilillah mendapat pahala yang sama dengan pejuang itu.
  6. Membantu orang melalui jawatan rasmi dikira mendapat pahala.
  7. Tolong menolong sesame mukmin.
  8. Belas kasihan dan tolong menolong sesame manusia.
  9. Memberi makan orang lapar.
  10. Tidak sempurna iman bila membiarkan jiran lapar.
  11. Tidak sempurna iman orang yang menganggu jirannya dengan perbuatan jahat.
  12. Tidak sempurna man orang yang enggan memberi makan kepada peminta.
  13. Kerjasama dan bertimbang rasa dengan jiran dan sahabat handai.
  14. Pentingnya menjaga hati jiran.

Kisah dan Teladan :

.Pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah telah berlaku satu peperangan antara orang-orang Islam dengan orang-orang Kafir di sekitar Kota Madinah.Peperangan ini dikenali dalam sejarah Islam sebagai perang ”Ahzab” yang bererti gabungan dari beberapa golongan orang-orang kafir untuk menumpas Islam dan umat Islam. Perang ini juga dikenali sebagai perang ”Khandak” yang bererti parit, disebabkan salah satu dari strategi perang dslam peperangan ini ialah dengan mengali sebuah parit di sekitar Kota Madinah.

Sebelum  terjadinya peperangan ii Nabi Muhammad saw telah bermusyawarat  dengan para sahabat mengenai strategi perang. Salman Al_Farisi telah mengusulkan kepada Rasulullah saw supaya menggali sebuah parit yang dalam dan lebar di sebelah utara Kota Madinah manakala bahagian lain dikawal sewajarnya. Usul Salman ini diterima.

Parit yang besar dan dalam digali dengan segera. Kaum muslimin berkerja sama berganding bahu melaksanakan tugas ini.Nabi saw sendiri ikut serta menyumbangkan tenaga sehingga benteng pertahanan Kota Madinah selesai dibina. Kemudian berlakulah peperangan. Allah swt telah memberi kemenangan kepada pihak muslim.

(Panduan al-Quran dan Hadith ; JAKIM,2009)

...memetik bicara

DURING MY TIME AS HO...BLA...BLA....ATAU PUN WHEN I WAS MO IN SO N SO HOSP...BLA..BLA.."Ayat saperti itu yg sering di hamburkan.it is all about respecting others and we can be a better nation, spiritually, emotionally and intellectually.

Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang."

Thursday, April 28, 2011

Amanah…….


a)      ….dari Al-Quran

1)      Amanah mesti ditunaikan
2)      Amanah jangan sekali-kali dikhianati
3)      Serahkan amanah kepada yang berhak
4)      Jangan rugikan hak manusia dan rosakkan sesuatu kerana ia adalah amanah Allah.
5)      Hendaklah bersikap amanah dalam melaporkan dan merekodkan sesuatu
6)      Hendaklah bersikap amanah dalam mengukur dan menyukat
7)      Allah swt tidak suka kepada orang yang khianat.

b)      …..dari al-Hadith

  1. Tidak sempurna iman seseorang tanpa sifat amanah
  2. Tidak amanah adalah satu tanda munafik
  3. Menunaikan amanah adalah satu tugas yang berat
  4. Urusan akan rosak jika diserahkan kepada orang yang tidak benar-benar memahaminya.
  5. Amanah membawa rezeki

Kisah dan Teladan :

Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah salah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika baginda sedang tekun menyiapkan kerja rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, baginda pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan oleh baginda ketika baginda bekerja pada malam itu, puteranya hairan lalu bertanya :

”Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang”.

Khalifah Umar pun menjawab, “ Benar katamu wahai anakku, tetapi engkau harus ingat,lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk berkerja sebentar tadi adalah kepunyaan kerajaan, minyak yang dgunakan itu dibeli dengan wang kerajaan sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga”.

Kemudian baginda menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam bikiknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka baginda pun berkata kepada puteranya,

” Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda”.

( Panduan al-Quran dan Hadith;  JAKIM,2009 )

Doa Malam Arafah….

Doa Malam Arafah adalah doa saat jemaah haji berada pada malam hari di Padang Arafah iaitu tanggal 09 Dzul-Hijjah. Doa ini tidak hanya dibaca oleh jemaah haji tetapi juga dianjurkan bagi semua kaum muslimin.
Dengan doa ini diharapkan kita terjaga dari segala bencana, dan disampaikan oleh Allah swt pada hajat dunia dan akhirat yang kita harapkan. Lebih khusus lagi dengan doa ini kita doakan semoga ibadah haji saudara-saudara kita menjadi haji yang mabrur, diridhai oleh Allah swt, diberi kesehatan, dan diselamatkan dari segala bencana.

Berikut ini di antara bagian dari untaian kalimat doa Malam Arafah:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah
Wahai Yang Menyaksikan setiap rintihan. Wahai Tumpuan setiap pengaduan
Wahai Yang Mengetahui semua rahsia. Wahai Akhir dari segala keperluan
Wahai Yang Memulai dengan kenikmatan pada semua hamba-Nya
Wahai yang mulia ampunan-Nya. Wahai yang baik maghfirah-Nya
Wahai Yang Maha Dermawan. Wahai Yang dari-Nya tidak tersembunyi kegelapan malam, lautan yang berderu, langit yang berawan tebal dan gelap bercampur badai

Wahai Yang di sisi-Nya gelap menjadi cahaya.
Aku memohon kepada-Mu dengan cahaya wajah-Mu yang mulia, yang bila Kau tampakkan pada gunung ia hancur dan Musa pun jatuh tersungkur.
Dengan asma-Mu yang tersimpan kokoh, yang tertulis dan suci, yang bila berdoa kepada-Mu dengannya Kau ijabahi, dan bila meminta Kau memberi.
Dengan asma-Mu yang suci, yang quddus dan jelas, yang berupa cahaya di atas semua cahaya, cahaya dari cahaya yang menyinari sumua cahaya. Yang jika sampai ke bumi ia terbelah, bila sampai ke langit ia terbuka, dan bila sampai ke arasy ia bergoncang.
Wahai Yang Maha Mengijabah doa
Dengan hak semua nama dan doa yang telah aku sebutkan
Aku memohon kepada-Mu, ampunilah dosa-dosa kami yang lalu dan yang akan datang,
yang kami sembunyikan dan yang kami tampakkan, Engkau lebih mengetahui daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ampunilah dosa-dosa kami dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.
Wahai Yang Menjaga setiap yang terasing. Wahai Yang Menghibur setiap yang sendirian. Wahai Yang Menguatkan setiap yang lemah. Wahai Yang Menolong setiap yang teraniaya. Wahai Yang Memberi rizki setiap yang terhalangi. Wahai Yang Menghibur setiap yang terhempas. Wahai Yang Menemani setiap musafir. Wahai Yang Menjaga setiap muqimin. Wahai Yang Mengampuni semua dosa dan kesalahan.

Wahai Yang Melindungi setiap yang memohon perlindungan. Wahai Yang Menolong setiap jeritan para pencari pertolongan. Wahai Yang Menghilangkan derita orang-orang yang menderita.Wahai Yang Menggembirakan duka orang-orang yang berduka.
Wahai Yang Menciptakan langit dan bumi. Wahai Akhir tujuan para pengharap.
Wahai Yang Memperkenankan doa orang-orang yang sengsara. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Tuhan alam semesta. Wahai Yang Membalas pada Hari Pembalasan.
Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang dermawan. Wahai Yang Paling Mulia dari semua yang mulia. Wahai Yang Maha Mendengar dari semua yang mendengar.
Wahai Yang Maha Melihat dari semua yang melihat. Wahai Yang Maha Kuasa dari semua yang berkuasa.

Ampunilah dosa-dosaku yang merubah kenikmatan
Ampunilah dosa-dosaku yang mewarisi penmyesalan.
Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana.
Ampunilah dosa-dosaku yang meruntuhkan penjagaan.
Ampunilah dosa-dosaku yang menahan doa.
Ampunilah dosa-dosaku yang menahan turunnya hujan.
Ampunilah dosa-dosaku yang mempercepat kebinasaan
Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan penderitaan.
Ampunilah dosa-dosaku yang mengelapkan hati.
Ampunilah dosa-dosaku yang mengungkap tirai.
Ampunilah dosa-dosaku yang tiada memaafkannya kecuali Engkau, ya Allah.


Jauhkan dariku setiap akibat buruk dari makhluk-Mu. Jadikan urusanku kebahagiaan bagiku, jalan keluar dan kemudahan. Tanamkan ke dalam dadaku keyakinan pada-Mu, dan ke dalam kalbuku harapan pada-Mu. Sehingga aku tidak berharap kepada selain-Mu.

Ya Allah
Jagalah daku dan selamatkan daku dalam keadaanku ini. Temani daku pada malam dan siangku, di depan dan di belakangku, di kanan dan kiriku, di atas dan di bawahku.

Mudahkan daku dalam perjalanan. Muliakan daku dengan kemudahan. Jangan hinakan daku dengan kesulitan. Berilah daku petunjuk Wahai Pemberi petunjuk yang terbaik. Jangan biarkan aku sendirian dalam segala urusanku. Karuniakan padaku setiap kebahagiaan.

Kembalikan daku pada keluargaku dengan keberuntungan dan keselamatan yang dihiasi kebahagiaan, cepat atau lambat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Anugerahkan padaku karunia-Mu. Luaskan bagiku rizki-Mu yang baik. Anugerahkan padaku kekuatan beramal untuk beramal dalam ketaatan pada-Mu. Selamatkan daku dari siksa-Mu dan neraka-Mu. Masukkan daku ke surga-Mu dengan rahmat-Mu ketika aku kembali kepada-Mu.

Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari: hilangnya nikmat-Mu, berubahnya kesalamatan-Mu, datangnya siksa dan azab-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari bala’ yang berat dan kesengsaraan, dari takdir yang buruk dan kejahatan musuh-musuh-Mu, dari keburukan yang datang dari langit dan keburukan yang disebutkan dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jangan golongkan aku dengan orang-orang yang buruk dan penghuni neraka. Jangan halangi aku untuk bersahabat dengan orang-orang yang baik. Hidupkan aku dengan kehidupan yang baik. Matikan aku dengan kematian yang baik yang menyusulkan aku pada orang yang baik. Anugerahkan padaku persahabatan dengan para Nabi di tempat yang benar di sisi Penguasa Yang Maha Kuasa.

Ya Allah, segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu. Segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada agama Islam dan mengikuti sunnah Nabi-Mu.

Ya Rabbi, sebagaimana telah Kau tunjuki mereka pada agama-Mu dan Kau ajarkan kepada mereka kitab-Mu, maka tunjuki kami dan ajari kami.
Segala puji bagi-Mu yang telah membawa daku pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu secara khusus bagiku. Sebagaimana Kau ciptakan daku lalu Kau jadikan aku dengan ciptakan yang baik, Kau ajari daku lalu Kau baguskan pengajaran padaku. Kau tunjuki daku lalu Kau baguskan petunjuk bagiku.
Segala puji hanya milik-Mu puji atas segala nikmat yang telah Kau berikan padaku yang dahulu atau yang baru.

Betapa banyak penderitaan, duhai Junjunganku, yang Engkau bahagiakan.
Betapa banyak kesengsaraan, duhai Junjunganku, yang Engkau hilangkan.
Betapa banyak kesulitan, duhai Junjunganku, yang Engkau lepaskan.
Betapa banyak cobaan, duhai Junjunganku yang Engkau singkirkan.
Dan betapa banyak aib, duhai Junjunganku, yang Engkau rahasiakan.

Segala puji hanya milik-Mu puji dalam segala keadaan, tempat dan waktu, dalam keadaan ini dan segala keadaan.

Ya Allah, jadikan aku tergolong kepada hamba-hamba-Mu yang memperoleh bagian yang paling utama pada hari ini dari:
kebaikan yang Engkau bagikan, atau penderitaan yang Engkau hilangkan.
kesulitan yang Engkau singkirkan, cobaan yang Engkau tolakkan, atau
kebaikan yang Engkau curahkan, rahmat yang Engkau sebarkan
keselamatan yang Engkau bungkuskan.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu
Hanya di tangan-Mu semua khazanah langit dan bumi

Engkau Maha Esa, Maha Mulia dan Maha Pemberi. Engkaulah yang tidak menolak orang yang memohon, yang tidak menyia-yiakan orang yang berharap, yang tidak berkurang sedikitpun karunia-Nya karena orang yang mendapatkan, dan tidak akan habis segala yang ada di sisi-Nya. Bahkan bertambah banyak kebaikan-Nya, pemberian dan kedermawanan-Nya.

Karuniakan padaku dari khazanah-khazanah-Mu apa yang tak pernah musnah dan dari rahmat-Mu yang sangat luas. Sesungguhnya pemberian-Mu tidak pernah terhalang. Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu, dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.
(Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 5)

Wednesday, April 27, 2011

Berdoa..........

  1. Nilai sebuah doa
Adakah engkau menganggap rendah nilai sebuah doa? Padahal engkau tidak mengetahui melanggar sebuah doa. Tidak ada salahnya engkau berdoa  ditengah malam Tetapi perhatikanlah bahawa malam memiliki batas yang pasti akan berakhir.

  1. Hari untuk berdoa
(Saya pernah membaca sebuah catatan yang diperintahkan oleh Abu Sulayman Al-Khaththabi kepada sebahagian dari murid-muridnya. Siguru berkata: ” Dahulu, pada hari-hari saat Imam Syafi’i menunaikan ibadah haji, ada suatu kesempatan yang digunakan olehnya untuk mengkaji berbagai masalah. Tiba-tiba ada seorang wanita menyampaikan sebuah lembaran yang bertulis: )

Semoga Allah mengampuni dosa orang yang memberikan pertolongan dengan doa terhadap dua orang yang dulunya selaku bersahabat. Kemudia mereka berpisah kerana dikuasai oleh nafsu mereka. Setelah itu hilanglah rasa persahabatan di antara keduanya.

(Al-Khaththabi melanjutkan, ”Lalu Imam Syafi’i menangis seraya mengatakan, ” Hari ini bukanlah hari untuk berdebat. Hari ini adalah hari untuk berdoa,” Kemudian Imam terus menerus mengucapkan, Allahumma...Allahumma...hingga semua sahabatnya mengilangkan diri,” )

  1. Hindarilah doa orang yang teraniaya
Ramai orang zalim telah engkau perangi namun ia tetap akan menjadi seperti yang ditakdirkan. Bagiku Islam tidak lain hanya mengajarkan ibadah dan doa-doa yang tidak boleh ditangkis dengan baju-baju besi.

Janganlah engkau menganggap tidak penting doa orang-orang yang teraniaya kerana doanya menembus orang yang zalim dan pengikutnya bagaikan panah dari negeri Qis. Doanya akan menusuk ke dalam jiwa dan rongganya bagaikan anah panah yang tengah meleset. Ekornya adalah bulu matanya, pelincirnya adalah air matanya.

  1. Aku tidak peduli
      Cukuplah Engkau sebagai pelindungku kerana dalam diriMu terkandung pelindung hatiku.

Aku tidak peduli bila pun cintaMu tiba. Selamanya tidak ada yang menghalangi kedatangan cintaMu kepadaku.

  1. Jangan berputus asa dari rahmat Allah swt
Apabila pagimu telah penuh dengan dosa dan engkau takut akan siksaNya di hari kemudian, percayalah bahawa telah datang ampunan Allah Yang Maha Pengampun kepadamu, berikut nikmatNya yang berlipat ganda. Janganlah sekali-kali berputus asa dari kasih sayang Tuhan pada saat apa pun.

Bukankah dalam perut ibumu ada segumpal darah dan sejuta kasih sayang? Apabila dia menginginkan engkau untuk menjadi penghuni Jahanam selama-lamanya pastilah Dia menutup hatimu dari ketauhidan.

  1. Istighfar dan taubat
          Ya Allah! Limpahilah hatiku dengan belas kasihMu baik pada waktu siang dan malam mahupun  
           pada saat pagi dan petang silih berganti.

Tidak terlewat dalam hatiku waktu aku tidur atau terjaga kecuali mengngat namaMu antara nyawa dan nafasku.

Engkau telah masukkan ke dalam hatiku sebuah gagasan bahawa Engkau Maha Suci.

Telah banyak dosa yang aku perbuat dan Engkau mengetahuinya. Namun pada saat petang menjelang dan pagi itu datang aku masih juga membuat dosa.

       Pimpinlah aku kejalan yang telah ditempuh oleh hamba-hambamu  yang soleh dan
       jangan sesatkan aku dalam mengikuti jejak agamaMu.

       Bimbinglah aku di dunia ini dan di akhirat kelak serta cerahkanlah wajahku pada saat
orang –orang bermuka masam.

  1. Anugerah Allah
Aku melihatMu pada saat penciptaanku yang penuh dengan anugerah. Engkaulah sumber satu-satunya pada saat penciptaanku. Hindarkan aku daripada anugerah buruk. Kerana sepotong kehidupan telah cukup bagiku hingga tiba saat Engkau mematikanku.

  1. Merendahkan diri mengharap belas kasih
Dalam keadaan yang hina yang jauh dari keagunganganMu dengan segala rahsia yang tidak aku ketahui.

Dengan kepala menunduk ,dengan kesedaran yang mendalam, dengan kedua tangan menengadah, aku mohon anugerah dan belas kasihMu Ya Allah!

Dengan Asma-Mu yang baik itu aku panjatkan doa baik dengan puisiku mahupun prosaku.

Dengan janjiMu yang terdahulu, ”Bukankah Aku Tuhanmu.”

Dengan orang yang belum dikenal kemudian ia kenalkan dengan namanya.

Berilah aku setitis kasih sayang, wahai zat yang Maha Pengasih agar hidupku tidak terseksa.

  1. Perpisahan dengan dunia menuju akhirat
(Abu Ibrahim Ismail bin Yahya mengatakan : ”Aku masuk menemui Imam Syafi’i ketika dia dalam keadaan sakit yang akhirnya menyebabkan kematiannya. Aku berkata kepadanya. ’Bagaimana keadaannya pagi ini? Imam menjawab, ” Pagi ini aku tinggalkan dunia. Aku terpisah dengan kawan-kawan. Aku telah minum ’piala’ kematian. Aku sedang menuju Allah swt. Dan aku sama sekali tidak tahu akan ke mana rohku. Apakah ke neraka ataukah ke syurga?. Aku (abu Ibrahim) mencuba menghiburnya. Imam lalu menangis sambil mengucapkan : )

Pada saat hatiku membeku dan fikiranku kacau, aku jadikan harapanku sebagai tangga menuju keampunanMu.

Dosaku terlalu besar buat diriku, akan tetapi keampunanMu lebih besar dibandingkan besarnya dosaku.

Selama keampunanMu masih mengalir, tidak ada dosa yang tidak terhapus, Kau Maha Pemurah, Pengampun dan Maha Mulia.

Kalaulah bukan kerana Engkau, tidak seorang hamba pun yang tunduk kepada Iblis.Bagaimana mungkin?. Adam pilihanMu telah terjerumuskan oleh Iblis.

(Nasihat Imam Syafi’e, Muhammad ‘Alif Al-Za’by, 2008)

Tuesday, April 26, 2011

…berbuat ketaatan & nikmat anggota

Ketahuilah bahawa agama itu ada dua bahagian. Pertamanya, meninggalkan maksiat yang ditegahkannya dan keduanya berbuat ketaatan yang yang disuruhkannya. Meninggalkan segala yang ditegahkan itu sangat susah dan berbuat ketaatan itu mampu dibuat oleh setiap orang dan meninggalkan syahwat yang membawa kepada maksiat itu tidak termampu melainkan ahli kebenaran. Kerana inilah Nabi saw bersabda yang bermaksud : ‘ Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berperang sabil itu ialah orang yang memerangi nafsunya’

Ketahuilah hanya sesungguhnya engkau melakukan maksiat terhadap Allah Azza wa Jalla itu, dengan segala anggotamu. Sesungguhnya anggotamu itu, nikmat daripada Allah untukmu dan pertaruhanNya (amanah) padamu. Penggunaan segala nikmat Allah pada menderhakakanNya adalah kemuncak kekufuran bagi nikmat Allah, yakni menyalahi tujuan dijadikannya iaitu berbuat taat kepada Allah.

Maka tatkala engkau berbuat maksiat dengannya maka demikian itu menyalahi tujuan dijadikannya. Inilah makna kufur di sini, iaitu dinamakan kufur nikmat dan bukan dengan makna kufur agama.

Dan segala anggotamu adalah pertaruhan daripada Allah Taala padamu adalah setinggi-tinggi maksiat. Segala anggotamu itu adalah seperti rakyatmu maka lihatlah bagaimana engkau memeliharakannya.

Maka sekalian kamu mempunyai peliharaan dan tiap-tiap  kamu akan ditanya pada hari kiamat, sesuatu yang kamu peliharakannya

( Imam al-Ghazali )


Petunjuk dan pertolongan itu daripada Allah jua. Wallahu'alam.

…..berpagi-pagian

Ya Allah! Sesungguhnya kami  berpagi-pagi dengan tiada terdaya menempis apa yang kami  benci. Dan kami  tiada memiliki sebarang manfaat yang kami  harapkan. Berpagi-pagi lagi segala perkara itu di tangan Engkau bukan ditangan selain Engkau.

Berpagi-pagi lagi kami  tergadai dengan amalan kami  lantaran itu tiada orang yang terlebih memerlukan kepadaMu selain daripada kami  dan tiada sesiapa yang sangat tidak memerlukan kami  selain daripadaMu.

Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan diri kami  bahan ketawa bagi musuh kami dan jangan Engkau jadikan musibah kami  dalam agama kami . Dan jangan Engkau jadikan dunia itu sebesar-besar idaman kami  dan kemuncak ilmu kami dan janganlah Engkau jadikan orang-orang yang tidak mengasihi kami  menguasai diri kami…

Allah jua yang memberi taufik dan hidayat.

.....rijalul ghaib (Qutub)

Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dasar lautan keesaanMu dan di tengah-tengah lautan kesatuanMu dan perkuatkanlah daku dengan kekuatan serbuan kudratMu sehingga aku dapat keluar ke perkarangan keluasan rahmatMu dan pada mukaku timbul cahaya kilatan dek mendekatiMu yang terhasil daripada kesan-kesan kemurahanMu., masyhur dengan kehebatanMu, perkasa dengan inayahMu, disanjung, dibesar dan dimuliakan dengan kemuliaanMu dan kebesaranMu.

Pakaikanlah daku pakaian kemuliaan dan penerimaan dariMu dan permudahkanlah bagiku cara-cara perhubungan dan pencapaian, pakaikanlah daku mahkota kemuliaan dan kesopanan, jinakkanlah di antara aku dan sekalian kekasihMu di dunia dan di akhirat, kurniakanlah kepadaku daripada cahaya namaMu, kehebatan yang segala hati dan roh menurut perintahku dan sekalian jiwa dan lembaga tunduk kepadaku.

Wahai Tuhan yang sekalian leher pemerintah menghina diri bagiNya dan segala tengkok maharaja tunduk bagiNya. Tiada jalan melepas dan menyelamatkan diri daripadaMu melainkan kembali kepadaMu, tiada pertolongan melainkan denganMu, tiada tempat berserah melainkan kepadaMu, pertahankanlah daku segala tipudaya pendengki, kezaliman orang-orang yang degil. Dan rahmatkanlah daku di bawah bumbung ArasyMu wahai Tuhan yang Maha Pemurah, perkuatkanlah diriku dalam memperoleh keredhaanMu dan terangi hati serta fikiranku supaya nampak kaedah-kaedah pertolonganMu.

Tuhanku! Bagaimana aku keluar dari pintuMu dengan tangan kosong dariMu sedangkan aku telah datang membawanya dengan menaruh harapan terhadapMu dan bagaimana Engkau mengecewakan daku dari pemberianMu sedangkan Engkau menyuruh aku berdoa padaMu? Ya! Sekarang aku datang menghadapMu dan berlindung padaMu, jauhkanlah antara aku dan sekalian seteruku sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Sambarkan jelingan mereka terhadapku dengan cahaya kudusMu dan ketetapan kemuliaanMu. Engkau adalah Pemberi segala nikmat yang melimpah ruah dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pemurah.

Ya Allah! Aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan rezeki yang halal, baik berkhasiat, yang meluas di dunia dan di akhirat. Ya Allah! Jadikanlah badanku khazanah rezeki bagi segala tubuh badan dan lidahku khazanah bagi segala hati ahli iman maka kurniakanlah kepadaku kemanisan tauhid dan keistimewaan kemuliaan. Sesungguhnya Engkau adalah Allah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia serta Maha Pencipta apa yang dikehendaki.Dengan rahmatMu sahaja kami berharap wahai Tuhan yang Maha Pemurah. Semoga Allah berselawat dan mengucap salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad saw juga ahli keluarga dan para sahabatnya.

New teachers by best teacher ........

NEW TEACHERS

No more for you the casual, carefree student life,
Earning a living your priority concern will be,
Where you'll be posted, you'll know soon enough,
Through teaching English, your career paths you'll carve.

Enough for now that you prepare yourself,
Acquiring skills both interpersonal and pedagogical,
Cherish the memories of six eventful years together,
Help, support and encourage each other by keeping in touch.

Enjoy your short break before reporting for duty. After that
Reality, life after graduation beckons. Go forth then,
Strive to be life long learners and to love what you do

Anthony Gomez 050410

Monday, April 25, 2011

Adab bersahabat dengan Allah Taala……

  1. Sentiasa menundukkan matamu serta khusyuk dan khuduk pada Allah Taala.

  1. Menghimpunkan cita-cita kepada Allah Taala dan sentiasa bertafakur pada kebesaran Allah Taala dan ’azmah’Nya dan jangan  memnanyakkan pada memikirkan yang lain daripada Allah Taala daripada keduniaan dan kemuliaannya dan  hati sentiasa hadir serta Allah Taala.

  1. Mengekalkan diam daripada berkata-kata pada perkara yang tiada memberi faedah kepada agama kerana Nabi saw bersabda :
Ertinya : (Lazimkanlah dengan melanjutkan diam kerana diam itu menolak
syaitan)

  1. Sentiasa mendiamkan segala anggota daripada perkara yang sia-sia kerana diam anggota itu, melazimkan khusyuk dan khuduk hati dan hadir hati kepada Allah Taala.

  1. Menyegerakan pada mengerjakan yang disuruh oleh Allah Taala

  1. Menyegerakan pada menjauhkan segala yang dilarang oleh Allah Taala.

  1. Jangan menentang qadakNya yakni apabila engkau melihat sesuatu perbuatan janganlah engkau menyangkal dan menegur dengan hatimu hanya sesungguhnnya semua perbuatan itu diserahkan kepada Allah Taala, melainkan jika perbuatan itu menyalahi syarak maka jika ada manfaat pada mengingkarinya maka tegurlah dengan lidah sahaja dan jika tiada memberi manfaat maka diam daripada menginkarinya adalah terlebih baik daripadanya.

  1. Mengekalkan zikir dengan lidah dan dengan hati seperti yang dibicarakan dalam bab yang keenam.

  1. Mengekalkan tafakur kepada Allah Taala dan kebesaranNya hadir hati serta Allah dan ingat kepadaNya dan jangan mengingatkan yang lain daripada Allah Taala daripada segala perkara yang sia-sia.

  1. Memilih dan melebihkan Allah Taala daripada segala makhluk dan daripada segala yang lain daripada Allah Taala.

  1. Berputus asa daripada makhluk yakni jangan berpegang kepada makhluk pada segala hajatmu kerana makhluk itu tiada memberi mudarat. Hanya sesungguhnya mudarat dan manfaat itu daripada Allah Taala sahaja.

  1. Khuduk, menghinakan diri di dalam hatimu kerana kehebatan Allah Taala dan takut padaNya.

  1. Pecah hati kerana malu pada Allah Taala.

  1. Diam daripada membicarakan usaha ikhtiar kehidupanmu mengenai rezekimu. :
    • kerana percaya dan berpegang dengan pengakuan Allah Taala bahawa Ia yang memberi rezeki kepada sekalian hambaNya.
    • Kerana bertawakal atas anugerah Allah Taala bagi hambaNya.
    • Kerana engkau telah mengetahui dengan xebaik-baiknya bahawa Allah Taala telah memilih engkau kerana firmanNya :
Ertinya : (Tiada sesuatu yang melata di bumi, samada manusia atau binatang, samada di darat atau dilaut melainkan Allah Taala yang memberi rezeki kepada mereka)

Yakni telah diakuiNya di dalam Al-Quran.

           
Dan kata Imam al-Ghazali yang dirahmati Allah Taala :

Ertinya :
(Dan segala adab bersama Allah Taala ini sewajarnya engkau ingatkannya pada segala malam dan siangmu kerana segala adab ini adalah adab bersahabat bersama ’Sahib’, yakni bersama Tuhanmu yang Ia tiada bercerai denganmu.....)

( (Seperti firman Allah Taala:

Ertinya :

(Dan Allah Taala itu bersamamu di mana sahaja kamu berada) ).
........Dan segala makhluk itu bercerai denganmu pada setengah waktumu).

(Hidayah Salikin)

Zaman dan takdir..........

  1. Bencana berasal dari kita
Kita sering mencela  zaman padahal zaman tidak bersalah. Kitalah sesungguhnya yang bersalah. Kita telah menyalahgunakan zaman.

Kita sering mencaci zaman yang tidak berdosa. Seandainya zaman boleh bercakap ia pun akan mencai kita.

Sebuas-buas harimau dia tidak akan memakan anaknya sendiri. Tetapi mengapa ramai manusia yang sanggup memakan saudaranya sendiri?

  1. Rela menerima takdir
Sesungguhnya aku tidak menyukai zamanku tetapi aku rela menerima segala kepastianNya.

Biarlah hari-hariku selalu membenciku aku rela menerimanya walaupun secara terpaksa.

  1. Kekuasaan orang-orang bodoh
Ujian zaman akan datang silih berganti. Namun zaman pun membawa sejuta kebahagiaan. Zaman dapat meruntuhkan jabatan para penguasa. Sebaliknya zaman pun dapat mengangat darjat orang-orang bodoh yang tertindas.

  1. Waktu dapat mewujudkan bahagia atau derita
Waktu itu ada dua perkara, iaitu yang mengandungi kedamaian dan menyimpan bahaya. Hidup juga ada dua perkara, iaitu hidup yang penuh suka dan yang menyimpan duka.

Lihatlah air laut yang jernih itu sering bercampur dengan bangkai-bangkai busuk tetapi dasarnya yang paling dalam tersimpan mutiara yang berharga.

Di langit biru terdapat bintang-bintang yang tidak terbilang dan tidak akan ada yang mengalami gerhana kecuali matahari dan bulan.

  1. Sekali himpitan menegang pastilah ia akan terbuka
Sering kali cubaan itu datang, menghimpit hati seorang pemuda. Namun ketika mereka bertakwa Allah swt berikan jalan keluarnya.

Suasana pun semakin menghimpit. Dan begitu rantainya semakin menegang, ia mengendur kembali. Padahal aku menduga bahawa himpitan itu tidak akan terbuka.

  1. Redha terhadap qada’ dan qadar
Biarkan hari-hari berlalu. Lapangkan jiwamu apabila menerima keputusan qadha’. Jangan jemu bersabar apabila ditimpa musibah kerana di dunia ini tidak ada derita yang abadi.

Jadikan dirimu sebagai orang yang merasa banyak dosa terhadap sesama manusia. Hapuskan dosa itu dengan sentiasa memberi setitis kebahagiaan kepada hati mereka. Iaitu dengan bermurah hati sahaja dapat menebus setiap kesalahan.

Jangan sekali-kali menganggap remeh kepada musuh-musuhmu kerana itu dapat membuat dirimu lalai. Dan kelalaian terhadap musuh merupakan  malapetaka besar.

Jangan mengharapkan kemurahan daripada orang lokek kerana embun tidak pernah menitis pada waktu siang.

Rezeki itu ibarat bayang-bayang. Apabila dikejar ia menjauh apabila dibiarkan ia akan diam.

Tidak ada kebahagiaan dan pederitaan yang abadi seperti kekayaan dan kemiskinan. Jika engkau selalu memiliki rasa puas maka tidak ada bezanya antara kau dan pemilik kekayaan yang melimpah.

            Sesiapa didatangi kematian nescaya langit dan bumi tidak dapat mencegahnya.
            Bumi Allah swt ini luas tetapi jika ditakdirkan pahit menimpamu sempitlah
rasanya di bumi ini. Tinggalkanlah hari-hari yang berkianat setiap saat kerana tidak ada ubat yang dapat menghalang kematian.
           
  1. Tentang nasib
Sekumpulan singa terkapar di tengah hutan dan mati kelaparan sementara di tengah keramaian kota seribu anjing memakan daging-daging kambing. Kadang kala hamba abdi tidak beralaskan sutera sementara orang-orang terhormat tidur beralaskan tanah.

  1. Kehidupan bangsawan dan rakyat biasa
Aku lihat keldai dipelihara dan diberi makan sesuai dengan seleranya padahal banyak singa yang haus dan kelaparan. Aku lihat bangsawan tidak mendapatkan makanan sehari-hari mereka. Padahal rakyat biasa ramai yang mengecap manna dan salwa.

Itulah takdir atas semua makhluk. Dan  tidak seorang pun mampu menahan pantasnya takdir.

Sesiapa yang mampu mengetahui perubahan zaman dan situasi ia akan bersabar menghadapi cabaran dan tidak mengeluh.

  1. Matinya kekasih
Aku bersabar menghadapi takdir yang datang padaku. Jika tidak ia pasti datang juga pada saat yang lain. Jika aku menyerah maka kekasihku akan mati lebih dahulu sebelumku. Dan matinya orang-orang tercinta sebelumku akan menyusahkanku.

  1. Kehendak Tuhan
(Ibn Katsir kepada kita : ” Dahulu Imam Syafi’i mengatakan bahawa Al-Quran bukan makhluk. Dan sesiapa yang mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluk bererti ia kafir. ” Imam Syafi’i lalu membacakan ayat-ayat dan hadis-hadis yang membahas sifat-sifatNya dengan jelas, seperti umumnya penganut salaf. Setelah itu beliau mengatakan : )

Apa yang Kau kehendaki pasti terjadi, meskipun itu tidak seiring dengan keinginanku. Tetapi apa yang aku inginkan tak mungkin menjelma jika tidak sejalan dengan kehendakMu.

Kau ciptakan manusia yang telah Kau ketahui sebelumnya. Dalam ilmuMu pula ada manusia muda dan tua.

Di antara mereka ada yang bahagia dan menderita sera ada pula manusia yang baik dan yang buruk.

Ada manusia yang Kau beri kemuliaan, ada pula yangKau beri penghinaan dan ada yang Kau beri pertolongan ada pula yang tidak.

  1. Ingkar terhadap  peramal ( ahli nujum )
Beritahu kepada para ahli nujum bahawa aku tidak percaya dengan ramalan mereka yang hanya berdasarkan susunan bintang-bintang. Kerana aku tahu bahawa semua yang ada dan bakal terjadi pasti berasal dari kehendak Tuhan.

  1. Berhati-hati dan berwaspada
Ular-ular raksaksa itu semakin mengganas dan banyak tingkah. Katakan kepada mereka, sebaiknya mereka berhati-hati dan waspada!

Engkau pun akan berprasangka baik pada hari-hari ketika engkau mendapatkan keuntungan dan engkau tidak akan takut kepada nasib buruk yang menimpamu.

Ketika engkau selamat daripada berbagai bencana engkau cenderung lalai dengan keadaan itu. Tetapi ingatlah bahawa di antara kejernihan pasti ada kekeruhan.

  1. Biarlah duka itu berlalu
Banyak mata yang terjaga banyak pula yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yang berlaku atau yang akan terjadi. Tinggalkan rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila. Kelmarin, Tuhan telah menolongmu. Percayalah, esok pun Dia masih akan tetap menolongmu.

  1. Pasang surut nasib
Orang yang bernasib baik akan memiliki nama yang popular.  Kadangkala ia mendapat populariti bukan berasal daripada perbuatannya. Begitu juga orang yang tidak bernasib baik yang memiliki keburukan. Maka semua keburukan orang lain pun disabitkan kepadanya.

 (Nasihat Imam Syafi’e, Muhammad ‘Alif Al-Za’by, 2008)