Friday, April 15, 2011

Rezeki dan dunia..........


  1. Tidak semua dapat dicapai oleh akal
Jika dengan akalmu engkau dapat memperoleh apa yang diinginkan maka tidak akan engkau dapat orang yang diberi rezeki. Engkau diberi harta kerana bodoh tetapi engkau bukanlah orang gila yang mendapat rezeki.

  1. Berserah diri sepenuhnya kepada Allah
Ya Allah! Apabila engkau sudah menyediakanrezeki hidupku pada hari ini maka tutupkanlah keinginanku. Jangan Engkau godakan keinginanku untuk meraih rezeki pada hari esok kerana hari esok mempunyai rezeki baru. Aku berserah kepadamu, Ya Allah!  Akan aku tinggalkan keinginanku demi keranaMu.

  1. Cita-cita manusia
Semua orang mempunyai cita-cita tinggi namun tidak semuanya Allah kabulkan cita-cita itu. Semua orang pasti berkata tentang cara meraih harta dan kekayaan. Padahal ketakwaan kepada Alllah swt merupakan sesuatu yang paling banyak faedah bagi dirinya.

  1. Cita-cita yang agung
(Abu Fadhl Nashr bin Abu Nashr Al-Thusi mengatakan bahawa dia pernah mendengar Abu Al-Hasan Ali bin Ahmad Al-Qashri berkata : “ Sebahagian guru kami pernah menceritakan perjalanan mereka ke Kota Samarra’ bersama Imam Syafi’i. Imam memasuki kota tersebut sambil mencuba beberapa pasang pakaian yang kelihatan compang camping dan pada waktu itu juga rambut Imam Syafi’i kelihatan tidak terurus.

Imam lalu menuju ke tempat pemotong rambut namun ditolak oleh pemotong rambut tersebut kerana Iman kelihatan kotor. Suasana seperti itu cukup menyukarkan Iman yang akhirnya terpaksa memanggil salah seorang anak yang turut serta dalam perjalanan itu seraya berkata: “ Berapa wang yang engkau ada? “ Anak itu menjawab “ “Sepuluh ringgi, “ Imam berkata lagi : “ Bayarkan wang itu kepada pemotong rambut! “ Anak itu pun menyerahkan wang itu kepada pemotong rambut. Dan setelah itu Imam Syafi’i mengatakan : )

Limpahkan aku dengan permata setinggi gunung Sarandib dan banjiri aku dengan gumpalan-gumpalan emas! Jika aku hidup aku masih boleh makan dan jika pun aku mati maka kubur tetap menantiku.

Keinginan raja dan diriku adalah keinginan orang merdeka yang tidak ingin dihina. Jika selama hidup aku sudah puas dengan makananku tidak perlu aku menziarahi Zayd dan Amr.

  1. Tawakal dalam mencari rezeki
Aku pasrah menerima rezekiku hanya kepada Allah swt penciptaku kerana aku yakin Dialah sebaik-baik pemberi rezeki. Apabila sesuatu telah ditakdirkan menjadi rezekinu tidak mungkin ia terlepas daripadaku meskipun ia berada di lautan. Kemana punaku pergi rezeki Allah swt pasti selalu mengunjungiku walaupu aku tidak memintanya. Tidak mungkin ada kehidupan tanpa rezeki sebab Dia telah membahagi-bahagikan rezeki.

  1. Kerjakanlah sesuatu yang engkau mampu
Jika kulitmu gatal garulah dengan kukumu sendiri. Kerana itu bererti kau telah dapat menyelesaikan tugasmu.

Jika engkau bercita-cita capailah cita-citamu dengan sepenuh usaha.

  1. Kepuasan (Al-Qanaah)
          Aku melihat bahawa kepuasan itu pangkal kekayaan lalu aku pegang erat-erat hujungnya. Aku ingin   
          meraih kepuasan itu secara menyeluruh. Aku ingin menjadi orang kaya tanpa harta dan dapat
          memerintah seperti seorang raja.

  1. Zuhud dan tempat kembalinya orang-orang yang zalim
Wahai dunia kau membawa mala petaka bagi penduduk dunia. Tidak kelihatan sesuatu pun daripada mereka yang telah memperoleh dunia kecuali pergi waktu pagi dan balik waktu petang dengan dipenuhi “ kikir “. Maka aku hunus pedangku dan harapanku terhadap mereka yang menaruh penuh perhatian kepada dunia.

Lihatlah sekarang aku tidak lagi berdiri di jalan itu atau duduk di pintu-pintu mereka. Aku adalah orang kaya tanpa harta dan tidak memerlukan orang lain. Tidaklah termasuk kaya orang yang masih selalu mengharapkan sesuatu.

Ketika si durjana telah mendapat kesempatan untuk mewujudkan kerdurjanaaannya ia akan berleluasan dalam berbuat kejahatan dan keburukan. Maka tunggulah saat-saat kehancurannya kerana bencana itu akan tiba tanpa ia perhitungkan sebelumnya.

Kita sering menyaksikan para durjana yang beraksi – mereka menyebar, ibarat cahaya bintang yang merangkak di celah celah kegelapan malam. Mereka adalah orang-orang yang tidak sedar peristiwa daksyat hingga ajal menjemput dan merenggut roh mereka.

Pada saat itu harta dan jabatan tidak boleh lagi diharapkan kecuali amal kebaikan yang tertulis pada buku amalnya. Ia akan memperoleh balasan atas apa yang telah diperbuatnya. Dan Allah swt akan menurunkan siksa yang sangat pedih.

  1. Penipuan palsu
Aku melihat tipu muslihat dunia tatkala ia bertenggek di atas kepala manusia yang tertipu dan membincangkannya. Bagi mereka orang sepertiku kelihatan tidak berharga. Aku disamakan seperti anak kecil yang sedang bermain di jalanan.

  1. Bahtera orang beriman
Allah swt ciptakan hamba-hamba yang cerdas.  Mereka meninggal dunia dan menghnidari fitnah. Mereka melihat dunia dan isinya. Tatkala mereka tahu, mereka anggap dunia ini bukan tempat tinggal yang abadi. Bagi mereka dunia bagai tidak ubah seperti samudera yang sangat dalam dan bahteranya adalah amal soleh dan iman.

  1. Mencintai akhirat
Wahai orang yang senang memeluk dunia fana yang tidak kenal pagi dan petang dalam mencari dunia, hendaklah engkau tinggalkan keasyikanmu. Kerana kelak, engkau akan berpelukan dengan bidadari di syurga. Apabila engkau berharap menjadi penghuni surga abadi maka hindarilah jalan menuju ke neraka.

  1. Persiapan untuk mati
          Betapa ramai orang tetawa padahal kematian berada di atas ubun-ubunnya. Dan jika ia mengetahui
          kematian itu, pasti ia akan mati kerana kesedihan.. Sesiapa tidak diberitahu tentang sat kematiannya  
         pada hari esok pastilah fikirannya akan melayang kepada rezeki yang akan diraihnya setelah hari esok.

         (Nasihat Imam Syafi’e, Muhammad ‘Alif Al-Za’by, 2008)

No comments:

Post a Comment