a) ….dari Al-Quran
1) Amanah mesti ditunaikan
2) Amanah jangan sekali-kali dikhianati
3) Serahkan amanah kepada yang berhak
4) Jangan rugikan hak manusia dan rosakkan sesuatu kerana ia adalah amanah Allah.
5) Hendaklah bersikap amanah dalam melaporkan dan merekodkan sesuatu
6) Hendaklah bersikap amanah dalam mengukur dan menyukat
7) Allah swt tidak suka kepada orang yang khianat.
b) …..dari al-Hadith
- Tidak sempurna iman seseorang tanpa sifat amanah
- Tidak amanah adalah satu tanda munafik
- Menunaikan amanah adalah satu tugas yang berat
- Urusan akan rosak jika diserahkan kepada orang yang tidak benar-benar memahaminya.
- Amanah membawa rezeki
Kisah dan Teladan :
Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah salah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika baginda sedang tekun menyiapkan kerja rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, baginda pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan oleh baginda ketika baginda bekerja pada malam itu, puteranya hairan lalu bertanya :
”Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang”.
Khalifah Umar pun menjawab, “ Benar katamu wahai anakku, tetapi engkau harus ingat,lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk berkerja sebentar tadi adalah kepunyaan kerajaan, minyak yang dgunakan itu dibeli dengan wang kerajaan sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga”.
Kemudian baginda menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam bikiknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka baginda pun berkata kepada puteranya,
” Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda”.
( Panduan al-Quran dan Hadith; JAKIM,2009 )
No comments:
Post a Comment