Sunday, April 10, 2011

Pesan ibu beribu-ribu……

Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu

Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan yang mementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan penagih rokok

Ibu yang satu menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
’ Jagalah diri selalu di luar sana mungkin bersama menunggu ’
kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
’ Jangan dibiar kepala berkutu, carilah ubat jerawat batu ’
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
si Bedul sudah ditangkap
si Bedul di dalam longkap.

Dia menyatakan kesalnya kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
’ Pilihlah kawan yang bermutu jangan dipilih  kawan berhantu ’
mengenang nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu
ya pesanan ibu.

Ibu
ku yakini kau mengenali
yang mana budaya
yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku
kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.


Rahman Shaari
30 Jan 2005


No comments:

Post a Comment