Aisyah binti Abu Bakar berkata Rasulullah saw bersabda : ” Apabila Allah menghendaki seorang pemimpin negara itu menjadi baik, Allah menyediakan pembantu yang baik baginya. Apabila pemimpin itu lupa, pembantunya memperingatkannya. Apabila pemimpin itu ingat, pembantunya menolongnya.
Apabila Allah swt mahu memberi perkara yang buruk pada pemimpin itu, Allah menyediakan pembantu yang jahat baginya. Apabila pemimpin itu lupa, pembantunya tidak suka memperingatkannya. Apabila pemimpin itu ingat, pembantu tidak suka menolongnya”.
( Diriwayatkan oleh Abu Daud )
No comments:
Post a Comment