Tuesday, April 26, 2011

…berbuat ketaatan & nikmat anggota

Ketahuilah bahawa agama itu ada dua bahagian. Pertamanya, meninggalkan maksiat yang ditegahkannya dan keduanya berbuat ketaatan yang yang disuruhkannya. Meninggalkan segala yang ditegahkan itu sangat susah dan berbuat ketaatan itu mampu dibuat oleh setiap orang dan meninggalkan syahwat yang membawa kepada maksiat itu tidak termampu melainkan ahli kebenaran. Kerana inilah Nabi saw bersabda yang bermaksud : ‘ Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berperang sabil itu ialah orang yang memerangi nafsunya’

Ketahuilah hanya sesungguhnya engkau melakukan maksiat terhadap Allah Azza wa Jalla itu, dengan segala anggotamu. Sesungguhnya anggotamu itu, nikmat daripada Allah untukmu dan pertaruhanNya (amanah) padamu. Penggunaan segala nikmat Allah pada menderhakakanNya adalah kemuncak kekufuran bagi nikmat Allah, yakni menyalahi tujuan dijadikannya iaitu berbuat taat kepada Allah.

Maka tatkala engkau berbuat maksiat dengannya maka demikian itu menyalahi tujuan dijadikannya. Inilah makna kufur di sini, iaitu dinamakan kufur nikmat dan bukan dengan makna kufur agama.

Dan segala anggotamu adalah pertaruhan daripada Allah Taala padamu adalah setinggi-tinggi maksiat. Segala anggotamu itu adalah seperti rakyatmu maka lihatlah bagaimana engkau memeliharakannya.

Maka sekalian kamu mempunyai peliharaan dan tiap-tiap  kamu akan ditanya pada hari kiamat, sesuatu yang kamu peliharakannya

( Imam al-Ghazali )


Petunjuk dan pertolongan itu daripada Allah jua. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment