Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

...seorang sahabat

Sebermula perkenalan ikatan persahabatan
bersamanya kemesraan bertautan
hari berselisih masa
musim bertukar ketika
dari kawan menjadi ketua

Petah lidahnya berbicara
cerdiknya menyambung kata
pintar fikirnya tidak terkira
wataknya tenang bersahaja
tapi tegasnya tidak mengira siapa

Siapa tidak mengenalnya
dia kawan karibku
gigih bekerja tekun berusaha
tiada beras antah dikikis
tiada emas bungkah diasah
tiada rotan akan dicarikan
tiada kayu kulit ditarah
tiada hujan air ditadah
setiap jalan ada kemahuan
setiap kemahuan di situ ada jalan.

Dia yang kukenal
kata-katanya berbisa bagai sembilu
hati tertekan jadi berbulu
terngiang-ngiang pedihnya halwa telinga
resah gelisah menanggung rasa
pabila kata direnung dihayati
tersapa keinsafan menyelubungi
betapa benar sikap membelengui
semangat baru menyuntik diri

Dia kawan setiaku
bercakap lurus berkata benar
tahu menimbang bijak melakar
bergaul semua kecil dan besar

Kerja tekun banyak faedah
pantang sekali berlengah-lengah
terhadap yang susah hatinya lemah
terhadap yang tertindas hatinya belas

dada lapang fikiran panjang
kerjanya bersungguh pantang berlengahan
hati bersih fikiran jernih
sayangnya tidak memilih kasih
marahnya tidak mencari selisih

Yang sakit selalu dijenguk
yang senang selalu dijulang
yang dekat diingat-ingat
yang jauh ditinjau-tinjau

Dia yang kukenal
rela berkorban kerana kawan
rela dipijak membela yang hak
rela melengas kerana tugas
rela berbagi untung dan rugi
rela meminta jika terpaksa
rela bermati demi bangsa
katanya :
tanah sekepal jadikan daratan
air setitis jadikan lautan

Dia sahabat lamaku
jiwanya kental penuh amanah
taat berpegang janji dan sumpah
terhadap pekerjanya ia peramah
terhadap sahabat ia pemurah

Dia yang akan pergi
akan meninggalkan yang asal
tempat bekerja kenal mengenal
sahabat, kawan, taulan yang ramai
asal benih yang baik
ke laut tidakkan hanyut
ke darat tidakkan sesat
ke hulu tidak berseteru
ke hilir tidak membanjir

Tak kenal maka tak suka
Tak suka maka tak mesra
Tak mesra maka tak biasa
Tak biasa maka tak cinta

Itulah dia yang akan meninggalkan kita......

( Mohd Adnan bin Mohd Noor, Kota Bharu )

Sunday, May 1, 2011

…dari seorang zauyah

Wahai suami.. Jagailah & lindungilah diriku...selamatkan aku...Tanamkanlah di hatimu...sedikit kasih untukku...Semailah hati ini dengan cinta yg mewangi...Hiasilah syurga kita dgn kasih sayangmu.. Pimpinlah aku ke syurga...Isteri adalah satu amanah dari Yang Maha Esa... Pernikahan atau perkahwinan, menyingkap tabir rahsia..

Isteri yg kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah

Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya, Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya, Isteri adalah murid, kamu gurunya, Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya, Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya, ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya, Seandainya isteri tulang yg bengkok, berhati-hatilah meluruskannya. Perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman & takwa. Untuk belajar meniti sabar & redha, kerana memiliki isteri yg tak sehebat mana, justeru kamu akan tersentak dari alpa,

Kamu bukanlah Rasullulah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamallahuwajhah
Cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh..



Ya Allah.. berikanlah kekuatan kepada kami.. untuk menegakkan perintah-perintahMu, dan berilah kami manisnya berzikir mengingati-Mu.. Berikanlah kami kekuatan utk menunaikan syukur kepada-Mu dengan kemulian-Mu dan jagalah kami dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu..

Ya Allah.. berikan lah kami rezeki berupa kasih sayang terhadap anak2 yatim dan pemberian makanan serta penyebaran salam dan pergaulan dengan orang2 mulia dengan kemuliaanMu, Wahai tempat berlindung bagi orang2 yang berharap...

Ameen Ya Rabbal Alameen....




Friday, April 29, 2011

...memetik bicara

DURING MY TIME AS HO...BLA...BLA....ATAU PUN WHEN I WAS MO IN SO N SO HOSP...BLA..BLA.."Ayat saperti itu yg sering di hamburkan.it is all about respecting others and we can be a better nation, spiritually, emotionally and intellectually.

Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang."

Wednesday, January 19, 2011

Renungkanlah………..

Putri,

Saya titipkan lembaran di bawah khas buat tatapan Putri dan para penggemar Luahan Rasa seperti saya. Saya bukanlah penciptanya tetapi ia saya petik dan terjemahkan dari sebuah laman web berunsur motivasi. Saya senang membacanya dan saya kira sehingga ke  nokhtah yang terakhir nanti, anda juga akan berkongsi perasaan yang sama apabila membacanya.

“ Tuhan Yang Maha Pemurah telah menciptakan kita ikan-ikan di sungai dan lautan, tetapi kita harus mengail mahupun memukat untuk mendapatkannya. Demikian juga jika kamu terus menunggu waktu yang tepat, mungkin kamu tidak akan bermula. Mulailah sekarang!. Mulailah di mana kamu berada sekarang dengan apa adanya “.

Jangan pernah fikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai, tetapi sedari bahawa cintalah yang memilih kita untuk mencintainya. Perkahwinan memang memiliki banyak kesusahan tetapi kehidupan bujang tidak memiliki kesenangan. Buka mata kamu lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kamu setengah terpejam sesudahnya.

Menikahi wanita atau pria kerana kecantikan atau ketampanannya sama seperti membeli rumah kerana lapisan catnya. Harta milik yang paling berharga seorang pemuda di dunia ini adalah hati seorang wanita. Begitu juga persahabatan. Persahabatan adalah satu jiwa dalam dua raga. Persahabatan sejati tidak ubah seperti nikmat kesihatan yang baik, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.

Seorang sahabat adalah insan yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya. Sahabat umpama ‘ tangan tuhan ‘ untuk menjaga kita. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan tetapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain. Menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan di kala kamu senang dan perisai di waktu kamu susah. Namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kamu mampu melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu mampu melihat keunikannya. Tetapi…..semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak biasa melihat kedua-duanya sekali.

Begitu juga dengan kebijaksanaan. Kebijaksanaan itu seperti cairan yang mana kegunaannya terletak pada penyerapan yang benar. Orang pintar sekalipun akan gagal apabila mereka memikirkan terlalu banyak hal. Sedangkan orang bodoh sering kali berhasil dengan melakukan tindakan tepat. Dan bahawasanya keintektualan sejati tidak datang dari pemikiran kita semata-mata tetapi turut bersandarkan pada perasaan dan fakta.

Tak seorang pun sempurna, bukan? Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah seorang yang bijak. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah. Apa yang berada di hadapan kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang berada di dalam diri kita sendiri.

Kita tidak  berupaya untuk mengubah masa lalu tetapi sesungguhnya dapat menghancurkan masa kini dengan berasa khuatir tentang masa depan. Bila kita mengisi hati dengan penyesalan untuk masa lalu dan kebimbangan untuk masa-masa yang akan mendatang, percayalah. Kita tidak memiliki hari ini untuk disyukuri. Justeru jika kamu berfikir tentang hari kelmarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut, bererti kamu sudah berada di jalan yang benar menuju sukses. – ASILAH


Terima kasih daun keladi kerana sudi meluangkan waktu bagi menterjemahkan coretan di atas untuk dikongsikan bersama. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya.

Benar kata Asilah, senang sekali membacanya. Ia membuatkan kita berhenti sekejap untuk berfikir dan merenung sejenak. Ia seolah-olah memberikan kita satu  sumber kekuatan yang baru dan segar. Lagipun berfikir sejenak dan merenung masa lalu juga merupakan satu permulaan untuk kita bertindak.

( Utusan Malaysia : 4 Jan 2007 )