Diriwayatkan bahwa peristiwa Mi’raj terjadi, kerana di antara langit dan bumi terjadi pertengkaran dan bangga membanggakan diri satu terhadap yang lain.
Berkata bumi kepada langit: Aku lebih mulia daripadamu, kerana Allah telah menghiasku dengan kota-kota, laut-laut, sungai-sungai, pohon-pohon, gunung-gunung dan lain-lain.
Langit menjawab dan berkata: Aku lebih mulia daripada engkau, kerana di tempatku terdapat matahari, bulan, bintang-bintang, Aresy, Kursi dan syurga. Berkata si bumi : Di atas daratanku terdapat rumah suci yang diziarahi dan ditawafi oleh para nabi, para rasul, para wali dan para orang mu’min.
Langit menjawab: Di tempatku terdapat Albaitul Ma’mur, yang ditawafi oleh para malaikat di langit dan terdapat syurga yang menjadi tempat bersemayamnya roh-roh para nabi, para rasul, para wali dan para orang soleh. Berkata si bumi: Nabi Muhammad rasul utama, penutup nabi-nabi, kekasih Rabbil Alameen serta makhluk yang paling afdhal dilahirkan serta menyebarkan syari’atnya di atas pangkuanku.
Mendengar kata-kata bumi terakhir ini si langit tidak dapat menjawab dan bermohon kepada Allah agar diberinya kehormatan dan kemuliaan sebagaimana telah diberikannya kepada bumi dengan menaikkan (memi’rajkan) nabi Muhammad ke langit. Allah lalu meluluskan permohonannya itu dan pada malam keduapuluh tujuh bulan Rejab diperintahnyalah Jibril pergi ke nabi Muhammad dengan seekor bouraq dari syurga.
Dari empatpuluh ribu ekor bouraq yang berkeliaran di taman-taman syurga, Jibril melihat seekor yang menyendiri, menangis mencucurkan air mata. Jibril bertanya kepadanya: Kenapa dan gerangan apa yang menjadikan engkau menangis? Si bouraq menjawab: Sejak aku mendengar nama Muhammad empat puluh ribu tahun yang lalu, tertanamlah di dalam hatiku cinta yang mendalam kepada pemilik nama itu sehingga menyebabkan aku tidak merasakan kebutuhan makan maupun minum. Dan berkatalah Jibril kepadanya: aku akan membawamu kepada makhluk yang sangat engakau cintai itu, lalu diberinya pelana dan kekang dan dibawanyalah ia sesuai dengan perintah Allah kepada nabi Muhammad saw.
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977
Friday, September 26, 2014
Adil dan baik
Diriwayatkan bahawa Allah swt berfirman kepada nabi musa as: Barangsiapa
berkuasa (dapat membalas) tetapi mengampuni, Aku memandang padanya tiap hari
tujuh puluh pandangan dan barangsiapa memperoleh pandangan dari padaKu tidak
akan Aku siksanya dengan api nerakaKu. (Raudhatul-Mughanni)
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977
Pelaksanaan Mantap Tindakan Pantas
Strong Implementation & Rapid Execution KPM 2014
Fokus ini perlu diperlihat melalui tindakan berikut :
* Adanya pemantauan yang rapi termasuklah program turun padang
* Adanya kawalan dan sumber yang bertangungjawab khususnya PPPM 2013-2025
* Melihat pencapaian atas asasaran yang dirancang
* Setiap pelaksanaan mestilah merujuk segala peraturan serta mematuhi
tatatertib perkhidmatan dan tidak boleh lengah.
Dalam masa yang sama, usaha bagi menjaya dan menggerakkan pelaksanaan
tugasan mestilah dapat menambat hati dan jiwa orang bawahan. Semua pihak juga perlu
meningkatkan keupayaan untuk berkerjasama.
Di antara cara-cara untuk mencapainya ialah :
* menjelma kebolehpercayaan
* berkongsi maklumat
* hubungan kerja secara berkomunikasi
* sokong bentuk penerimaan
* struktur objektif secara berpasukan
Sesebuah organisasi cemerlang dan bergerak kehadapan akan mengamalkan
prinsip-prinsip berikut:
* Meaning – perlu tahu siapa diri kita sendiri
* Framing – mengurus diri sendiri
* Engaging – perlu ke hadapan
* Energizing – find your voice
* Connecting – berhubung dengan orang di sekeliling.
Budaya kerja yang cepat, tepat dan berintegriti amat penting serta perlu
diamalkan dalam kalangan penjawat awam. Ingatlah, tanpa integriti hilanglah
jati diri, bagai nila setitik yang merosakkan susu sebelanga. Usah rendahkan
mertabat integeriti dalam usaha untuk membantu mencapai kejayaan dengan cepat.
Wallahu alam.
Gurindam Mengidam Kuasa
Kalau benar mengidam kuasa
hendaklah wajar tingkah dan cara.
Kalau kuasa hendak digenggam
kebaikan orang jangan dihentam.
Kalau kuasa hati berkenan
jasa orang dinafi jangan.
Kalau kuasa hendak diraih
amalkan budaya berterima kasih.
Impian berkuasa lekat di hati
hapuskan segala hasad dan dengki.
Kalau kuasa pilihan yang syumul
ikutlah cara yang paling betul.
Kalau kuasa mahu diburu
hindari prasangka jauhi cemburu.
Kalau kuasa impian utama
belajarlah sentiasa hidup
bersama.
jangan berasa hendak menindas.
Kalau kuasa mahu diperjuang
baiklah sentiasa menolong orang.
Kalau kuasa dimahukan sungguh
buangkan sombong lemparkan ego.
Kehebatan kuasa ingin dilakar
aib orang jangan diselongkar.
Keinginan berkuasa sekiranya
hadir
jangan suka mempersenda
menyindir.
Kalau kuasa menjadi keutamaan
tingkatkan takwa kukuhkan iman.
Kalau kuasa diimpi dicita
jauhi matlamat menghalalkan cara.
MOHD KASIM MAHMUD
PPJ Kota Tinggi.
21 Februari 2008
Doa mengulangi UPSR 2014
Ya Allah Ya Rahman
Ya Rahim,
Dengan nama Allah
Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit,
Dengan nama Allah
Tuhan yang mencukupkan segala permintaan,
Dengan nama Allah
Tuhan yang memaafkan segala dosa,
Dengan nama Tuhan
yang tidak dapat dimudharatkan oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan
ia maha mendengar dan maha mengetahui
.
Tiadalah sesuatu
urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah, dan Engkaulah yang
menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki. Mudahkanlah urusan
peperiksaan kami Ya Allah. Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu
sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya.
Ya Allah Ya Hakim Ya
Halim,
Kami pertaruhkan
kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula
kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya.
Ya Allah Ya Ghaffar
,
Ampunkanlah dosa
kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam,
lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati
kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh
apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Aameen Ya Rabbal Alameen.
Wednesday, September 24, 2014
Ringkasan Eksekutif Laporan Tahunan PPPM 2013 (5)
Kementerian amat menyambut baik maklum balas daripada
orang awam
Kementerian amat menyambut baik maklum balas yang dikemukakan secara
berterusan daripada rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa. Transformasi
sistem pendidikan bukanlah suatu perkara yang mudah. Maklum balas kepada
Kementerian pada tahun 2013 begitu menggalakkan dan berupaya memberikan
pencerahan dalam beberapa isu terutamanya,
a) Pelaksanaan wajar
dipercepatkan
Maklum balas yang berterusan daripada orang awam serta pihak media
menyatakan bahawa pelaksanaan inisiati merupakan cabaran terbesar Kementerian.
Kementerian mengakui perkara ini dan akan terus meningkatkan pemantauan,
tindakan susulan dan pengurusan yang cekap.
b) Kepekaan yang rendah
tentang reformasi
Kementeria juga mengakui bahawa kepekaan awam tentang PPPM masih rendah.
Dalam mengorak langkah seterusnya. Kementerian akan berusaha lebih gigih untuk
melibatkan pelbagai komuniti dan pihak berkepentingan agar lebih ramai yang
peka tentang matlamat dan tindakan yang digariskan dalam PPPM.
c) Pengiktirafan oleh
masyarakat antarabangsa
Kementerian menerima input bebas daripada masyarakat antarabangsa berkenaan
PPPM. Antaranya termasuklah daripada ahli antarabangsa seperti Dr Michael
Fullan (Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Ontario)
dan Dr. Andreas Schleicher (Ketua Analisis dan Indikator,OECD). Input yang
diperoleh telah mengiktiraf bahawa ciri-ciri PPPM adalah tepat dan hanya
memerlukan pelaksanaan yang berkesan. Pengiktirafan tersebut memperkukuhkan
keyakinan Kementerian bahawa transformasi pendidikan ini berada pada landasan
yang tepat.
Sokongan dan komitmen yang berterusan amat diperlukan
Transfprmasi sektor pendidikan hanya akan berjaya apabila mendapat sokongan
dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak berkepentingan agar
melibatkan diri dengan lebih aktif dan menyeluruh dalam melaksanakan
pembaharuan pada masa hadapan.
Transformasi pendididikan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan.
Semua pihak mesti bertanggungjawab dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kementerian berharap agar pembaharuan yang digariskan di bawah akan terlaksana
merentasi keseluruhan sistem pendidikan.
* Guru
akan menjadi pemimpin dalam bilik darjah melalui pembangunan diri dan
profesional yang berterusan. Mereka akan menerima lebih banyak sokongan,
bimbingan dan latihan daripada Kementerian (contohnya dari PPD dan pembimbing
pakar).
* Pemimpin
sekolah akan berperanan sebagai pemimpin pengajaran yang cemerlang,
bukan sahaja sebagai ketua pentadbir, tetapi meluangkan lebih masa untuk
melatih guru serta menjadi agen perubahan di sekolah dan dalam komuniti.
* Pegawai
pendidikan di negari dan daerah akan menjadi pembimbing yang lebih
baik dan menyokong pihak sekolah. Mereka akan mengadakan lawatan kerja ke
sekolah dengan lebih kerap dan membantu sekolah menyelesaikan masalah.
* Pegawai di
Kementerian akan berkerjasama dengan lebih rapat dan membuat
keputusan berdasarkan analisis data. Mereka akan menumpukan usaha kepada
pelaksanaan dan pelibatan pihak berkepentingan, khususnya bagi memastikan
penambahbaikan dalam keberhasilan murid.
* Ibu bapa
akan menjadi rakan kongsi dalam pembelajaran anak-anak mereka dan bekerjasama
rapat dengan pemimpin sekolah dan guru untuk menyokong pembelajaran anak di
sekolah dan di rumah.
* Orang awam dan
sektor swasta perlu
memberikan sokongan padu dan galakan kepada guru dan pemimpin sekolah dan
menyedari bahawa transformasi pendidikan memerlukan masa dan usaha. Mereka
perlu terus memberikan maklum balas dan bekerjasama secara aktif dengan sekolah
dan Kementerian untuk meningkatkan pencapaian sekolah.
Wallahu a’lam.
Laporan Tahunan PPPM 2013
KPM, ms 12-13
Kalau kita menjadi kayu
biarlah jadi gaharu
atau cendana wangi dan bernilai
tinggi
atau paling tidak jika terpaksa,
cukuplah jadi kayu api asal punya
harga diri
Tetapi,
jika mahu jadi kayu majal,
keras dan padu seperti cengal,
keruing atau meranti itu juga
pilihanmu cuma,
jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak
hingga tergamak menetak kaum
sendiri
Abdul Rahim Idris
Mac 17, 2008
Doa tetamu Allah
Maha suci Tuhan
yang telah menundukkan semua ini
untuk kami
dan kami tidaklah mampu
menguasainya
dan sesungguhnya hanya kepada
Tuhan kamilah
kami akan kembali
Ya Allah
kami mohon kepadaMu dalam perjalanan kami ini
kebajikan, taqwa dan amal yang
Engkau redhai
Ya Allah
jadikanlah perjalanan kami ini
ringan
dan dekatkanlah kejauhannya
Ya Allah
Engkaulah pendamping kami
dalam perjalanan ini
dan Engkaulah pengganti kami
dalam keluarga kami
Ya Allah
kami berlindung kepadaMu
dari beban beratnya perjalanan,
pemandangan
yang menyedihkan dan kesudahan buruk
pada harta dan keluarga kami
Ameen Ya Rabbal Alameen.
Tuesday, September 23, 2014
Ringkasan Eksekutif Laporan Tahunan PPPM 2013 (4)
Pengajaran untuk penambahbaikan diperoleh pada tahun 2013
Kejayaan yang diraih serta cabaran yang ditempuh pada tahun 2013 telah
mencetuskan pemikiran baharu untuk dimanfaatkan oleh Kementerian. Pengalaman
yang diperoleh oleh Kementerian pada tahun 2013 menguatkan lagi iltizam untuk
menambah baik pelaksanaan, khususnya:
1. Wujud sekolah cemerlang dan amalan terbaik di Malaysia
Sekolah berprestasi tinggi sudah terdapat di Malaysia (yang setara dengan sistem
pendidikan terbaik dunia), seperti yang ditunjukkan daripada penilaian PISA
2012. Selain itu, banyak pengalaman daripada sekolah biasa dan sekolahj Amanah
yang berhasil menggarap pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta sehingga
menyumbang kepada kejayaan para muridnya yang boleh dijadikan iktibar
bersama-sama semua pihak. Kini, Kementerian perlu mengemblengkan sumber untuk
mengenal pasti dan menyebarluaskan amalan terbaik yang diterapkan oleh sekolah
cemerlang ini agar dapat dimanfaatkan oleh sekolah lain di Malaysia.
2. Fokus kepada keberhasilan murid
Kementerian mengakui keberkesanan transformasi pendidikan berlaku apabila
keberhasilan murid dan penerapan amalan terbaik di sekolah berjaya
memperlihatkan peningkatan yang signifikan. Bagi memastikan peningkatan ini
berhasil di semua bilik darjah di seluruh negara, Kementerian akan terus
memantapkan usaha dengan memberikan fokus kepada inisiatif yang mampu
memberikan impak secara langsung terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran,
dan keberhasilan murid melalui inisiatif LINUS, KBAT dan ProELT.
3. Penyelarasan yang kemas serta perancangan yang terperinci perlu bagi
mengatasi cabaran pelaksanaan.
Sistem pendidikan Malaysia yang kompleks dan rencam, mencakupi lebih 10 000
buah sekolah dan 420 000 orang guru serta skop pentadbiran Kementerian yang
begitu luas memerlukan kerjasama yang kemas dan licin antara JPN, PPD dan
sekolah.
Kementerian mengiktiraf bahawa usaha
yang signifikan perlu dilaksanakan bagi memastikan semua pihak berkepentingan,
iaitu guru, pemimpin sekolah, ibu bapa dan komuniti, perlu terlibat secara
lebih aktif untuk menjayakan inisiatif PPPM. Kementerian juga akan terus meraih
lebih banyak pelibatan ibu bapa melalui usaha penyebarluaskan Sarana Ibu bapa
agar ibu bapa berupaya menyumbang kepada pembelajaran anak-anak mereka.
Wallahu a’lam.
Laporan Tahunan PPPM 2013
KPM, ms 12
Ikrar Wira TIMSS 2015
Maka kami, Wira-wira TIMSS, berikrar, akan menumpukan, seluruh tenaga dan
usaha kami, untuk menaikkan maruah negara, dengan mencapai kejayaan dalam TIMSS
2015.
Kami berikrar untuk:
- Memberi perhatian, dan terlibat secara aktif, dalam sebarang program intervensi TIMSS.
- Menjawab dengan bersungguh-sungguh, kesemua soalan yang ditanyakan dalam TIMSS 2015.
Kamilah kebanggaan negara
Kamilah wira-wira negara
Kamilah wira-wira TIMSS
Insya-Allah.
Meja makan
Meja makan
di rumah seorang petani
di sebuah desa
meski murah harganya
tetapi mahal dengan
keakraban dan kemesraan
kaya dengan
kasih sayang dan kebahagiaan
terkumpul setiap hari
di ruang persefahaman.
di rumah seorang hartawan
di ibu kota pula
kendatipun mahal harganya
tetapi murah dan miskin
dengan rukun dan keharmonian
apabila hamper setiap hari
semakin sepi dipandang
di sudut renggang.
Murah atau mahal meja makan
saksi perhubungan
penyatu kekeluargaan
yang bernilai adalah
juadah kebersamaan yang disajikan
menyambung warisan berzaman.
Nazim Subari
Mersing, Johor
Mingguan Malaysia
14 Sept 2014
Saturday, September 20, 2014
Ringkasan Eksekutif Laporan Tahunan PPPM 2013 ( 3 )
Kejayaan awal diraih pada tahun 2013
Beberapa kejayaan awal telah diraih pada tahun 2013 termasuklah perubahan
ketara yang mula menyerlah di bilik darjah. Hal ini bererti bahawa perubahan
ketara dan pantas tidak mustahil boleh berlaku.
Kementerian merasa amat bangga atas
segala yang ditunjukkan oleh pihak guru, pemimpin sekolah dan pegawai
kementerian di seluruh Malaysia. Mereka telah berkorban masa dan tenaga serta
memberikan komitmen untuk menggerakkan inisiatif serta melaksanakan pembaharuan
dalam bilik darjah. Sumbangan mereka dan impak awal yang jelas dilihat telah
menguatkan iltizam dan keyakinan kementerian bahawa transformasi pendidikan
bukanlah sesuatu perkara yang mustahil boleh berlaku. Antara contoh kejayaan
awal termasuklah seperti berikut:
1. Program Transformasi Daerah (DTP)
Program Transformasi Daerah
bertujuan melicinkan penambahbaikan sekolah dan merapatkan jurang
pencapaian dalam kalangan sekolah dan antara negeri-negeri di Malaysia. Program
rintis DTP telah diperkenalkan di Sabah dan Kedah iaitu dua buah negeri dengan
tahap pencapaian sekolah yang paling rendah. Pada tahun 2013, program rintis
ini memperlihatkan keberhasilan yang signifikan apabila kadar peningkatan
keputusan peperiksaan kebangsaan (UPSR,ang tertinggi berbanding dengan
negeri-negeri lain di Malaysia. Malahan pencapaian peperiksaan kebangsaan yang
diraih ini adalah yang terbaik bagi kedua-dua negeri tersebut dalam tempoh 10
tahun. Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar di Sabah dan
Kedah juga jatuh mendadak, iaitu jauh lebih baik daripada purata bagi seluruh
negara. Keberhasilan DTP di Kedah dan di Sabah memberikan keyakinan kepada
kementerian untuk memperluaskan program tersebut di semua daerah di seluruh
negara pada tahun 2014.
2. Peningkatan Profesiensi Guru Bahasa Inggeris (ProELT)
Golongan ibu bapa serta orang awam amat prihatin terhadap tahap profisiensi
bahasa Inggeris dalam kalangan guru. Buat pertama kalinya Kementerian telah
menjalankan ujian penguasaan bahasa Inggeris secara besar-besaran melibatkan 61
000 orang guru, guru pelatih dan pensyarah. Keputusan penilaian tersebut
membolehkan seramai 14 000 guru dikenalpasti untuk menjalani program
peningkatan bahasa. Kelompok pertama yang terdiri daripada 5 000 orang guru
telah dilatih di bawah program ProELT. Hasilnya, sejumlah 76% daripada mereka
berjaya mempertingkatkan penguasaan bahasa dengan peningkatan
sekurang-kurangnya satu aras (band).
3. Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)
Literasi dan numerasi yang dipupuk dari peringkat sekolah rendah menjadi
teras yang kukuh kepada pembelajaran Bahasa Malaysia serta numerasi asas dalam
kalangan murid telah meningkat, iaitu daripada 81% dan 90% masing-masing pada
tahun 2010, kepada 99% bagi kedua-dua tahap. Pada tahun 2013, ujian saringan
mata pelajaran Bahasa Inggeris telah dimulakan bagi murid Tahun 1 dan berjaya
memperlihatkan peningkatan daripada 50% murid pada awalnya kepada 63% murid dalam
tempoh enam bulan.
4. Inisiatif Enrolmen Prasekolah
Usaha yang digerakkan oleh Kementerian bagi memastikan lebih ramai
kanak-kanak memperoleh pendidikan awal kini berjaya. Kadar enrolmen prasekolah
telah meningkat sehingga 81.7% hasil kerjasama antara pihak Kementerian dengan
pelbagai agensi kerajaan dan pengusaha prasekolah swasta bagi mempertingkatkan
kualiti dan bilangan murid prasekolah serta menyediakan bantuan yuran kepada
keluarga berpendapatan rendah.
5. Piagam Pemimpin: Pemilihan kepimpinan sekolah akan
dibuat berdasarkan merit.
Kini, kriteria pemilihan untuk kenaikan pangkat sebagai pengetua atau guru
besar tidak lagi dibuat berdasarkan tempoh perkhidmatan. Calon pengetua atau
guru besar dikehendaki menjalani program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL).
6. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Bagi memantapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan murid,
program i-THINK yang berfokuskan kepada penggunaan peta minda dan bertujuan
mempertoingkatkan pembelajaran murid telah dilancarkan di 500 buah sekolah.
Sepuluh sekolah juga telah mengorak langkah ke fasa pencalonan bagi Program
International Baccalaureate (IB) Middle Years.
7. Transformasi Pendidikan Vokasional
Peratusan murid lepasan PMR yang meneruskan pengajian vokasional kini
mencecah 4.6% berbanding dengan 4% pada tahun 2012. Kementerian berjaya
menambah bilangan Kolej Vokasional (KV) daripada 15 buah kepada 72 buah pada
tahun 2013, lantas membuka peluang bagi lebih ramai murid meneruskan pengajian
dalam pelbagai bidang vokasional. Kementerian juga menjalinkan kerjasama dengan
beberapa Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta (ILKA dan ILKS) melalui
tajaan yuran bagi murid yang ingin meneruskan pengajian dalam kursus yang tidak
dotawarkan di KV.
Wallahu a’lam.
Laporan Tahunan PPPM 2013
KPM, ms 10 - 11
Cermin mukmin
bersih dan jernih
pandangan bersatu
menatap rupa peradaban
adalah wajah kasih
didandan restu
cinta Tuhan.
Di sini
elok dan cantik
perasaan bertemu
dalam kemilau kemanusiaan
adalah kamar terbaik
tanpa debu tanpa ganggu
bercahaya persaudaraan.
Cermin mukmin
biar bercantum keyakinan
kekal titik pertemuan
abadi sinar kemuliaan
menghadapi abad
tanpa retak
tanpa sebak.
Nazim Mohd Subari
Endau, Johor
BH, 14 Sept 2014
Friday, September 19, 2014
Pengampunan bagi seorang yang bertaubat
Pelajaran ke-30
Bersabda rasulullah saw: Sesungguhnya
di depan kamu terpancang rintangan-rintangan tidak dapat dilewati oleh mereka
yang keberatan dosa kecuali dengan susah payah.
Yang dimaksud dengan rintangan tersebut ialah apa yang dialami orang
setelah mati: siksaan dalam kubur, keadaan di mahsyar, menghadap Tuhan untuk
memberi pertanggungan jawab dan hisab, melalui sirat. Maka berkeyakinan bahwa
ia akan mengalami hal-hal itu, seharusnya meringankan beban-beban dosanya
dengan jalan melakukan perintah Allah serta menjauhkan diri dari
larangan-larangannya dan mengurangi kecintaannya pada keduniaan.
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977
Choraldra IV
We realize though that
Education is a shared
responsibility
To do the job well, we need
parents
Parents, a special word to you
Our students, your children;
You feed, fend for, feel their
fears
Prepare them, pray for them
Yours to cherish but a while
You entrust them to us, we accept
them
Teach them, challenge them, show
them
Train and expand their minds
Help them live by the rules
Together we are truly blessed
We raise them up
So they can stand on mountains
We raise them up
To walk those stormy seas
They are strong
When we can work together
We raise them up
To all that they can be.
This is our pledge
We are teachers
We’ll put the luster back into
teaching
We are teachers
For our children, we’ll walk the
extra mile
With many a minding turn
Which goes no one knows where
But we are strong, strong enough
to carry on;
They aren’t heavy, they’re our
children
We are teachers, we’ll walk the
mile.
The bottom line
If we work in tandem, we will not
fail
For behind the parent stands the
teacher
Behind the teacher, stands the
parent
And behind us all; our leaders
Together, let’s walk into the
future!
We are teachers, we’ll walk the
mile
We are teachers, we’ll walk in
style!
By:
Pn. Lyla Roberts
Pn. Janet Ratnam
PWTC, Kuala Lumpur
Wednesday, September 17, 2014
Keadaan orang dan situasi hari Qiamat
Pelajaran ke-29
a) Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa rasulullah saw bersabda: Orang-orang yang dikumpulkan pada hari
Qiamat terbagi dalam tiga kelompok: kelompok berjalan kaki, kelompok menunggang
dan kelompok yang berjalan di atas kepala. Di tanya rasulullah : Bagaimana
mereka dapat berjalan di atas kepala ya rasulullah? Rasulullah menjawab: Tuhan
yang berkuasa menjalankan mereka di atas kaki berkuasa pula menjalankan mereka
di atas kepalanya dan mereka lulus dari segala rintangan dan duri. (Riwayat
Attirmidzi)
b) Diriwayatkan oleh Jabir ra bahawa rasulullah saw bersabda: Jauhilah kamu kezaliman kerana kezaliman itu
adalah kegelapan bagimu di hari Qiamat dan jauhilah kebakhilan (sifat kikir)
kerana kebakhilan itu telah membinasakan orang-orang sebelum kamu, menyebabkan
pertumpahan darah di antara mereka serta menjadikan mereka menghalalkan
barang-barang yang haram.
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977
Ringkasan Eksekutif Laporan Tahunan PPPM 2013 (2)
Kementerian memulakan pembaharuan amalan kerja pada tahun
2013
Pada tahun 2013, Kementerian memulakan pembaharuan terhadap amalan kerja
dan memberikan fokus kepada beberpa inisiatif penting bagi mencerminkan
pembaharuan tersebut.
* Penubuhan PADU bagi memacu pelaksanaan PPPM:
Sebagai usaha melicinkan pelaksanaan inisiatif, Kementerian telah
menubuhkan Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) pada tahun 2013 bagi
menggarap bakat daripada sektor awam dan swasta. PADU berperanan memantau,
membantu penyelesaian masalah dan menyokong Kementerian untuk mendorong
penambahbaikan terhadap keberhasilan prestasi murid seperti yang digariskan
dalam PPPM.
* Pengupayaan JPN dan PPD
bagi meningkatkan prestasi murid :
Melalui Program Transformasi Daerah yang diperkenalkan di Kedah dan Sabah
seramai 352 Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) dan Rakan Peningkatan
Sekolah (SIP+) telah ditugaskan ke PPD untuk memberikan bimbingan secara
langsung kepada sekolah berprestasi rendah. Usaha tersebut berjaya meningkatkan
prestasi murid di kedua-dua negeri itu. Dialog prestasi berstruktur bagi
membincangkan prestasi murid juga telah dilancarkan di JPN.
* Pembangunan dan
Pemprofilan Kepimpinan :
Bagi menilai keupayaan semasa di JPN dan PPD, satu kaedah pemprofilan
melibatkan 251 jawatan kepimpinan yng utama pada peringkat negeri dan daerah
telah dijalankan. Dapatan pemprofilan tersebut akan digunakan untuk
membangunkan kumpulan berbakat di Kementerian.
* Penstrukturan dalam Kementerian
sudah dimulakan :
Kementerian sudah memulakan langkah penyemakan semula struktur
organisasinya pada setiap peringkat – persekutuan, negeri, daerah dan sekolah.
Wallahu a’lam.
Laporan Tahunan PPPM 2013
KPM, ms 9
Amalan pertahanan rumah
Untuk pertahanan rumah dari kejahatan sihir maupun pencurian, menurut yang
dipesan oleh orang tua hendaklah diamalkan tiap-tiap malam:
a) Sesudah Maghrib, jadi!
b) Hendak tidur boleh, bacalah
1. Fatihah 1 kali, Al-ikhlas 11 kali, al-falaq 1 kali dan Annas 1 kali
lantas hadiahkan kepada Abubakar
Asshiddiq.
2. Demikan baca lagi seperti di atas (no.1) dan hadiahkan pahalanya kepada Umar Ibnu Khattab.
3. Bacalah lagi seperti di no. 1 lantas hadiahkan kepada Usman Ibnu Affan.
Terakhir bacalah lagi seperti di atas ( iaitu 1 kali fatihah, 11 kali Qulhu
dan sekali-sekali Ma’uzatain dan dihadiahkan kepada Ali bin Abi Talib.
4. Habis itu barulah bertahlil La
Ilaaha Illa’llah 111 kali
5. Kemudian, baca pula 44 kali Salaamun
Qaulammi rabbi rrahim. Ertinya : (Kepada mereka dikatakan) : Salaam sebagai
ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang (Yasin:58).
Mudah-mudahan terjagalah rumahnya dari bencana kejahatan manusia dan
ganguan jin.
Wallahu a’lam.
H. Abu Bakar Yacub
Senjata Mukmin, P.T.Bungkul
Indah
Surabaya, 1984
Choraldra III
(You see, teachers are not mere
relics of a bygone era)
(Wait a minute, ICT and….)
(Yeah, yeah….software, hardware,
wear and tear)
(As I was saying, ICT and the
internet,
They can do the job just as
well.)
But teaching is more than a job!
(It’s an art inspired by the
human heart)
It’s a profession, a dream, a
calling….
It’s got dignity, it’s got style!
(Oh, come on, teaching?)
Well, it’s not glitzy or
glamorous
(Come on lah, you know what the
people say)
(Teachers, ag, they get too many
holidays!)
How preposterous!
When teachers give homework
A teacher’s day is never done!
(Marking, test papers,
preparation, thinking skills,
Eclectic, Multiple Intelligences,
ICT!)
(Prepare them for the REAL world!)
What a tall order!
For those who still gripe about
teachers’ time off-
Come on, give us a break!
For we are a happy lot!
Teaching is our choice
We believe in our profession
We believe in ourselves!
Though our core business is to
teach
We can multi-task!
Versatility, our hallmark
Facing challenges, our trademark!
So, we coach, we nurse, we TEACH
We chauffeur, we comfort, we
TEACH!
We guide, we parent, we TEACH!
So clever!
By:
Pn. Lyla Roberts
Pn. Janet Ratnam
PWTC, Kuala Lumpur
Tuesday, September 16, 2014
Membantu orang yang zalim
Pelajaran ke-28
a) Berkata Maimun bin Muhran : Ada
dua bahaya dalam mengauli Sultan (Penguasa): Jika engkau mentaatinya, engkau
membahayakan agamamu dan jika engkau melanggari perintahnya engkau membahayakan
jiwamu, maka untuk keselamatan sebaiknya engkau tidak mengenal dia dan dia
tidak mengenalmu (Tanbihul Ghafilin).
b) Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw: Barangsiapa menolong seorang madhlum yang
susah akan dicatat oleh Allah tujuh puluh tiga pengampunan baginya. Satu di
antaranya perbaikan keadaannya di dunia dan tujuh puluh dua berupa
tingkat-tingkat di akhirat.
c) Bersabda rasulullah saw menurut riwayat Anas juga: Barangsiapa bangun pagi tidak menzalimi seseorang, diampunilah apa yang
telah diperbuat dan barangsiapa bangun pagi berniat menolong seorang yang
madhlum dan menyampaikan hajat seorang muslim ia akan memperoleh pahala satu
kali haji mabrur.
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977
Ringkasan Eksekutif Laporan Tahunan PPPM 2013 (1)
1. Kualiti ialah cabaran utama
Sungguhpun akses kepada pendidikan telah mencecah kadar hampir piawaian
sejagat namun, cabaran utama kini adalah untuk meningkatkan kualiti sistem
pendidikan Malaysia
* Walaupun prestasi murid dalam peperiksaan kebangsaan (UPSR, PMR dan SPM)
semakin meningkat, namun jurang prestasi antara sekolah bandar dengan luar
bandar masih ketara. Oleh sebab itu, usaha meningkatkan pencapaian murid secara
menyeluruh khususnya dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan merapatkan jurang
prestasi kekal sebagai fokus utama Kementerian.
* Keputusan Programme for International Student Assesment (PISA) 2012
meletakkan Malaysia dalam kelompok
sepertiga terbawah apabila lebih 50% murid berumur 15 tahun tidak berupaya
mencapai tahap minimum pada peringkat antarabangsa. Keputusan PISA tersebut
mengukuhkan bukti betapa Malaysia perlu memulakan program transformasi dalam
tempoh 13 tahun seperti yang digariskan dalam PPPM bermula pada tahun 2013. Lonjakan
dari tangga sepertiga terbawah ke sepertiga
teratas dalam pentaksiran TIMSS dan PISA dalam tempoh 13 tahun pastinya
mencabar. Namun begitu, usaha ini wajib diteruskan demi masa hadapan generasi
Malaysia akan datang.
* Pelbagai usaha sedang dilakukan bagi menambah baik kualiti para guru
termasuklah mempertingkatkan latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru
serta membangunkan kemahiran pedagogi, khususnya dalam kalangan guru muda yang
merupakan kumpulan majoriti dalam profession perguruan.
2. Fokus pertama adalah mengukuhkan asas dalam pendidikan
dan lonjakan prestasi
Gelombang pertama dalam proses transformasi pendidikan selama 13 tahun
seperti yang digariskan dalam PPPM adalah untuk mengukuhkan asas dalam
pendidikan dan meningkatkan keupayaan penyampaian yang mampu melonjakkan
prestasi sistem pendidikan di negara kita.
* Sasaran tiga tahun pertama dalam transformasi pendidikan adalah meningkatkan prestasi sistem pendidikan
menerusi peningkatan sokongan kepada guru dan penambahbaikan kemahiran asas murid.
* Fokus utama adalah untuk memastkan
keupayaan numerasi asas dan literasi (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)
dapat dicapai menerusi program pemulihan yang intensif, peningkatan kemahiran
dalam kalangan guru dan peningkatan
kualiti kepimpinan sekolah dengan menambah
baik latihan dan kaefah pemilihan pemimpin sekolah. Kementerian juga
akan melaksanakan usaha pengukuhan dan
pemerkasaan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) agar berupaya menyokong sekolah selaku pelaksana di barisan hadapan.
Matlamat utama adalah untuk memastikan bahawa semua guru, pemimpin sekolah dan
sekolah mencapai standard kualiti minimum.
* Kementerian terus komited memastikan semua sekolah, khususnya sekolah
luar bandar dan pedalaman dilengkapi dengan infrastruktur asas.
Wallahu a’lam.
Laporan Tahunan PPPM 2013
KPM, ms 9
Pembangunan manusia dan latihan
Dasar Latihan
Sumber Manusia (DLSM) KPM
Bagi memenuhi keperluan DLSM, KPM sebanyak 7 hari kursus setahun, pegawai
boleh menghadiri latihan melalui kaedah Blended
Training Approach. Melalui kaedah ini , program latihan dikelaskan kepada
tiga kumpulan :
a) Latihan
Takrifan : Tempoh latihan selama 6 jam secara
bersemuka dan berterusan diiktiraf sebagai satu hari berkursus adalah seperti
berikut: kursus, seminar, konvensyen, bengkel/workshop, forum, simposium,
kolokium, lawatan rasmi/korporat/sambil belajar dan klinik kaunseling.
Kehadiran latihan :
i. Minimum 2 hari setahun dan tidak terhad jumlah maksimumnya.
ii. Kehadiran yang diambil kira hanya bagi kursus jangka pendek (kurang 3
bulan)
b) Sesi Pembelajaran
Takrifan: Tempoh latihan / pembelajaran secara
bersemuka yang kurang dari 6 jam tetapi boleh dikumpul sebagai bersamaan sehari
berkursus meliputi: Sesi pembelajaran PTK, Sesi Pembelajaran di peringkat
Jabatan, Bahagian, Cawangan dan Seksyen, Sesi perkongsian ilmu di peringkat
Jabatan, Bahagian, Cawangan dan Seksyen, Program anjuran Bahagian Psikologi dan
Kaunseling, Program Bicara KPM atau program serupa anjuran Jabatan, Bahagian,
Cawangan dan Seksyen, Perhimpunan Bulanan Jabatan dan Bahagian, Program
Penerapan Nilai-nilai Murni dan ceramah-ceramah khas pada bulan Ramadhan,
Program sambutan program khas – sambutan Bulan-bulan Islam / perayaan yang
mengandungi ucapan / ceramah / forum dan Pertemuan Mentor dan Mentee (pertemuan
hendaklah dicatatkan dalam buku catatan)
Kehadiran latihan:
i. 6 jam terkumpul bersamaan 1 hari berkursus
ii. Maksimum 30 jam terkumpul setahun bersamaan 5 hari berkursus
iii. Pembentangan Kertas Kerja bersamaan 1 hari berkursus
c) Pembelajaran Kendiri
Takrifan : Satu kaedah pembelajaran besemuka atau
virtual yang berkonsepkan atas daya usaha sendiri : e-pembelajaran dan
pembacaan buku dan bahan ilmiah
a) Penggunaan portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) – www.epsa.intan.my; Penggunaan Pangkalan
Repositori Ilmu Sumber Manusia (PRISMA-HRMIS)
b) Pembacaan buku-buku ilmiah di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
dan
c) Pembacaan Jurnal Ilmiah / laporan / kajian dan lain-lain bahan ilmiah
Kehadiran latihan :
i. Pembacaan buku dan bahan ilmiah
ii. Pembentangan perlu diadakan di peringkat Jabatan / Bahagian / Unit
iii. Satu pembentangan bersamaan 1 hari berkursus : Maksimum 3 hari setahun
(18 jam)
iv. Pegawai yang berjaya menamatkan kursus melalui EPSA akan diiktiraf
telah menghadiri kursus tetakluk kepada perkiraan 6 jam bersamaan 1 hari
berkursus.
Wallahu a’lam.
Toolkit Pengetua dan Guru
Besar
BPSM, KPM, 2010
Choraldra II
Whoever they may be
Good teachers are
potters,sculptors
They fashion young minds and
hearts
And watch with pride as children
transform
Into exquisite works of art to
take their place
As mature adults, loyal citizens
The leaders of tomorrow
Remember: (The dawn of each poet,
Each philosopher and leader
Began with teachers
Our Prime Minister is one such
leader
The teachers of Bukit Mertajam
High School
Moulded this man of charisma
And under his dynamic leadership
(Whopping, mind-boggling
billions, you know!)
With him and Datuk Seri
Hishamuddin at the helm,
We look forward to a brighter
tomorrow. (Psst…psst)
(We are now at par with other
Civil Servants)
(What on earth does that mean?)
(Exemplary teachers and resourceful
principals
Can now vie for the JUSA C!)
Ummm….that’s something to
celebrate!
(But for now, let’s not forget
the veteran teachers
Whom we honour today!)
We salute the Tokoh Guru and our
leaders
For showing us the way
You raise us up
So we can stand on mountains
You raise us up
To walk those stormy seas
We are strong
When we can work together
You raise us up
To all that we can be.
By:
Pn. Lyla Roberts
Pn. Janet Ratnam
PWTC, Kuala Lumpur
Doa Arafah, Imam al-Ghazali
Tiada Tuhan (yang disembah
sebenar-benarnya) melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya
kerajaan (kekuasaan) dan bagiNya segala pujian, Dia menghidupkan dan Dia
mematikan, Dialah yang sentiasa hidup dan tidak mati di dalam kekuasaanNya.
Segala kebajikan dan Dialah (Allah) Maha berkuasa di dalam segala perkara.
Ya Allah, kurniakanlah cahaya
pada hati kami, pendengaran kami dan lidah kami. Ya Allah, lapangkanlah dada kami dan
mudahkanlah urusan kami. Ya Allah (Tuhan) yang memiliki segala pujian, bagiMu
segala pujian, seperti yang Engkau katakan dan lebih baik daripada yang Engkau
katakan. BagiMu, solat kami dan ibadat kami, hidup kami dan mati kami, dan kepadaMu jua kami akan kembali, dan kepadaMu (kami serahkan pemberian) pahala kepada kami.
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu, daripada was- was (syak) dalam hati kami dan daripada penangguhan
suatu pekerjaan dan daripada azab seksa kubur. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung
denganMu daripada sejahat-jahat benda (sihir) yang masuk pada malam hari dan
daripada kejahatan benda yang dihembus dengannya oleh angin (sihir atau guna-guna)
dan daripada ditimpa bala bencana yang datang pada bila-bila masa.
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung
denganMu daripada berubah-berubahnya keadaan (sihat kepada sakit) dan daripada
ditimpa secara tiba-tiba balasanMu dan daripada didatangi secara tiba-tiba
kemurkaanMu.
Ya Allah, kurniakan kepada kami petunjuk yang benar, dan ampunilah dosa-dosa kami di hari akhirat (hari kemudian)
dan di hari permulaan (di dunia). Wahai Tuhan sebaik-baik tempat kami bernaung,
dan sebaik-baik tempat kami berlindung dan semulia-mulia Pengurnia yang memakbulkan
apa-apa yang diminta, kurniakanlah kepada kami pada hari ini sebaik-baik kurniaan
yang pernah Engkau kurniakan kepada orang lain dari makhlukMu dan orang-orang yang menyempurnakan Haji di rumahMu.
Ya Allah Yang Amat Pengasih dan
Penyayang, Ya Allah (Tuhan) yang meninggikan kedudukan (darjat) dan menurunkan
berkat (kepada hamba-hambaNya). Wahai Tuhan Pencipta segala bumi (tujuh
lapisan) dan tujuh tingkat langit, gegak gempita seruan segala suara dengan
berbagai bahasa, memohon (berdoa) segala hajat dan hajatku kepadaMu supaya
janganlah Engkau melupakan kami di hari turunnya bencana apabila kami dilupakan
oleh ahli (penghuni) dunia.
Ya Allah, bahawasanya Engkau Maha
Mendengar kata-kata kami dan Engkau melihat tempat kediaman kami dan Engkau
mengetahui segala rahsia kami yang zahir dan batin dan tiada yang tersembunyi
sesuatupun mengenai kami. Kami yang sangat berhajat, yang fakir, yang memohon
pertolongan, yang mengharapkan keamanan, yang sangat takut, yang memohon
dikasihani, yang mengaku (pernah) melakukan dosa-dosa. Kami memohon kepadaMu sebagai
seorang yang miskin dan kami merendahkan diri kepadaMu sebagai orang yang
berdosa dan kami seorang yang hina. Kami berlindung denganMu daripada segala
kejahatan dan kami memohon doa kapadaMu sebagai seorang yang sangat takut azab
seksa neraka. Permohonan seorang yang menundukkan tengkuknya kepadaMu (khusyuk
dan tawadduk) dan dengan cucuran airmata keinsafan kerana mengharapkan
kurniaanMu dan menghinakan diriku dihadapanMu dan seikhlasnya merendahkan
diriku.
Ya Allah, janganlah Engkau
jadikan kami dengan kerana doa kami menyebabkan kecelakaan. Dan jadikanlah
permohonan kami itu dikabulkan dengan belas kasihMu. Wahai Tuhan sebaik-baik tempat
orang bernaung dan semulia-mulia yang mengurniakan (kepada yang memohon). Wahai
Tuhan kami, kalau ada orang yang memuji dirinya dihadapanMu maka sesungguhnya kami mencerca diri kami sendiri.
Wahai Tuhanku, telah membisu
lidah kami (mulut kami) dari menyebut perkara maksiat (tidak akan melakukannya) maka
tiada jalan bagiku (bagi mendampingi Tuhan kami) amal kami dan tiada penyelamat yang
kuharapkan kecuali dengan harapan (belas kasihMu). Tuhanku, sesungguhnya kami mengetahui bahawasanya segala dosa kami tidak sedikit pun memberi kesan atas
keagunganMu dan tiada jalan meminta uzur (berdalih) ke hadratMu tetapi Engkau
(Ya Tuhan kami) Yang Maha Mulia (dengan kemurahanMu mengampunkan dosa hambaNya).
Tuhan kami, jika tiada kebolehan
bagi kami untuk mencapai kurniaan rahmatMu, maka sesungguhnya semoga rahmat
kurniaanMu boleh sampai kepada kami dan rahmatMu (sentiasa) meliputi segala
sesuatu (semoga kami memperoleh) sebahagian daripadanya. Maka kurniakanlah
rahmat bagi kami. Tuhan kami, dosa-dosa kami walau sebesar manapun tetapi ia kecil disisiMu
untuk mendapat keampunanMu. Maka ampunilah kami wahai Tuhan Yang Amat Pemurah.
Wahai Tuhan kami, Engkau tetap
Engkau dan kami tetap kami. Kami sering kembali melakukan dosa-dosa (sedang Engkau)
selalu mengampunkan dosa-dosa. Tuhan kami, Jika Engkau tidak belas kasihan melainkan
kepada hamba-hambaMu yang taat, maka kepada siapakah akan bertumpu (akan berlindung)
mereka yang berdosa? Tuhan kami, kami telah tersesat jauh tidak taat kepadaMu
dengan sengaja dan kami telah terdorong melakukan maksiat (larangan-laranganMu) dengan
sengaja. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya (alasan-alasan)(untuk Engkau menyeksa)
diri kami tetapi Engkau sedia memgampungi kami, maka dengan adanya kepastian alasan-alasan Engkau (boleh menyeksa kami) dan tiadanya
alasan (dalih) bagi kami untuk melepaskan diri daripada azab seksaMu dan kerana
hina kami terhadapMu. Maha Kaya (Tuhan kami) kalaulah tiada keampunanMu kepada kami wahai
Tuhan (kepadaMu) sebaik-baik tempat mereka yang mengharapkan permohonan dan sebaik
tempat orang yang bergantung harapan.
Dengan nama baik agama Islam dan
dengan kesetiaan Nabi Muhammad saw, ampunilah (Ya Allah) segala dosa-dosa kami dan
tukarkanlah keadaan kami (kepada lebih baik) daripada keadaan kami ini.
Wahai Tuhan, yang menyampaikan
segala hajat (hamba-hambaNya), kurniakanlah apa yang kuami pohon, sampaikanlah segala
harapan dan yang kucita-citakan. Tuhan kami, kami berdoa (bermohon) dengan doa yang
Engkau ajarkan kepada kami. Maka janganlah Engkau hampakan harapan kami yang telah
Engkau ajarkan itu.
Tuhan kami, segala yang Engkau
lakukan pada hari ini (Hari Arafah) kepada hambaMu yang mengaku dihadapanMu
dengan dosa-dosa (yang dilakukannya). Merendah diri dengan kehinaannya, menyesali
segala perbuatan kejahatan. Khusyuk kepadaMu dengan amalan (ibadah) mereka.
Bertaubat (tidak akan mengulangi) kejahatan. Mereka memohon ampun kepadaMu
daripada penganiayaan yang pernah dilakukan. Merendah diri dihadapanMu memohon
ampun daripada setiap kesalahan. Memohon dariMu supaya dimakbulkan segala yang
dihajatinya. Berharap kepadaMu dari tempat wukufnya ini dalam keadaan banyak
dosa yang dilakukan.
Wahai Tuhan, tempat bernaung
semua yang hidup dan Tuhan yang menolong orang-oramg yang beriman. Sesiapa yang
berbuat kebajikan maka dengan rahmatnya ia memperoleh kejayaan. Dan sesiapa
yang berbuat kejahatan maka dengan kesalahannya itu ia dibinasakan.
Ya Allah, kepadaMu kami keluar
(menuju Baitullah) dan dihalaman rumahMu kami berhimpun dan kepadaMu kami
berharap, dan apa yang ada padaMu kami memohon, dan kepada ihsanMu kami
mengharapkan, limpahan dan rahmatMu kami mengharapkan, dan dari seksaMu kami
takuti, dan kepadaMu dengan beratnya dosa2 kami melarikan diri, dan ke rumahMu
(Baitullahilharam) kami menyempurnakan haji.
Wahai Tuhan Yang Memiliki (Yang
Menguasai) segala hajat permohonan hambaNya dan Mengetahui segala yang
terkandung di hati hambaNya. Wahai Tuhan yang tiada bersamaNya Tuhan (lain)
yang disembah. Wahai Tuhan yang tiada baginya wazir (menteri) yang menolongnya
dan tiada pengiring yang boleh dikaburi (dirasuah).
Wahai Tuhan yang tiada memberi
kesan kepadaNya dengan banyaknya permohonan (dari hambaNya) melainkan
dikurniakan dengan limpahan kurniaanNya dan tidak memberi kesan dengan
banyaknya hajat-hajat hambaNya yang telah dikurniakan melainkan dengan kemudahan dan
balasan ihsanNya (kepada hamabaNya).
Ya Allah, sesungguhnya engkau
telah menjadikan (menyediakan) bagi setiap tetamu jamuan, dan kamilah tetamuMu
(Ya Allah) maka kurniakanlah kami jamuan daripadaMu iaitu tempat yang layak
di syurgaMu. Ya Allah sesungguhnya bagi setiap rombongan disediakan hadiah, bagi
setiap pelawat disediakan kemuliaan dan setiap permohonan disediakan kurniaan
dan setiap yang berharap disediakan pahala dan setiap yang memohon belas
kasihanMu disediakan balasan baik dan setiap yang memohon rahmatMu disediakan
limpahan rahmat dan setiap yang gemar mendampingiMu Engkau kurniakan
pengampunan dan sesungguhnya kami (beramai-ramai) telah sampai ke rumahMu
Baitullahilharam dan kami telah wukuf di tempat ini (Padang Arafah) yang mulia
ini. Dan kami telah menyaksikan di sini tempat-tempat yang bersejarah dan mulia
dengan harapan balasan baik dariMu maka janganlah dihampakan harapan kami.
Wahai Tuhan kami, bertalu-talu Engkau
kurniakan nikmat-nikmatMu hingga puashati (sekalian hambaMu) menerima nikmatMu yang
bertalu-talu dan Engkau memperlihatkan contoh tauladan hingga boleh berkata-kata segala
(benda) yang bisu dengan alasan-alasan dariMu. Dan Engkau nyatakan limpah kurniaMu
(kepada mereka) hingga wali-waliMu mengaku kecuaian mereka terhadap hak-hakMu. dan
Engkau memperlihatkan tanda-tanda kebesaranMu hingga semua penghuni langit dan bumi
mengakui tanda-tanda kebesaranMu. Dan Engkau telah
menguasai dengan kuasa kudratMu hingga tunduk semua makhluk dengan
kebesaranMu dan takluk semua makhluk oleh kebesaranMu. Apabila ada hambaMu
berbuat angkara (berbuat jahat) Engkau berikannya keampunan dan Engkau memberi
peluang dan apabila ada hambaMu yang berbuat baik Engkau terima dan Engkau
kabulkan.
Dan apabila ada hambaMu yang
menderhaka Engkau lindungi mereka dan apabila mereka melakukan dosa Engkau
ampunkan dan maafkan. Dan apabila kami berdoa(memohon) segera Engkau kabulkan.
Apabila kami menyeru Engkau sedia mendengar. apabila kami menghadapMu Engkau
mendekati. Apabila kami berpaling dariMu Engkau menyeru.
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
Engkau telah berfirman di dalam kitabMu yang suci yang Engkau turunkan kepada
Nabi Muhammad saw penyudah segala nabi. Katakanlah (Ya Muhammad) kepada orang
kafir jika mereka berhenti daripada kufur,
akan diampunkan bagi mereka apa
yang telah berlalu. Maka akan relalah Engkau akan ikrar mereka dengan kalimah
tauhid (dengan ikhlasnya). Setelah mereka mengingkarinya, dan bahawasanya kami
menyaksikan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah dengan ikhlas hati, maka
ampunilah kami dengan pengakuan ini atas segala dosa-dosa terdahulu dan janganlah
Engkau jadikan nasib kami kurang daripada nasib mereka yang masuk Islam.
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
Engkau sukakan orang yang mendampingiMu dengan memerdekakan hamba yang
dimilikinya (oleh kami). dan kami adalah hamba2Mu dan Engkau adalah lebih utama
melimpahkan kurnia maka merdekakanlah kami (dari neraka) dan bahawasanya Engkau
telah memerintahkan kami supaya bersedekah kepada fakir dan kami adalah
golongan fakir yang berhajat kepadaMu. Dan Engkaulah yang lebih berhak berbelas
ihsan. Maka bersedekahlah kepada kami dan Engkau berwasiat untuk memberi maaf
kepada sesiapa yang menganiaya kami dan kamilah yang telah menganiayai diri
kami. Dan Engkau lebih berhak dengan kemuliaan dan kemurahanMu maka ampunilah
kami.
Tuhan kami, ampunilah kami dan
kurniakanlah kami rahmatMu Engkaulah Penolong kami. Tuhan kami, kurniakanlah
kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat. dan peliharalah
kami dari seksa api neraka. Limpahkanlah (Ya Allah) rahmat dan sejahtera ke
atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya serta sahabat
baginda sekaliannya. Dan segala pujian bagi Allah swt yang mentadbir dan
memiliki sekalian alam.
Aaamiiinnn.Ya Rabb
Subscribe to:
Posts (Atom)