1. Kualiti ialah cabaran utama
Sungguhpun akses kepada pendidikan telah mencecah kadar hampir piawaian
sejagat namun, cabaran utama kini adalah untuk meningkatkan kualiti sistem
pendidikan Malaysia
* Walaupun prestasi murid dalam peperiksaan kebangsaan (UPSR, PMR dan SPM)
semakin meningkat, namun jurang prestasi antara sekolah bandar dengan luar
bandar masih ketara. Oleh sebab itu, usaha meningkatkan pencapaian murid secara
menyeluruh khususnya dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan merapatkan jurang
prestasi kekal sebagai fokus utama Kementerian.
* Keputusan Programme for International Student Assesment (PISA) 2012
meletakkan Malaysia dalam kelompok
sepertiga terbawah apabila lebih 50% murid berumur 15 tahun tidak berupaya
mencapai tahap minimum pada peringkat antarabangsa. Keputusan PISA tersebut
mengukuhkan bukti betapa Malaysia perlu memulakan program transformasi dalam
tempoh 13 tahun seperti yang digariskan dalam PPPM bermula pada tahun 2013. Lonjakan
dari tangga sepertiga terbawah ke sepertiga
teratas dalam pentaksiran TIMSS dan PISA dalam tempoh 13 tahun pastinya
mencabar. Namun begitu, usaha ini wajib diteruskan demi masa hadapan generasi
Malaysia akan datang.
* Pelbagai usaha sedang dilakukan bagi menambah baik kualiti para guru
termasuklah mempertingkatkan latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru
serta membangunkan kemahiran pedagogi, khususnya dalam kalangan guru muda yang
merupakan kumpulan majoriti dalam profession perguruan.
2. Fokus pertama adalah mengukuhkan asas dalam pendidikan
dan lonjakan prestasi
Gelombang pertama dalam proses transformasi pendidikan selama 13 tahun
seperti yang digariskan dalam PPPM adalah untuk mengukuhkan asas dalam
pendidikan dan meningkatkan keupayaan penyampaian yang mampu melonjakkan
prestasi sistem pendidikan di negara kita.
* Sasaran tiga tahun pertama dalam transformasi pendidikan adalah meningkatkan prestasi sistem pendidikan
menerusi peningkatan sokongan kepada guru dan penambahbaikan kemahiran asas murid.
* Fokus utama adalah untuk memastkan
keupayaan numerasi asas dan literasi (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)
dapat dicapai menerusi program pemulihan yang intensif, peningkatan kemahiran
dalam kalangan guru dan peningkatan
kualiti kepimpinan sekolah dengan menambah
baik latihan dan kaefah pemilihan pemimpin sekolah. Kementerian juga
akan melaksanakan usaha pengukuhan dan
pemerkasaan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) agar berupaya menyokong sekolah selaku pelaksana di barisan hadapan.
Matlamat utama adalah untuk memastikan bahawa semua guru, pemimpin sekolah dan
sekolah mencapai standard kualiti minimum.
* Kementerian terus komited memastikan semua sekolah, khususnya sekolah
luar bandar dan pedalaman dilengkapi dengan infrastruktur asas.
Wallahu a’lam.
Laporan Tahunan PPPM 2013
KPM, ms 9
No comments:
Post a Comment