Thursday, September 11, 2014

Keutamaan bulan Rejab

Pelajaran ke-25

Diriwayatkan bahawa saiyidina Abubakar Assiddiig ra berkata: Bila malam Jumaat pertama dari bulan Rajab telah lewat sepertiganya tiada tersisa malaikat di langit maupun di bumi melainkan berkumpul semuanya dalam Ka’bah, lalu dipandang oleh Allah swt sambil berfirman: Hai MalaikatKu! Mintalah apa yang kamu kehendaki! Ya Tuhan kami, jawab para malaikat, Hajat kami agar Tuhan mengampuni mereka yang berpuasa bulan Rajab. Telah Ku ampuni, firman Allah swt.

Diriwayatkan oleh Siti A’isyah ra bahawa rasulullah saw bersabda : Semua manusia lapar di hari Qiamat kecuali para nabi dan ahli kerabatnya dan mereka yang berpuasa bulan Rajab, Syaaban dan Ramadhan.Mereka selalu kenyang tidak merasakan lapar maupun dahaga ( Zubdatuh-Wa’idhin).

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977

No comments:

Post a Comment