Terdapat tiga peringkat. Di antara langkah-langkah yang boleh diambil
mengikut peringkat termasuklah :
I) Pencegahan
a) Memastikan peraturan, panduan dan manual prosedur kerja jelas, lengkap
dan kemas
b) Memaklumkan dan memantau sistem, prosedur dan proses kerja pegawai
pelaksana
c) Memantau gaya hidup pegawai dan kakitangan di bawah penyeliaan.
d) Menetapkan standard tempoh masa untuk melaksanakan kerja sehingga
selesai
e) Penurunan kuasa secara bertulis
kepada pegawai-pegawai bawahan dan menentukan kriteria yang jelas dalam membuat
keputusan, polisi dan dasar
f) Mesyuarat dan perjumpaan berkala dengan pegawai bawahan sebagai sistem
pelaporanserta memberi ruang membuat keputusan secara kolektif dan
g) Penilaian prestasi yang berterusan.
II) Pembaikan
a) Perbincangan / rundingan
b) Amaran lisan berekod
c) Lain-lain tindakan seperti penempatan semula bagi mendapatkan suasana
baru dan kursus motivasi
d) Rujuk ke Lembaga Perubatan
e) Rujuk kepada kaunselor jabatan bagi sesi kaunseling dan motivasi
III) Hukuman
a) Melakukan siasatan terhadap pelanggaran tatatertib yang dilakukan
b) Menyediakan laporan kepada Lembaga Tatatertib dan syor hukuman
tatatertib
c) Melaksanakan urusan pentadbiran prosiding tatatertib dan
d) Menjalankan fungsi spesifik seperti dalam Peraturan-Peraturan Awam
(Pegawai dan Tatatertib) 1993 (P.U.A) 395
Wallahu a’lam
Toolkit Pengetua dan Guru
Besar
BPSM, KPM, 2010
No comments:
Post a Comment