Tuesday, June 4, 2013

Strategi meningkatkan keyakinan diri



1. Cari lebih banyak kejayaan, biarpun kecil
Keyakinan diri datang daripada kejayaan, biarpun kecil. Dengan cara mencari lebih banyak kejayaan kecil, perlahan-lahan seseorang berasa tabah yakin dari semasa ke semasa. Kejayaan kecil penting kerana ia menyebabkan bermulanya apa yang disebut lingkaran kejayaan. Kejayaan kecil menyebabkan sedikit rasa berani mencari kejayaan yang lebih besar yang meningkatkan lagi keyakinannya dan begitulah seterusnya.

2. Gunakan bahasa positif apbila bercakap dengan diri sendiri
Perbuatan bercakap dengan diri sendiri mengenai diri sendiri disebut bual-diri. Contoh bual-diri negatif adalah apabila seseorang itu berkata pada dirinya : Bolehkh aku buat kerja ini. Gantikan bual-diri negatif dengan bual diri-diri positif seperti : Aku tahu mampu buat kerja ini. Lebih penting lagi adalah bercakap mengenai diri sendiri dengan cara positif apabila berhadapan dengan orang lain.

3. Bercakap dengan nada optimis
Individu-individu yang optimis sememangnya menampilkan gaya dan imej optimis. Jangan terlalu banyak memikirkan, meramalkan dan bercakap perkara-perkara buruk. Sekiranya ada fikiran pesimis, lebih baik simpan di dalam hati. Banyakkan bercakap secara optimis. Apabila terpaksa menjalani pengalaman buruk, bercakaplah tentang hikmah pengalaman seperti itu pada masa depan. Jadilah orang yang pandai menyesuaikan diri.

4. Jangan takut mengambil risiko
Kesanggupan mengambil risiko mempunyai perkaitan dengan keyakinan diri. Individu yang berani mengambil risiko yang berpatutan memancarkan sikap yakin pada diri sendiri. Contoh risiko yang berpatutan memancarkan sikap yakin pada diri sendiri. Contoh risiko yang berpatutan adalah mencadangkan kepada masyarakat idea yang berbeza daripada apa yang lazim. Pengetahuan daripada alam pekerjaan adalah sama pentingnya bagi tujuan meningkatkan keyakinan diri.

5. Tambahkan ilmu pengetahuan
Tidak ada faktor lain yang lebih penting daripada ilmu pengetahuan bagi menampilkan keyakinan diri. Pengetahuan membolehkan seseorang menyumbang pelbagai idea praktikal bagi menyelesaikan masalah. Ilmu pengetahuan bukan datang daripada pendidikan formal sahaja.

6. Belajar kemahiran baru
Bagi belajar kemahiran yang kompleks dan sukar memerlukan seseorang itu berani dan yakin pada dirinya sendiri. Dengan memperolehi kemahiran-kemahiran baru dan dengan menerangkannya kepada orang lain, seseorang itu dapat berasa lebih yakin dan dapat memancarkan rasa keyakinan itu.

7. Menghargai dan bangga pada hasil kerja sendiri
Memang betul, setiap hasil kerja yang dilaksanakan adalah cermin peribadi orang yang menghasilkannya. Itulah sebabnya seseorang itu perlu berasa bangga pada hasil kerjanya sendiri. Perasaan bangga itu menyebabkan seseorang itu kelihatan yakin pada dirinya sendiri. Kebanggaan seperti itu terpancar pada wajah dan pada pembawaan dirinya. Itulah sebabnya beliau kelihatan yakin.

8. Pimpin diri sendiri
Tingkah laku memimpin diri sendiri mempunyai kaitan kuat dengan fokus kawalan dalaman. Seseorang yang sanggup bertanggungjawab atas perkara-perkara yang berlaku di hadapannya dipandang lebih yakin dan lebih dapat dipercayai.

9. Gunakan imageri visual positif
Bayangkan dalam kepala kita perkata-perkara positif akan berlaku dalam menjalankan tugas-tugas mencabar akan datang. Sebagai contoh, sebelum menyampaikan laporan kemajuan projek kepada jawatankuasa pemantau, bayangkan situasi itu nanti dalam suasana positif belaka. Bayangkan bagaimana kita bercakap dengan yakin di hadapan jawatankuasa, bayangkan bagaimana mereka puas hati dengan bahan-bahan taklimat yang diedarkan, bayangkan alat-alat bantu berfungsi dengan baik, bayangkan bagaimana pengerusi senyum dan berpuas hati, bayangkan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan dan bayangkan penjelasan yang diberkan. Imageri visual positif membantu seseorang nampak yakin pada diri sendiri disebabkan latihan mental itu membantunya lebih bersedia.

10. Pakai fesyen pakaian profesional dan gaya profesional
Periksa semula pakaian dan tingkah laku. Pakai pakaian yang dapat membantu pemakainya berasa sedap dan selesa dari segi profesional kerana ia membantu timbulnya perasaan yakin diri apabila berada dalam situasi profesional. Pakaian dan tingkahlaku profesional juga menyebabkan seseorang itu dipandang dan dilayan sebagai profesional oleh orang lain. Menerima layanan positif seperti itu meningkatkan keyakinan diri penerima.

Wallahu a’lam.

11 Teori & Prinsip Motivasi
Di Tempat Kerja
Ainon Mohd & Abdullah Hassan

No comments:

Post a Comment