Friday, June 21, 2013

Ruginya berdukacita



Permata 84

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As ra berkata; rasulullah saw bersabda : Dukacita itu separuh daripada menjadi tua. (Riwayat al-Dailami)

Mutiara Hikmah

a) Orang yang cerdik dan pandai dapat merubah segala kerugian menjadi keuntungan, manakala orang yang bodoh akan menjadikan satu musibah berubah menjadi malapetaka.

b) Asadullah Khan Ghalib : Seseorang tidak mengeluh akan kehidupan yang mendukacitakan, apabila rahsia kewujudan dibentangkan di hadapan matanya dan dia berfikir kehidupan dan kesengsaraan adalah dua segi daripada gambaran yang sama.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment