Sunday, June 9, 2013

Reda dengan sakit



Permata 78

Daripada Abu Hurairah ra, rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang sakit satu malam kemudian dia bersabar dan reda dengan ketentuannya semata-mata kerana Allah nescaya keluar daripadanya semua dosa seperti bayi yang baru dilahirkan dari ibunya. ( Riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi)

Mutiara Hikmah
 
a) Imam al-Gazali : Orang-orang yang reda dengan ketentuan Allah, maka Allah SWT bukakan pintu-pintu kebaikan yang banyak sehingga tiada hari bagi mereka melainkan harus berbuat kebaikan, iaitu kebaikan apa sahaja yang diperintahkan oleh agama.

b) Anda jangan terlalu menginginkan semua berlangsung seperti yang anda kehendaki, tetapi sabarlah dengan kejadian yang berlaku sebagai apa yang sudah berlaku sehingga anda tetap tenang dan tenteram.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment