Wednesday, June 5, 2013

Kelebihan zuhud



Permata 75

Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata, rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang zuhud pada dunia nescaya Allah mengajarnya tanpa dipelajari, dan diberi hidayah tanpa memohon hidayah, dijadikan celik mata hati dan dikasyaf daripada buta. (Riwayat Abu Nuaim)

Mutiara Hikmah

a) Ali bin Abi Talib ra : Zuhud itu adalah jangan terlalu gembira apabila memperoleh keuntungan dan jangan terlalu bersedih apabila memperoleh kerugian.

b) Dunia ini hanyalah bekalan yang dapat digunakan oleh orang baik dan juga orang jahat. Dunia ini dibenci oleh orang yang mencintai Allah. Cuma diambil sekadar keperluannya tanpa merosakkan agamanya.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment