Friday, June 21, 2013

Nilai dunia berbanding akhirat



Permata 85

Daripada al-Mustaurid bin Syaddad al-Fihri ra berkata rasulullah saw bersabda: Demi Allah tiadalah kelebihan dunia berbanding dengan akhirat melainkan seperti seseorang kamu mencelup jarinya di dalam laut ini kemudian melihat apa yang ditinggalkannya. (Riwayat Muslim dan Ibn Majah)

Mutiara Hikmah

a) Jaringan dunia ini terjalin daripada ’keharusan’ dan ’kemungkinan’. Akal manusialah yang dapat menempatkan dirinya antara kedua-duanya dan ia mengetahui bagaimana untuk mengaturnya.

b) Yunus bin Ubaid ra : Dunia ibarat seorang lelaki yang tidur lalu dia bermimpi perkara yang disukai dan juga dibencinya. Sedang dia asyik dibuai mimpinya itu, tiba-tiba dia terjaga dari tidurnya.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment