Permata 82
Daripada Abu Hatim al-Muzani ra, rasulullah saw bersabda: Apabila kamu didatangi oleh seseorang yang
kamu berkenan dengan agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak,
akan berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi ini. (Riwayat al-Tirmizi)
Mutiara Hikmah
a) Imam al-Ghazali ra : Kuat dan
berjayanya suatu umat adalah kerana akhlaknya. Apabila akhlaknya rosak, maka
binasalah umat itu.
b) Seorang suami yang bijaksana, serupa dengan nakhoda kapal semasa angin
rebut, dia menurunkan layar, menunggu, berharap sedangkan angin ribut bukan
penghalang baginya supaya tetap mencintai laut.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment