Jadikanlah saya ini merendahkan diri seperti semut dan layanlah saya seperti rumput yang kering dan ampunkanlah dosa saya. Janganlah hinakan saya akhirnya kerana saya telah bercakap besar dan memuji diri semasa bersyarah di pentas di hadapan orang ramai. Jika saya hinakan pakaian sufi, hantarlah saya ke neraka agar di sana saya terseksa kerana berpisah dengan Engkau. Oh Tuhan! Kerana membuat banyak dosa, saya telah menghitamkan suratan takdir dan Engkau dengan rahmat Engkau telah memutihkan rambut saya yang hitam apabila usia saya bertambah lama. Janganlah pandang perbuatan saya yang hitam itu tetapi lihatlah rahmatKau yang memutihkan saya. Oh Tuhan! Orang yang mengetahui Engkau sentiasa mencari Engkau, walaupun Engkau tidak akan dijumpai. Oh Tuhan! Walaupun Engkau kurniakan padaku syurga namun aku merasa malu dan sakit rasanya hati ini kerana tidak mengabdikan diri saya sebagaimana sepatut terhadap Engkau.
Tazkiratul Auliya
Syekh Fariddin Attar
No comments:
Post a Comment