Sunday, June 30, 2013

Kebaikan yang hakiki



Permata 95

Daripada Abi Said al-Khudri ra berkata, rasulullah saw bersabda: Bukanlah kebaikan semata-mata dengan pakaian yang indah tetapi kebaikan yang sebenar adalah ketenangan dan sifat waqar. (Riwayat al-Manawi)

Mutiara Hikmah :

a) Aku tidak melihat himpunan harta yaang banyak merupakan puncak kebahagiaan tetapi kebahagiaan yang hakiki apabila seseorang itu bertaqwa.

b) Jadikanlah kegembiraan itu sebagai ungkapan syukur, kesedihan sebagai wujud kesabaran, diam sebagai bentuk tafakur, penyelesaian terhadap permasalahan sebagai belajar, ucapan sebagai zikir, hidup sebagai ketaatan dan kematian sebagai cita-cita.

Pernah suatu hari seorang sahabat nabi saw masuk bertemu baginda yang bernama Asyaj  Ibn Qais, lantas baginda melihat wataknya yang cukup tenang. Maka baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang Allah amat suka iaitu ketenangan dan sifat lemah lembut.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment