Permata 83
Daripada Aisyah ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Hijrahlah kamu daripada dunia dan segala
isinya. (Riwayat Abu Nuaim)
Mutiara Hikmah
a) Dunia ini jangan dianggap sebagai sebuah rumah penginapan dan ia bukan
tempat hidup. Dunia ini sebenarnya adalah sebuah rumah sakit atau sebuah tempat
untuk mati.
b) Dunia ini nikmat bagi orang yang tahu tempat apa yang dikehendaki dalam
hidup dan tahu menyibukkan diri bagi mengejar dan mendapatkannya. Oleh itu,
hanya ada dua jalan supaya dapat bangkit di dunia ini, iaitu dengan kerajinan
sendiri ataupun dengan kelemahan orang lain.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment