Permata 81
Daripada Imran bin al-Husin ra berkata, rasulullah saw bersabda: Rasulullah saw melarang lelaki daripada
memakai cincin emas. (Riwayat al-Tirmizi)
Mutiara Hikmah
a) Kadang-kadang sukar menjadi wanita cantik, lelaki tidak selalu mencintai
wanita tetapi hanya menginginkan kecantikan wanita itu. Wanita yang tidak
cantik biasanya lebih mudah kerana jika seorang lelaki mencintainya, bererti
lelaki itu betul-betul cinta padanya.
b) Seorang wanita cantik perlu berfikir soal kecantikannya, seperti seorang
kapitalis yang memikirkan penanaman modalnya. Di samping itu, wajah yang cantik
dapat menyembunyikan hati yang jahat.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment