Friday, June 7, 2013

Mengharapkan hasil yang baik



Diikat-ikat, biarlah panjang
Dijalin-jalin, biarlah rapat

Disiram-siram, biarlah basah
Diasah-asah, biarlah tajam

Dipicit-picit, biarlah lembut
Ditumbuk-tumbuk, biarlah lumat

Ditarik-tarik,biarlah tegang
Dipanggang-panggang,biarlah kering

Digiling-giling,biarlah nipis
Dikayuh-kayuh,biarlah laju

Disorong-sorong,biarlah maju
Disusun-susun,biarlah tinggi

Ditarik-tarik,biarlah tegang
Dianyam-anyam,biarlah menjadi tikar

Dipikat-pikat,biarlah mahu dekat
Dipujuk-pujuk,biarlah hilang rajuk

Prof. Abdullah Hassan, Aripin Said & Ainon Mohd.
2004

No comments:

Post a Comment