Wednesday, October 31, 2012

Bukakan hijab doamu


Ya Rabb,
berikan aku sebiji tamar
dari syurga-Mu
bukan sebiji khuldi
yang menyingkirkan Adam
daripada kasih sayang-Mu.

Aku selalu bertanya
cukupkah bekalan ini
untuk aku bawa
ke negeri abadi?

Ya Rabb, dengan seluruh keampunan-Mu
jangan dijawab pertanyaanku
kerana
aku ingin belajar menjadi insan
yang sentiasa takut dan bersedia
bukan peramal dan pemuja.

Hanya satu pintaku
bukakan hijab doa-Mu
untuk namaku.

Shamsudin Othman
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment