Tuesday, October 16, 2012

Narcissus


Seorang Ahli Kimia telah mengambil buku, yang dibawa bersama oleh seseorang dari karavan. Salinan tersebut tidak mempunyai muka depan, namun dia dapat membaca nama penulis buku tersebut, iaitu Oscar Wilde. Setelah membelek beberapa helaian muka dia telah menemui cerita tentang Narcissus.

Ahli Kimia itu tahu tentang  lagenda Narcissus, iaitu seorang pemuda tampan yang mana setiap hari pergi ke tasik untuk merenung kecantikannya. Pada suatu hari disebabkan terlalu asyik dengan dirinya, dia terjatuh ke dalam tasik dan lemas. Di tempat dia terjatuh, sekuntum bunga telah tumbuh yang mana mereka memanggilnya Narcissus.

Bagaimanapun, ini bukanlah caranya Oscar Wilde mengakhiri cerita.

Dia berkata apabila Narcissus meninggal, Oreads iaitu dewi-dewi dari hutan datang dan melihat bahawa tasik tersebut telah bertukar dari tasik air tawar kepada suatu balang berisi air mata yang masin.

Kenapa anda menangis? Oreads bertanya.
Saya menangis untuk Narcissus, tasik berkata.
Oh, sebab anda menangisi Narcissus tidak mengejutkan kami, mereka berkata.
Walaupun kami mengejarnya melalui hutan kecil, namun hanya anda sahaja yang berpeluang untuk merenung kecantikannya dengan lebih dekat.
Jadi, adakah Narcissus cantik?, tasik bertanya.
Siapakah yang terbaik untuk menjawab soalan ini? Jawab Oreads dengan nada terkejut.
Tidakkah tebing kamu ini tempat dia duduk setiap hari.

Tasik terdiam seketika. Akhirnya ia menjawab, Saya menangis untuk Narcissus, tapi saya tidak perasan bahawasanya  dia cantik. Saya menangis untuk Narcissus kerana setiap kali dia membongkok ke tebing sungai, saya dapat melihat kecantikan saya di dalam matanya.

Betapa indahnya cerita ini. Ahli Kimia berkata.

Soalannya : Apakah idea yang anda fikir Oscar Wilde cuba nyatakan pada versinya tentang cerita-cerita Narcissus ini?

Catatan : Peratus murid berumur 15 tahun menjawab dengan betul soalan di atas bagi beberapa Negara ialah : Hong Kong (30%), Jepun (26%), Indonesia (20%), Finland (19%), Singapura (18%), Korea (18%), Thailand (14%) dan Malaysia (13%).

Sumber : Laporan Programme For International Student Assessment (PISA) 2009+

No comments:

Post a Comment