Saturday, October 13, 2012

Hamba masa lalu


Mereka yang tidak mengenali melainkan zaman yang lampau. Mereka hidup di zaman lalu sahaja tidak merasai selainnya, tidak mementingkan selain dari hari yang disaksikan dan esok yang dinanti.

Mereka hidup terlalu berbangga dan merasa mulia dengan kebesaran yang telah dicapai di masa lalu tanpa menokok-tambah sesuatu yang baru atau melakukan pembaharuan yang dapat menghubungkan zaman lampau dengan zaman kini, hari ini dan kelmarinnya.

Ia selalu menyatakan : kamu dahulu….., Datuk nenek kami dahulu…… Tidak didapati mereka menyatakan : Kami melakukan begini atau membangunkan ini…..

Al-Mutannabiy menyatakan : Sekiranya engkau berbangga dengan keturunan bapa kamu yang berkedudukan; engkau adalah orang yang benar akan tetapi betapa buruknya apa yang mereka lahirkan.

Manakala penyair lain pula berkata : Jadilah anak kepada sesiapa pun yang kamu mahu, perolehlah adab. Memadailah dengan adab yang terpuji berbanding keturunan.

Sesungguhnya, apakah mendatangkan faedah jika tulang yang hancur mengatakan : Dulu aku adalah jasad yang hidup?. Pendirian yang positif di sini ialah apa yang diungkap oleh syair :

Walaupun dimuliakan orang yang terdahulu dari kita, namun kita bukan hanya bergantung pada keturunan bapa kita.

Kita membina sepertimana mereka membina. Kita lakukan sepertimana yang mereka lakukan.

Wallahu’ alam.

( Nilai pengurusan waktu dalam hidup muslim; Dr. Yusuf al-Qaradhawi )  

Ya Allah, masa lalu adalah gudang kepada peristiwa dan pengajaran. Ya Allah , Tuhan yang Maha Melihat apa yang tersembunyi dalam hati, Engkau melihat siapa yang jujur dan siapa yang tidak. Oleh sebab itu, tanamkanlah dalam diriku kejujuran agar aku sentiasa berada di atas jalan yang benar. Ameen.

No comments:

Post a Comment