Saya membaca kisah di
bawah ini berkali-kali. Setelah memahaminya, saya akur sebab itulah ALLAH SWT
memberi kita dua mata dan hanya satu sahaja lidah. Tujuannya supaya kita lebih
banyak melihat daripada berkata-kata!
Malangnya selalu terjadi sebaliknya. Lidah yang satu itu rupanya telah menjadi pisau yang merobek kepercayaan, rasa hormat, rasa prihatin dan segalanya. Mohon baca kata-kata di bawah dan memahaminya:
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi SAW sedang duduk di hadapannya.

Orang itu terus
mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi SAW terus bersabar mendengarnya.
Lantas Nabi SAW tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan,
lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya.
Mendengarkan akan
jawapan itu, Nabi SAW begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya. Abu Bakar r.a
menyusul Nabi SAW di belakangnya dan berkata:
Ya Rasulullah SAW, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Ya Rasulullah SAW, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi SAW menjawab:
Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu
yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu.
“Bagaimanapun apabila
kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu dan syaitan telah datang
di antara kamu dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan. Oleh kerana itu
aku meninggalkan kamu…”
Dalam berhubungan atas urusan kerja kita berdepan dengan banyak pihak dan pelbagai peringkat usia serta status.Ada
kala kita betul, mungkin juga kita was-was manakala orang itu yakin dia betul.
Dengan ini akan berlaku perbezaan pendapat.
Pertentangan pendapat yang gagal ditangani akan menimbulkan banyak masalah. Apabila ada syaitan di antara dua manusia, mesti ada seorang yang akan tewas. Mungkin juga kedua-duanya akan tewas!
Dalam berhubungan atas urusan kerja kita berdepan dengan banyak pihak dan pelbagai peringkat usia serta status.
Pertentangan pendapat yang gagal ditangani akan menimbulkan banyak masalah. Apabila ada syaitan di antara dua manusia, mesti ada seorang yang akan tewas. Mungkin juga kedua-duanya akan tewas!
Semangat adalah paling
utama dalam kehidupan manusia yang menjamin kepada perkara-perkara lain
seterusnya. Semangat hormat menghormati yang dipupuk dengan baik akan
meneutralkan pertentangan. Sekiranya semangat itu tidak kita dokong kuat,
bila-bila masa sahaja api sengketa akan marak.
Untuk menjadi kita yang
lebih kuat, kita mesti tahu kelemahan dan kekuatan dalam diri. Jika sudah kita
temui kelemahan, perbaikilah segera. Malah jika sudah kita kenal pasti kekuatan
kita, harus bersyukur dan terus perbaiki kekuatan itu supaya kita lebih sukses.
Setiap kita mesti fokus
pada kekuatan dan potensi diri kurniaan Tuhan. Jangan terus percaya kepada
manusia yang memuji semua orang semudahnya apalagi jika kita baru sahaja
mengenali orang itu. Kerana kita bukan Nabi Muhamad SAW, hati kita tidak kuat,
mungkin pujian itu akan melekakan kita.
Meski manusia secara
amnya lebih rela diberitahu mengenai berita-berita kejayaan, namun berita
kegagalan tetap juga mesti dimaklumkan supaya kita lebih mengetahui kelemahan
diri. Janganlah sampai apabila sudah terhantuk, baru hendak tengadah.
Silap-silap ditimpa berak cicak pula.
Insan yang terjerumus dalam dosa ialah manusia. Malaikat akan bersedih. Dan yang melonjak gembira ialah syaitan! Kerana telah berjaya menundukkan akal dan iman manusia menjadi lemah.
Insan yang terjerumus dalam dosa ialah manusia. Malaikat akan bersedih. Dan yang melonjak gembira ialah syaitan! Kerana telah berjaya menundukkan akal dan iman manusia menjadi lemah.
Mujurlah Tuhan
mengakhiri hidup manusia dengan mati. Ini adalah satu peluang bagi yang telah
bosan dengan hidupnya dan yang telah mati semangatnya!
Kita hormati manusia yang saban hari menadah tangan memohon doa supaya usianya dilanjutkan. Dia belum mahu mati kerana masih banyak lagi hutangnya kepada ALLAH SWT yang belum dibayar. Katanya setiap hari dia berhutang. Masih banyak dosa kecil dan dosa besarnya yang belum diampunkan.

Kita memerlukan semua
jenis manusia untuk membentuk sebuah dunia yang lengkap dan sempurna. Dalam
masa sama kita tidak mahu meminta lebih banyak lidah, cukuplah hanya satu
sahaja lidah! Juga tidak mahu banyak mata. Cukuplah dua sahaja!
( Sri Diah; Sinar Harian 18 Okt
2012)
No comments:
Post a Comment