Sunday, October 7, 2012

Istighfar dan taubat


Ya Tuhan Limpahilah hatiku dengan belas kasih-Mu, baik pada waktu siang dan malam mahupun pada saat pagi dan petang silih berganti.

Tidak terlewat dalam hatiku, waktu aku tidur atau terjaga, kecuali mengingat nama-Mu antara nyawa dan nafasku.
 
Engkau telah masukkan ke dalam hatiku sebuah gagasan bahawa Engkau Maha Suci.

Telah banyak dosa yang aku perbuat, dan Engkau mengetahuinya. Namun, pada saat petang menjelang dan pagi itu datang, aku masih juga membuat dosa.

Pimpinlah aku ke jalan yang telah ditempuh oleh hamba-hamba-Mu yang soleh, dan jangan sesatkan aku dalam mengikuti jejak agama-Mu.

Bimbinglah aku di dunia ini, dan di akhirat kelak, serta cerahkanlah wajahku pada saat orang-orang bermuka masam

Ameen.

(Imam Syafi’e)

No comments:

Post a Comment