Penyakit dan ubatnya :
Sesungguhnya dalam hati ada robekan yang
tidak dapat dijahit kecuali menghadap sepenuhnya kepada Allah. Dalamnya juga
ada keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali menyendiri bersama Allah. Ada juga kesedihan yang
tidak mampu diseka oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan
ketulusan berinteraksi dengan-Nya. Ada
kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali berhimpun kerana Allah dan
meninggalkan kegelisahan itu menuju-Nya. Dalam hati juga ada gejolak api yang
tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredaan akan perintah, larangan dan
keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran hingga tiba saat
perjumpaan dengan-Nya.
Pancaran hati : Bergantunglah
kepada Allah ketika orang lain bergantung kepada dunia. Bergembiralah kerana
Allah ketika orang lain bergembira kerana dunia. Berbahagialah dengan Allah
ketika orang lain berbahagia bersama-sama kekasih-kekasih mereka. Akhir sekali,
cintailah Allah dengan sebenar-benar cinta ketika orang lain menghadapi para
raja dan pembesar untuk mengais harta dan cinta mereka.
Perindu Surga : Jangan sesekali
putus asa untuk teguh menunggu gerbang meski
engkau terusir. Jangan sesekali berhenti memohon ampun meskipun ditolak.
Apabila gerbang terbuka, segeralah masuk seperti tamu yang tidak diundang.
Kemudian tadahkan tanganmu dan katakanlah :
Tolonglah, saya adalah orang
miskin. Bersedekahlah untuk saya….!
No comments:
Post a Comment