bermukim petang condong
di celahan mendung
dan hujan berterusan
ada resah kesakitan
yang tidak diundang
namun ada keriangan
yang terus mendatang
Akhir tahun pun
kian menghampiri
terhitungkah jejak-jejak
yang telah pergi
di bilah-bilah hari menanti
siapakah di antara kita
yang mahu menggigit jemari diri.
Secantik manakah
aturan angka hari
dapatkah mengubah
dan mengatur takdir ilahi
andainya tiada persiapan
segala bekalan amalan
untuk teman sejati
di alam sana nanti.
( Rajiee Hadi, Bandar Baru Nilai Negeri Sembilan )
Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusanku ini, baik dalam agama, kehidupan serta akibat urusanku, maka takdir, mudah serta berikanlah keberkatanMu kepadaku di dalamnya. ......ameen Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment