Ketika Abu Hazim al-A’raj hampir menemui ajalnya, para sahabatnya berkata : ” Bagaimana keadaanmu, wahai Abu Hazim?” Beliau menjawab dengan tenang : ” Jika kita selamat daripada malapetaka yang menimpa kita di dunia ini, kita tidak akan merasa berat untuk kehilangannya.”
Salamah bin Dinar kemudiannya membaca firman Allah :
” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.” ( maksud Maryam : 96 ]
Salamah bin Dinar membaca ayat ini tanpa henti sehinggalah beliau menemui Tuhannya.
Wallahu’alam.
Sumber : Abdul Rahman Ra’fat al-Basha.(2003). 37 Kisah kehidupan Tabi’in Jilid 2. Kuala Lumpur : Pustaka Salam : 257
No comments:
Post a Comment