Ya Allah, aku mengadu kepadaMu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah dan Engkau juga Tuhanku. Kepada siapa Engkau serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa).
Namun keselamatan daripadaMu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat.
Aku berlindung daripada kemarahanMu atau kemurkaanMu terkena kepadaku. Engkau berhak untuk mencela aku sehingga Engkau redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.
( Sirah Nabawiah; Ibnu Hisyam )
Ya Allah, mudahkanlah diri ini untuk menjaga dan mengekalkan solat, rendahkan diri, menyerah diri, menghina diri, khusyuk, khudhuk, gemar-suka dan rindu-dendam dengannya. Jadilah solat itu nur untukku……ameen Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment