Aku pohon limpah kurnia dan ihsanMu, anugerahi ku ilmu yang bermanfaat, hati yang khusyuk, amalan yang Engkau redhai, rezeki yang luas dan jalan yang lurus. Bukakanlah pintu hatiku agar sentiasa mendapat taufik dan hidayahMu.
Permudahkanlah jalan supaya aku mampu membuat keputusan yang tepat dan selari dengan kehendakMu. Berupaya membina modal insan yang berkualiti dan dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang di samping memperolehi rahmat dan keredhaanMu.
Jadikanlah mesyuarat ini satu saluran permuafakatan yang engkau redhai. Mudah-mudahan segala keputusan dan tindakan dapat memenuhi kehendak dan perintahMu. Terimalah segala kerja dan khidmat bakti ini sebagai amal ibadah kepadaMu.....ameen.
No comments:
Post a Comment