- Pencerapan :
Proses memerhati dan menilai perancangan dan pelaksanaan pembelajaran & pengajaran menggunakan instrumen yang ditetapkan.
- Penyeliaan
Proses memerhati, menilai dan memberi bimbingan.
- Pemantauan
Aktiviti menyelia, mengawal dan memerhati yang dilakukan oleh pihak kepimpinan sekolah secara terancang dan hasilnya direkod dengan kemas kini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program berada pada landasan yang betul dan dapatan daripada pemantauan digunakan untuk menilai keberkesanan program / aktiviti yang telah dilaksanakan.
Catatan :
Objektif pemantauan :
a) Memastikan proses program dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan
b) Mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam pelaksanaan program
c) Mengenal pasti masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan program
d) Menyalurkan masalah yang berkaitan untuk tindakan seterusnya.
- Memberi rangsangan
a) Beri dorongan / motivasi secara lisan
b) Tunjuk perangsang (stimulus) seperti gambar tanpa bercakap
- Memberi bimbingan
a) Memberi petunjuk @ memberi huraian
b) Membimbing murid untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti memegang tangan murid untuk melakukan sesuatu.
c) Menunjuk langkah demi langkah
d) Menyata atau menunjukkan contoh perbuatan.
e) Memberi nasihat, panduan, peringatan dan teguran.
Ya Allah Ya Tuhanku, Jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku
termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon
kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada
melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu
sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadaMu dalam setiap perkara..... ......ameen Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment