Sesungguhnya ku menyedari dengan penuh keinsafan akan sunnah alamketetapanMu bahawa setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya. Justeru dengan kudrat dan iradatMu jadikanlah pertemuan ku bersama insan-insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang dan perpisahan selepas ini sebagai perpisahan yang penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau amat menyayangi hambaMu yang melaksanakan tugasan dan amanah dengan tekun sehingga mencapai tahap kecemerlangan. Justeru, kurniakanlah kepada insan yang kami raikan ini keinginan dan kecenderungan untuk terus menabur bakti demi ibu pertiwi.
Ya Allah, kurniakanlah padanya kesihatan yang sempurna, ketenangan yang bermakna, kelapangan yang mesra, pilihan yang tepat agar ia dapat menikmati kehidupan selepas bersara dalam keadaan damai dan sentosa.....ameen.
No comments:
Post a Comment