Saturday, January 7, 2012

MURDER

Mood – suasana hati

Ciptakan mood yang positif untuk belajar. Ini mampu dilakukan dengan menentukan waktu, lingkungan dan sikap belajar yang sesuai dengan kehidupan seharian anda. Ada yang suka belajar keadaan sunyi dan tenteram. Ada yang suka belajar sambil mendengar muzik. Ada yang suka belajar sambil mengunyah gula-gula. Terpulang kepada justifikasi anda untuk membentuk mood yang menyenangkan.

Understand – pemahaman

Tandakan pada mana-mana bahan pelajaran atau pembacaan yang TIDAK anda fahami. Fokuskan pada perkara tersebut dengan mengulangkaji aspek tersebut. Buat pembacaan dari bahan rujukan yang lain dan laihan-latihan bagi memantapkan pemahaman anda.

Recall – ulang

Setelah belajar satu-satu topik, cuba ulang pembacaan topik tersebut dengan idea dan susunan kata-kata yang anda buat SENDIRI.

Digest – telaah

Kembalilah kepada topik yang tidak anda fahami dan TELAAH KEMBALI keterangan atau bahan-bahan pembacaan yang ada. Lihatlah maklumat yang berkaitan pada artikel, buku teks atau sumber lain atau bincangkan dengan rakan atau pensyarah.

Expand – kembangkan

Pada langkah ini, tanyakan tiga persoalan berikut terhadap bahan-bahan bacaan yang telah anda pelajari :
a)      Andaikan anda bertemu dengan penulis bahan tersebut, pertanyaan atau kritikan apa yang hendak anda ajukan?
b)      Bagaimana anda mampu mengaplikasikan bahan tersebut ke dalam hal yang anda sukai?
c)      Bagaimana anda mampu membuat maklumat yang diberikan oleh bahan ini menjadi menarik dan mudah difahami oleh orang lain?

Review – semak kembali

Semak kembali bahan pelajaran yang sudah dipelajari. Ingatlah strategi yang telah membantu anda untuk memahami dan mengingati maklumat tersebut. Jadi, terapkan strategi tersebut untuk cara belajar anda.

Wallahu’alam.

( Resipi istimewa untuk belajar, USIM )

Ya Allah, tambahkanlah  ilmu yang bermanfaat buatku....ameen.

No comments:

Post a Comment